Bila kita bercakap dgn hikmat dan perpaduan masyarakat, apa
yg penting mesti faham dalam konteks Islam atau perspektif Islam. Hikmah terhadap sesuatu boleh ditafsirkan hikmah di
atas kerja2 kebaikan tapi menemui rintangan yg menyebabkan disebalik hikmat itu
Allah swt akan tunjuk hasil yg lebih baik. Kita tak boleh nak ketegorikan
hikmah ini jika melibatkan perbuatan jahat misalnya. Katakankan rumah dimasuk
pencuri kerana tak berkunci, perlu diingatkan di Malaysia negara Islam contoh tapi
kalau rumah tak berkunci jangan bergantung kpd takdir seperti puak muktazilah,
mesti kunci sepatutnya negara Islam tiada pencuri!.
Begitu juga perpaduan masyarakat antarabanga bersatu kerana
nak mencari MH370, bersatu jenis ini musuh pun akan bantu kerana ini bukan
melibat agama, bangsa kerana nak tolong orang kemalangan masa itu kita tak
lihat siapa dia, yg pasti niat nak bantu yg penting, tapi lepas bantu yg hidup
sehat tetap jadi musuh juga.
Apa yg dicakap oleh menteri2 UMNO, bangga dgn bantuan semua
negara hanya dalam kes MH370, lepas ini selesai, mulalah tuntutan itu ini hidup
semula. Perpaduan itu hanya sementara bukan kekal, Perpaduan yg kekal hanyalah
dalam Islam. Inilah perpaduan yg kekal seperti yg dilakukan oleh Nabi saw dapat
satukan puak Ansar dan Muhajirin di Madinah. Selepas semua masuk Islam dan
beriman, masa itu tak kira bangsa boleh makan setalam. Itulah kekuatan dlm
Islam ujud untuk selama2nya selagi matlamat dakwah itu yg menjadi agenda utama.
Selain dari itu perpaduan palsu shj.
No comments:
Post a Comment