PKR adalah pecahan dari UMNO. Setelah jadi PKR baru nampak rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Allah swt maha kaya, assebab DSAI dipecat oleh M, maka keluarlah pro Anwar beramai kerana atas nama prinsip. Sebelum dipecat tak nampak kemungkaran ini dengan jelas. Begitulah manusia hati sentiasa berbolak balik.
Umat Islam wajib lebih
berhati2 lagi, dalam berhati2 pun kena tipu katak yang melompat kononnya itu
cerita raja katak yang kena sumpah, padahal dia seorang anak raja yang kacak.
Dipendekkan cerita akhirnya katak ini keluar dari sumpah menjadi anak raja semula.
Begitulah dahsyatnya sihir, berkawan dengan syaitan yang dikenali atau tidak,
hati busuk tetap sama selagi tidak diisi dengan iman dan taqwa.
Kuasa atas dasar keadilan
tidak cukup. Kuasa wajib meliputi semua kebaikan. Ini hanya ada dalam Islam.
Memperjuangkan keadilan semata2 tanpa ambil kira hakikat sebenar tidak akan
membawa kebaikan kepada Islam. Bila Islam ditegakkan semua sifat2 terpuji akan
ujud dan semua bangsa akan tinggal bersatu di bawah panji2 Islam. Inilah Islam
yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw kepada kita. Hari ini umat Islam tidak lagi
berpegang 100% dengan ajaran Islam, mereka lebih takut kepada manusia misalnya
Amerika, Israel dan lain2 bukan Islam, Pertolongan Allah swt tertangguh kerana
hijab keyakinan masih lemah dan berpura2.
Adakah kita umat Melayu
Islam akan lari dari mulut harimau, di depan menanti pula mulut buaya tembaga
yang pula menadah mangsa.
Parti selain dari PAS tidak
ada dasar yang jelas berhubung dengan Islam. Perjuangan yang samar2 kerana
hendak menjaga hati Islam dan bukan Islam, menjadi ujian getir bagi bakal PM
yang akan ditabal menjadi PM.
Kriteria pengalaman atau
ketua belum pasti boleh menerajui Malaysia dengan sikap yang memberati ajaran Islam. Sokongan kadang2
boleh membawa rebah, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran
bertabur.
Nama Islam dan Melayu saja
belum boleh menentukan hala tuju ke arah Islam, kerana bukan Islam pun ada
suara dalam kerajaan. Bila Islam diambil sambil lewa, agama lain atau fahaman
lain selain dari fahaman sesat oleh umat Melayu Islam itu sendiri gagal
dikawal, inikan pula agama yang terang2 mensyirikkan Allah swt.
Umat Islam dan Melayu hari
ini tidak ada kekuatan akidah sebagaimana para sahabat di zaman Nabi saw. Harta
benda, wang dan wanita bila dicampak, maka tewas setewas2nya, tidak ada harapan
lagi untuk pulih melainkan menewaskan puncanya ia itu 55 tahun selepas merdeka.
Islam dihina oleh bukan Islam malah umat Islam sendiri menghina Islam yang
dianuti sekian lama. Siapakah yang lebih layak jadi PM dalam PR selepas PRU 13
ini? Semestinya dari PAS.