Saturday, 15 February 2014
BILA ISLAM LEMAH
Bila amalan Islam lemah, maka fahaman ciptaan manusia yg menyeronokkan akan mengambil tempat. Zaman Nabi saw orang bukan Islam patuh kpd pemimpin Islam, mereka hidup tapi tak berani nak dakyah fahaman lain walau pun fahaman mereka itu sebelum Nabi saw belum dilahirkan lagi sudah ujud. Bila datang Nabi saw kebathilan terhapus dgn sendiri atas usaha Nabi saw pesuruh Allah swt. Hari ini umat Islam terlalu lemah longlai kerana iman umat Islam hari ini seperti telur dihujung tanduk goyang sikit jatuh ke bumi pecah hancur. Adakah kerja kita hari2 nak pantau puak syirik ini, siapa yg nak pantau, guru, ustaz, wakil rakyat, menteri PM atau raja2? Ini menunjukkan umat Islam tak buat kerja yg ditinggalkan oleh Nabi saw, apakah kerja umat Islam hari? dakwah tapi tak buat yg buat kejar kemajuan dunia, dunia dijunjung, akhirat dikendong shj.Tiada jalan lain melainkan pemimpin2 yg berkuasa, mengunakan kuasa yg mereka miliki untuk membetulkan umat Islam, hidupkan masjid 24 jam, tentukan Melayu jaga solat, buat kerja dakwa, dari raja2, PM mufti menteri MB wakil rakyat JKKKP, jangan tidur banyak, bila tidur banyak kerana kemewahan maka fahaman sesat akan tumbuh seperti tumbuhnya rumput2 yg membiak dan akan mematikan Islam yg hak. Adakah pemimpin2 hari ini ada fikir bab ini atau mereka juga di antara penyokong puak2 syirik kerana ekonomi, undi untuk mengekalkan kuasa tamak, rasuah, penyelewengan yg akhirnya Melayu dan Islam yg rugi. Tanya diri sendiri adakah aku sudah mengamalkan islam 100% dan tanya diri sendiri adakah aku telah melantik pemimpin2 yg beriman lagi bertaqwa? Kalau jawapannya belum, mulai sekarang muhasabah diri sendiri, bagaimana Melayu dan Islam boleh kekal dibumi Malaysia? Harapkan pagar pagar makan padi.
Labels:
BILA ISLAM LEMAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment