Thursday 27 March 2014

PERPADUAN KEKAL HANYA BILA ISLAM DN BERIMAN



Bila kita bercakap dgn hikmat dan perpaduan masyarakat, apa yg penting mesti faham dalam konteks Islam atau perspektif Islam. Hikmah  terhadap sesuatu boleh ditafsirkan hikmah di atas kerja2 kebaikan tapi menemui rintangan yg menyebabkan disebalik hikmat itu Allah swt akan tunjuk hasil yg lebih baik. Kita tak boleh nak ketegorikan hikmah ini jika melibatkan perbuatan jahat misalnya. Katakankan rumah dimasuk pencuri kerana tak berkunci, perlu diingatkan di Malaysia negara Islam contoh tapi kalau rumah tak berkunci jangan bergantung kpd takdir seperti puak muktazilah, mesti kunci sepatutnya negara Islam tiada pencuri!.

Begitu juga perpaduan masyarakat antarabanga bersatu kerana nak mencari MH370, bersatu jenis ini musuh pun akan bantu kerana ini bukan melibat agama, bangsa kerana nak tolong orang kemalangan masa itu kita tak lihat siapa dia, yg pasti niat nak bantu yg penting, tapi lepas bantu yg hidup sehat tetap jadi musuh juga.

Apa yg dicakap oleh menteri2 UMNO, bangga dgn bantuan semua negara hanya dalam kes MH370, lepas ini selesai, mulalah tuntutan itu ini hidup semula. Perpaduan itu hanya sementara bukan kekal, Perpaduan yg kekal hanyalah dalam Islam. Inilah perpaduan yg kekal seperti yg dilakukan oleh Nabi saw dapat satukan puak Ansar dan Muhajirin di Madinah. Selepas semua masuk Islam dan beriman, masa itu tak kira bangsa boleh makan setalam. Itulah kekuatan dlm Islam ujud untuk selama2nya selagi matlamat dakwah itu yg menjadi agenda utama. Selain dari itu perpaduan palsu shj.



Wednesday 26 March 2014

PEMIMPIN2 UMNO WAJIB BERTAUBAT NASUHA

Kegawatan negara dlm banyak isu dan peristiwa yg telah sedang dan akan berlaku,  menunjukkan kemurkaan Allah swt sudah sampai ke tahap kritikal. Bermula dgn maksiat pesta hiburan yg melampau sehingga ada orang Islam yg mati, di tambah dgn bala atau musibah pesawat MAS hilang, selang 3 minggu pesawat Malindo terbakar di udara dan pesawat Mas langgar itik2 burung2 di Nepal , kenaikan harga barang yg semakin memiskinkan rakyat, kemarau, catuan air, ancaman COMANGO(ancaman bukan Islam terhadapa Islam) dll adalah petanda2 keberkatan dan nikmat Allah swt sedang ditarik balik. Semuanya ini adalah berpunca dari keengkaran pemerintah di bawah UMNO yg semakin jauh dari ajaran Islam tapi  masih belum sedar diri masih mempertahankan yg mereka kononnya mengikut cara Islam! Cuba kita periksa amalan2 pemimpin2 UMNO, adakah mereka ini orang jaga solat fardhu berjemaah dan setiasa mendampingkan diri dgn masjid2 surau2? dan sentiasa bersama rakyat bawahan, atau semasa pilihanraya shj mereka bersama rakyat?

Melayu yg beragama Islam wajib menilai pemimpin yang ada sekarang, adakah mereka di antara pemimpin2 yg bercakap benar, berjanji ditepati, merasai kesusahan rakyat miskin? Melayu masih jauh dari berfikir matang, kebanyakkan  penyokong2 UMNO masih belum sedar diri atau Allah swt telah hijabkan mereka kpd kebaikan?

Masa depan Melayu dan Islam bergantung kpd amalah Islam dan Allah swt menilai sejauh mana mereka yg mengaku Islam beramal dgnnya atau hanya pura2 untuk menikmatai kesenangan dunia yg akan fana ini.

