Friday, 24 January 2014
Penggunaan kalimah ALLAH tertakluk enakmen negeri?
Mempertahankan tidak akan memberi makna apa2, yg penting wajib jelaskan apakah maksud kalimah Allah itu dalam konteks agama Islam, Apa yg hendak dipertahankan sedang Allah untuk semua mahluk. Dakwahkan hakikat kalimah Allah kpd bukan Islam itulah yg dilakukan oleh Nabi saw. Nabi2 dihantar oleh Allah swt hanya untuk menjalankan tugas menyeru manusia kpd Allah yg satu. Kesungguhan para Nabi2 usaha ke arah menyeru manusia kpd Allah sehingga ada para2 terpaksa berhadapan dgn peperangan dari puak myusrikin adalah jihad terbesar dalam banyak2 jihad. Nabi saw siang malam menyeru manusia kpd Allah bukannya menjadikan berhala2 dan tempat pemujaan lain sebagai modal menarik pelancongan. Hari ini umat yg bergelar pemimpin tidak lakukan kerja dakwah, tapi lebih kpd kerja dakyah kpd dunia yg akan fana. kehidupan akhirat dipandang ringan, kehidupan dunia diperjuangkan seolah tidak akan mati. Akhirnya Allah swt hantar ujian, apakah puak2 yg berpura2 ini boleh mempertahankan kalimah ini sedangkan solat fardhu pun masih kucar kacir? Masjid surau sunyi, yg ramai Melayu Islam di tempat2 hiburan dan di tempat maksiat. Kalau benar mempertahankan kalimah Allah swt, laksanakan perintah Allah swt, hudud, hapus judi, arak, maksiat, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Bolehkah pemimpin2 Melayu Islam jihad ke arah ajaran Islam 100%, ada berani? atau digertak dgn undi, kecut! Kenapa perlu UMNO halang kalimah Allah dari diguna pakai oleh Kristian, sedangkan dalam UMNO ramai Kristian Sabah? Ada berani pertahankan kalimah ini di Sabah Sarawak, alasan tiada enekmen itu adalah alasan dangkal, kerana enekmen itu manusia yg cipta, tak bolehkah dipinda, digubal supaya seragam dgn Semenanjung? Bab ini semua dilepaskan ke negeri2, kenapa Kelantan nak kuat kuasakan hudud tidak diberi laluan? Kalau betul agama Islam di bawah negeri2, benarkan Kelantan laksanakan hudud seperti Brunai!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment