Karpal Singh berhak
menentang hudud berdasarkan perlembagaan Malaysia yg mengatakan Islam adalah
negara rasmi dan ayat ini putus di situ saja, sama juga kenyataan PM Najib
MH370 berakhir di lautan Hindi. Dia tak kata MH370 terhempas atas lautan Hindi.
Bila ayat yg tak lengkap ini berlaku maka pelbagai tafsiran boleh dibuat. Perlembagaan
Malaysia
yg dibuat oleh Lord Reid banyak kelemahan dan kelompongan yg boleh dihujahkan
seperti yg dilakukan oleh Karpal Singh. Kita tahu banyak hujah yg boleh dibuat
terhadap Perlembangaan Malaysia
terutamanya berhubung dgn Islam dan hak Melayu.
Kalau Karpal Singh yg bukan
Islam ada lojiknya berhujah atas kelemahan perlembagaan Malaysia, UMNO bagaimana
pula hujah mereka, adakah juga berdasarkan kelemahan perlembagaan atau atas
dasar tak faham al Quran dn hadith atau tak faham Islam? Kalau Karpal Singh
menentang hudud, UMNO menentang hudud
atas alasan apa?
No comments:
Post a Comment