Friday, 7 February 2014

ISU SOALAN SEKS: LANGKAH CEGAH MASALAH SOSIAL



SEREMBAN – Soalan kaji selidik yang diedarkan di sekolah rendah merupakan sebahagian daripada program Saringan Kesihatan Remaja, yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (PKK) Kementerian Kesihatan Malaysia, dan bukanlah satu kajian semata-mata.

Umat Islam semakin gawat, masalah sosial bertambah2 bukan semakin berkurang. Kaji selidik, perkenalkan subjek bab seks ini tak habis2 ceritanya. Semuanya pakar2, ada yg doktor perubatan, doktor falsafah, mufti2, pakar sistem pendidikan semua memerah otak bagaimana cara nak selesai masalah umat Islam puncanya tak lain tak lain kesan pergaulan lelaki perempuan, hasilnya anak haram. Semua yg terlibat ialah umat Islam sedangkan Islam itu semua orang tahu telah disempurnakan oleh Nabi Muhammad saw 1435 dahulu. Kenapa sehingga sekarang formula yg telah ada tidak digunakan, tapi formula hasil fikiran akal yg tidak berpandukan al Quran dan hadith2, perah kepala otak dicuba itu ini tapi tak berkesan. Jenis Islam apa yg kita anuti? Kita mengaku Islam tapi segala ajaran Nabi saw, kita pandang remeh, sedangkan setiap tahun kitalah orang paling meleleh memuji Nabi saw, berarak sepanjang jalan, cinta Nabi saw, adakah ini yg dikatakan sifat orang2 munafik? Hari ini umat Islam gawat,pemimpin2 juga gawat antara lain tidak menjaga solat, kalaulah solat tidak dijaga masakan lain2 sunnah dapat difahami atau kalau pun difahami, tapi cara hidup Yahudi dan Nasrani telah sebati, apakah yg boleh pemimpin2 UMNO buat untuk menghidupkan sunnah Nabi saw? 

Cuba kita lihat dan senaraikan apakah sunnah Nabi saw yg telah kita lakukan.
Tanya diri sendiri dan jawab dgn jujur.
1. Pakaian- Setakat mana kita telah ikut sunnah Nabi saw. Bertali leher sunnah Nabi saw?, bagi wanita berseluar ketat, baju ketat bertudung adakah sunnah isteri2 Nabi saw? Sanggupkah kita makan dalam talam bersama. Kita tak faham erti makan setalam, ada antara kita berasa jijik, tapi itulah sunnah Nabi saw, didalamnya penuh dgn keberkatan, berapa ramai umat Islam faham dan amalkan?
2. Cara makan- Makan minum berdiri adakah sunnah Nabi, adakah kita perihatin bab makanan, main sapu saja asalkan sedap.Ini banyak dilakukan bila kehidupan dah mewah bertaraf menteri, JUSA malah JKKKP pun dalam majlis yg dikata moden, segala2 tidak ada unsur2 sunnah Nabi saw yg sepatutnya kita bangga tapi dicemari oleh cara hidup Yahudi dan Nasrani. 
3. Ikram muslimin- Cara hidup bermasyarakat, muliakan saudara2 sesama Islam adakah kita telah laksanakan?

Itu adalah hanya beberapa sunnah Nabi saw, banyak lagi sunnah yg besar seperti dakwah, solat berjemaah dll. Ini semua tak diajar di sekolah. Sekolah diajar sistem sekular, sasaran atau target 9A dalam SPM! Sebab itu pemimpin2 yg dilantik tentukan yg beriman dan bertaqwa, bukan pandai cakap, kelentong tak habis, macamlah rakyat ini semuanya bodoh betul bentul.

Kesimpulannya selagi kita yg mengaku umat Islam tak balik kpd ajaran Islam yg di tunjukkan oleh Nabi saw, maka buatlah apa saja sehingga khiamat pun tak akan berjaya. Jangan hidup dalam kepura2an kerana sifat demikian jelas sifat orang2 munafik, fasik dan yg lebih ditakuti, lahir sebagai Islam, mati sebagai kafir. Nauzubillah. Hidup ini hanya sementara, paling lama 60 atau 70 tahun saja. Akhirat tiada penghujung. Jadikan akhirat matlamat hidup bukan perkayakan diri di dunia dan kerana hendak berkuasa halal haram sapu semacam!

No comments:

Post a Comment