Anak cucu kita yg akan menerima padahnya bila keadaan sekarang terus ke arah maksiat, mereka yg terlibat dgn maksiat sudah tentu akan dilaknati Allah swt tapi bagaimana dgn yg mereka yg beriman juga turut menghadapi azab percuma hasil dari perbuatan  pemimpin2 yg tak beriman dan beramal soleh.

Oleh itu untuk menyelesaikan masalah gawat ini, tidak ada cara lain melainkan semua Melayu yg cintakan masa depan anak2 cucu2 wajib muhasabah dan wajib buat perubahan dalam kerajaan kpd yg lebih jujur, amanah dan ikhlas bukannya mereka yg rasuah, penyelewengan dan salah guna kuas.

 

 

Saturday 22 March 2014

KENAPA MELAYU TAK BOLEH KELUAR DARI PERCAYA BOMOH?



Syaitan dijadikan oleh Allah swt semata2 nak menguji manusia yg Islam dan beriman. Syaitan tak ganggu manusia bukan Islam atau yg mensyirikkan kpd Allah swt. Tugas syaitan semakin mencabar bila manusia semakin beriman dan tugas manusia juga semakin mencabat nak mempertahan iman. Oleh itu syaitan akan bekerja terkuat mungkin untuk merosakkan iman.

Di Malaysia kebanyakkan Melayu adalah Islam. Maka syaitan memang banyak di Malaysia. Bala tentera syaitan yg berpangkat jeneral hingga ke field mashall sememangnya mesti bertugas siang dan malam supaya iman Melayu Islam dapat dihapuskan, matlamat yg sama semua masuk neraka.

Bila Melayu Islam yg gagal beramal dgn ajaran Islam, maka semakin mudah syaitan masuk ke dalam diri mereka, menghasut, mengoda, bisikan yg “power” kalau dia seorang pemimpin akan digoda oleh syaitan bahawa kalau nak maju kena berkawan dgn syaitan. Syaitan buat contoh, lihat Amerika, Israel, Singapura, Jepun, Korea dan lain2 negara maju semuanya kaya raya kerana mereka berniaga dgn barang yg haram seperti, judi, arak, pelacuran, riba dan lain perkara yg haram di sisi Islam mereka sapu bersih. Syaitan akan mengoda lagi, berikan contoh negara Islam yg kaya hanya berniaga dgn perkara yg halal? Maka manusia yg jenis Islam tapi iman lemah akan berkata ia juga. Maka mereka sanggup mengadaikan iman mereka kpd syaitan dan berkawan bersama2 syaitan.

Melayu Islam yg lemah iman atau dah mati iman, dalam masa yg sama sebut juga nama Allah swt tapi engkar dgn perintahNya dan dalam masa yg sama percaya kpd bomoh. Inilah sifat orang2 munafiq. mereka ini adalah lebih bahaya dari bukan Islam kerana orang2 munafiq ini hidup bersama2 masyarakat Islam sedang bukan Islam hanya menjadi musuh di luar sana.

Inilah yg menyebabkan bomoh tidak boleh dihapuskan dari dlm masyarakat Melayu Islam kerana yg percaya bomoh adalah pengikut2 syaitan.

Setiap kali PRU atau PRK permintaan terhadap bomoh menjadi2 sudah pasti yg terlibat bukan pengundi atau rakyat tapi yg terlibat ialah wakil2 rakyat Melayu yg dikatakan Islam, Cina India tolak ke tepi kerana mereka sememangnya itu adalah amalan mereka.




