Insiden pesawat MH370 adalah satu petanda buruk yg ada kaitan dgn B Melayu. Bila kita menonton dlm semua Saluran TV, mereka yg bercakap yg terdiri dari orang2 berkuasa Melayu sudah jelas, apa yg dilaungkan daulatkan B Melayu sebenarnya hanyalah lakonan shj. Rata2 Melayu sendiri gagal menguasai menjiwai dan semangat Melayu itu sudah luntur. Bila wartawan Tanya dlm B Melayu dijawab dlm bahasa Inggeris bercampur dgn B Melayu, lintang pukang dan memalukan. Kalau tidak faham sama ada Inggeris atau Melayu lebih baik jangan bercakap, kalau bercakap nampak sangat jati diri Melayu sudah mati, itu bab bahasa shj, bab lain adakah apa yg dijawab itu menampakkan profesionalisma jawatan yg dipegang? Insiden ini banyak mendedahkan pekong yg sebenar dan kita boleh buat kesimpulan apakah Melayu hari ini Melayu, Melayu yg betul Melayu atau Melayu yg telah tercemar atau Melayu yg sudah hilang identiti Melayu kerana sanjungan dan pengaruh terhadap Inggeris dan rojakkan kedua2 Bahasa telah menjadi budaya rakyat Malaysia, Ini termasuk bukan Melayu yg sudah berpuluh tahun jadi warga Malaysia, tapi B Melayu hanya alat kecemasan untuk hidup shj
Apakah gunanya pemimpin Melayu berkubar2 berpidato tapi dlm masa yg sama berpura2 kononnya orang Melayu sayangkan B Melayu tapi hanyalah sendiwara shj?
Tidak ada perasaan malukah kpd bangsa lain bila Melayu tak boleh bertutur B Melayu 100% Melayu? Dlm masa yg sama kita menyalahkan bukan Melayu tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan punca utama B Melayu tidak boleh menjadi maju adalah kerana kerajaan yg ada gagal mendidik semua rakyat
No comments:
Post a Comment