Thursday 20 February 2014

PETUA2 NAK JAGA IMAN DAN TAQWA



Bangun tidur paling lewat satu jam sebelum subuh, lagi awal lagi bagus dan baca doa.

Mandi bersihkan diri, ambil wuduk, sekurang2nyg solat tahajud 2 rakaat dan witir dn doa.

Baca al Quran apa2 surah pun boleh, kalau boleh perbanyakkan bacaan sehingga subuh. Lepas subuh baca surah Yassin dan tambah lagi surah2 yg berturutan supaya boleh hatam al Quran sekurang2nya paling malas satu tahun! kalau setahun dua kali itu sudah dikira hebat.

Boleh tambah baca ayat manzil, ini amalan Nabi Muhammad saw, syaitan takut dgn amalan ini.

Bila matahari mula muncul boleh solat Israq dan setengah jam pukul 8 ke atas boleh solat dhuha, jaga dhuha rezeki pasti mudah dan berkat.

Seterusnya jaga solat fardhu berjemaah, bagi lelaki jangan biasakan diri solat sendirian di rumah kecuali uzur syarie, kalau tak uzur hampir wajib solat di surau dan masjid, kecuali kalau lelaki nak jadi pompuan! Sekarang ramai lelaki jadi pompuan termasuk ustaz2 solat dgn anak bini. Nabi saw setiap waktu ke masjid kecuali solat sunah digalakkan perbanyakkan di rumah. Kita orang lelaki wajib ikut Nabi saw, isteri2 dan anak perempuan wajib ikut isteri2 Nabi saw. Hari ini ramai lelaki jadi pompuan kerana tak ikut amalan Nabi saw. Di akhirat nanti nak ikut Nabi saw tapi di dunia tak mau ikut sunnah Nabi saw. 

No comments:

Post a Comment