Friday, 18 April 2014

YG PERGI TETAP DIKENANG YG GANTI AKAN LEBIH TERSERLAH



Profesion sebagai peguam adalah sama seperti profesion sebagai jurutera, doctor, akauntan, arkitek dan lain2. Bukan semua orang ada bakat. Bakat semula jadi atau bakal yg dibina bersama profesion adalah dua bakat berlainan. Bakat semula jadi memang tidak dinafikan, dari kecil memang pandai, cerdik dan bijak. Bakat yg dibina adalah bakat yg pandai, cerdiknya bila dah dewasa. Paling malang mereka yg tak berbakat langsung, walau pun ada kelulusan tapi hanya lulus tapi tak pernah faham apa yg dia belajar. Hari ini ramai orang berkelulusan tinggi tapi hanya tahu menjawab soalan yg dihafal bukan yg dihayati. Lulus juga tapi lulus yg macam ini akan menghasil pendapat bodoh kerana apa yg dia cakap tak serupa dgn apa yg dibikin.

Ada peguam menjadi pakar sesuatu bidang kerana dia berbakat dan berusaha lebih tak jemu2, ada peguam menjadi pakar dalam bab nak menipu putar belit, hidup peguam ini sudah pasti tak diberkati Allah swt jika dia seorang Islam.

Kenapa dalam banyak2 peguam, Karpal menjadi peguam terhebat, adakah dia seorang yg hebat? dari segi apa? yg kita nampak beliau seorang yg berpegang kpd prinsip kebenaran, jika tidak kenapa beliau tak masuk MIC misalnya. Prinsip kebenaran ini jika dipegang memang banyak musuh, terutamanya musuh2 yg suka kpd wang haram, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Kumpulan inilah yg paling hidup senang lenang, tapi jiwa berpenyakit busuk hati dan sakit hati. Sepatutnnya jiwa seperti Karpal ini berada dlm jiwa Melayu Islam tapi malang jiwa yg baik ini berada dalam seorang bukan Islam. Kita tak menyentuh bab tentangan hudud beliau kerana apa yg nak dibenci maki hamun sedangkan dia bukan Islam. Apa yg dia nampak ialah pertentangan, serupa juga kita yg Islam ini nampak agama lain sebagai pertentangan dalam dgn akidah kita. Oleh itu bab ini kita tak perlu bahaskan, yg penting keadilan yg diperjuangkan oleh manusia tak kira Islam ke atau bukan Islam ke matlamat semua sama ia itu keadilan, tak rasuah tak penyelewengan dan tak salah guna kuasa.

Melayu Islam terutamanya pemimpin2 yg berkuasa UMNO BN tanya diri sendiri adakah aku ini Islam yg munafik atau Karpal singh yg bukan Islam tapi ada sifat2 Islam dalam dirinya? Karpal pergi untuk selama2nya, adakah dgn pemergian beliau Malaysia akan jadi rumah yg tak bertikus, satu pergi mungkin berpuluh lagi akan dilahirkan selagi cara UMNO BN yg tak berubah itu masih ada. UMNO BN hanya boleh bergembira sementara, peguan seperti Karpal Singh sebenarnya berada di mana2 shj dan akan muncul mengikut keperluan semasa. Apa yg penting dgn tak berubahnya UMNO BN maka rahmat peguam  seperti Karpal Singh akan terus terserlah dan lawan tetap lawan



No comments:

Post a Comment