Monday, 3 February 2014

BAHASA MELAYU SEMAKIN LAYU



Bahasa Inggeris adalah bahasa dunia, semua orang patut boleh berbahasa Inggeris. Selain itu bahasa ilmu dunia dan tak dinafikan juga pengaruh Islam melalui bahasa Inggeris juga semakin mendapat permintaan laris dari masyarakat bukan Islam sama ada di barat atau di timur. Bahasa Inggeris hanyalah keperluan hidup dalam dunia perniagaan misalnya dan juga media perhubungan sains dan teknoloji. Walau bagaimana pun bahasa Inggeris bukanlan segala2nya, misalnya dalam pendidikan tempatan bahasa Melayu adalah penting dalam urusan perniagaan tempatan dan subjek tertentu seperti matematik tidak ada masalah kerana ianya lebih berkesan dalam bahasa ibunda seperti di Jepun, Jerman, Perancis dll negara yg tidak berbahasa Inggeris.

Malangnya di Malaysia, telah ujud mat saleh celup dgn tempoyak, budu, cencaluk dll.

Peringkat yg paling ketara yg mengunakan bahasa Inggeris rojak ialah para2 menteri atau VVIP dan juga diperingkat jawatan JUSA hingga ke bawahan dan JKKKP juga terhegeh2 nak juga lepas pagar ini, akhirnya terlondeh seluar, yg nampak seluar dalam berlobang2 mungkin kerana tak pernah basuh atau terlalu banyak basuh tapi selesa dgnnya.

Perkataan “so” dah jadi kebiasaan disamping banyak lagi perkataan Inggeris lain. Pada pendapat kita sesiapa yg guna perkataan “so” memangnya “so stupid” Tak boleh gunakanlah bahasa Melayu baku atau standard atau gunakan bahasa Inggeris 100%, jangan bila cakap Inggeris tersangkut2 kemudian ke bahasa Melayu caca merba. Apakah budaya ini akan berterusan? Papan2 iklan swasta juga semakin mencemarkan bahasa Melayu dan majlis2 perbandaran yg dikuasai oleh Melayu, adakah mereka dah dicelupkan oleh mat saleh sehingga tak dapat nak nasihat pemaju tentang penggunaan bahasa Melayu baku. Dlm perhimpunan UMNO bukan main lagi bersemangat hidup Melayu, iklan penggunaan bahasa Melayu mesti dimertabatkan tapi adakah mereka yg berkuasa serupa orang2 bersifat munafik lain cakap lain buat?

Sudahlah tanah2 Melayu tergadai, bahasa Melayu juga akan tergadai di bawah UMNO. Apakah hari ini kerana kejar dunia, Islam, bahasa Melayu dan Melayu itu sendiri terpaksa berdepan kepupusan budaya? Semakin maju Malaysia, sebenarnya bukan Melayu yg maju, Melayu hanya tumpang cari makan, maju sebenarnya ialah Cina dan India dan pekerja2 asing yg kononya akan diambil tindakkan tegas oleh pihak Imigrasi dan polis tapi hanya cakap2 kosong, yg bersipah2 berniaga tu siapa? Di KL anda akan dapat lihat dihari2 perayaan, dgn munculnya pendatang2 asing ini kita rasa, adakah selamat Malaysia untuk generasi akan datang? Inilah yg kita bangga2kan kalau tidak ada UMNO maka Melayu tak akan maju, maka bersoraklah macai2 yg tak berapa cerdik, sedangkan sambil berkokok ekor bergelumang tahi, kata dulang paku serpih kata orang UMNO dah tak boleh pulih! Segala ubat penawar dah diusahakan tapi penyakit UMNO bertambah nazak, biasanya surah Yasiin boleh selesaikan masalah nazak, sama ada Allah swt nak hidupkan atau matikan saja, pada adatnya orang nazak, biasa yg menunggu adalah ajal!



No comments:

Post a Comment