Friday 7 March 2014

HUDUD LWN LORD REID

Kes liwat mengikut undang2 Lord Reid, boleh dibicarakan tanpa empat saksi, saksi2 boleh reka cipta bukti berdasarkan kepentingan pihak tertentu. Saksi boleh jadi Islam atau bukan Islam kerana undang2 ini tak berkata tentang saksi. Undang2 Islam hudud, qisas, kalau terlibat dgn orang2 Islam wajib ada saksi yg Islam dan beriman. Beriman disini mesti ada sifat jujur dan amanah. Malangnya di Malaysia yg dikatakan Islam contoh tapi mengikut undang2 Inggeris yg jelas 100% berlawanan dgn undang2 Islam.

Padahnya semua kes termasuk murtad, liwat, zina tidak boleh dibicara dgn undang2 Islam kerana, perlembagaan bukan Islam. Mungkin ada Melayu Islam berkata, mana nak cari orang Islam yg beriman sekarang, itulah dahsyatnya pemimpin2 Melayu Islam, hinggakan nak cari orang Islam beriman pun cukup susah! Allah swt sedang menguji Melayu Islam dalam banyak perkara, selain di atas, isu kalimah Allah, golongan anti hadith, Melayu murtad tiada kesudahan, kehinaan demi kehinaan, hasad dengki sesama Melayu Islam telah sampai ke kemuncak kemurkaan Allah swt. Melayu berpecah kerana masing2 tamakkan kuasa, bila berkuasa sifat tamak, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, juga salah guna mahkamah juga jelas.


Pemimpin2 menganggap rakyat semuanya bodoh, yg cerdik hanya yg berkuasa, bukti2 bodoh diasak supaya rakyat terima. Inilah "keadilan" manusia yg berkuasa. Mereka tidak nampak setiap ketidakadilan itu akhirnya akan dibalas oleh Allah swt, tapi semakin hari mereka yg berkuasa dan salah gunakan kuasa semakin melampau. Inilah yg berlaku di zaman Nabi a.s yg Allah swt hancurkan umat itu kerana telah mabuk kuasa sehingga sanggup mencabar Allah swt, mereka mendakwa mereka di pihak yg benar kerana setelah sumpah laknat dilakukan, tiada ada apa kesannya kpd mereka yg terlibat! Allah swt tidak tercabar kalau manusia "paksa" Allah swt tunjukkan bukti, tapi satu masa nanti yg berdosa tetap akan menerima hukuman, sama ada sebelum mati atau di akhirat nanti. Walau bagaimana pun isytiar untuk menegakkan keadilan wajib diteruskan, kerana Allah swt jadikan manusia itu tidak hanya berserah bulat2 kpdNya tapi usha ke arah menegakkan keadilan wajib diteruskan. Yang penting selain dari sabar, amalan solat, doa wajib diteruskan sehingga semua manusia yg dikatakan telah Islam betul2 mengamalkan Islam seperti yg dibawa oleh Nabi saw. sehingga khiamat.

No comments:

Post a Comment