Tuesday 11 March 2014

BAHASA MELAYU SEMAKIN TENAT



Insiden pesawat MH370 adalah satu petanda buruk yg ada kaitan dgn B Melayu. Bila kita menonton dlm semua Saluran TV, mereka yg bercakap yg terdiri dari orang2 berkuasa Melayu sudah jelas, apa yg dilaungkan daulatkan B Melayu sebenarnya hanyalah lakonan shj. Rata2 Melayu sendiri gagal menguasai menjiwai dan semangat Melayu itu sudah luntur. Bila wartawan Tanya dlm B Melayu dijawab dlm bahasa Inggeris bercampur dgn B Melayu, lintang pukang dan memalukan. Kalau tidak faham sama ada Inggeris atau Melayu lebih baik jangan bercakap, kalau bercakap nampak sangat jati diri Melayu sudah mati, itu bab bahasa shj, bab lain adakah apa yg dijawab itu menampakkan profesionalisma jawatan yg dipegang? Insiden ini banyak mendedahkan pekong yg sebenar dan kita boleh buat kesimpulan apakah Melayu hari ini Melayu, Melayu yg betul Melayu atau Melayu yg telah tercemar atau Melayu yg sudah hilang identiti Melayu kerana sanjungan dan pengaruh terhadap Inggeris dan rojakkan kedua2 Bahasa telah menjadi budaya rakyat Malaysia, Ini termasuk bukan Melayu yg sudah berpuluh tahun jadi warga Malaysia, tapi B Melayu hanya alat kecemasan untuk hidup shj
Apakah gunanya pemimpin Melayu berkubar2 berpidato tapi dlm masa yg sama berpura2 kononnya orang Melayu sayangkan B Melayu tapi hanyalah sendiwara shj?

Tidak ada perasaan malukah kpd bangsa lain bila Melayu tak boleh bertutur B Melayu 100% Melayu? Dlm masa yg sama kita menyalahkan bukan Melayu tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan punca utama B Melayu tidak boleh menjadi maju adalah kerana kerajaan yg ada gagal mendidik semua rakyat Malaysia menjadi Melayu!


Friday 7 March 2014

MELAYU SUDAH MATI HATI



Ramai manusia dapat dosa percuma kerana perbicaraan yg bukan mengikut hukum Allah swt. Mereka yg berkuasa boleh sesuka hati atas nama arahan pihak atasan boleh melakukan apa shj kejahatan asalkan sifat yg luar dari Islam itu boleh selesaikan masalah kehidupan yg sementara ini. Perasaan takut kpd Allah swt telah hilang dari hati, sifat syaitan yg suka melihat saudara seagama berbalah, maka syaitan akan berkata, kita telah berjaya menghasut manusia supaya mendapat dosa besar, sama2 kita dlm neraka. Apakah jenis manusia Melayu Islam hari ini, bercakap dgn negara maju tahun 2020, rakyat berpendapatan tinggi, adakah ini cerita dogeng atau mitos pemimpin2 Melayu? Melayu semakin mundur kerana akal sudah hilang dari paksi, melayu terus miskin kerana yg membuat Melayu miskin adalah Melayu diangkat sebagai ketua telah menghianati Melayu. Bukan Melayu terus maju, sedikit demi sedikit ekonomi, kuasa telah bertukar tangan dlm diam2, Melayu terus dibuai mimpi2 indah hasil dari buaian pemimpin2 Melayu. Itulah realiti sebenar situasi yg sedang berlaku, ada Melayu boleh melihat dgn hidayat ada Melayu boleh melihat dgn mata yg buta, hati yg telah mati, telinga sudah pekak, mulut disumbat dgn wang RM dan harta benda, mereka terus lalai, generasi mereka sedng menanti sengsara.


HUDUD LWN LORD REID

Kes liwat mengikut undang2 Lord Reid, boleh dibicarakan tanpa empat saksi, saksi2 boleh reka cipta bukti berdasarkan kepentingan pihak tertentu. Saksi boleh jadi Islam atau bukan Islam kerana undang2 ini tak berkata tentang saksi. Undang2 Islam hudud, qisas, kalau terlibat dgn orang2 Islam wajib ada saksi yg Islam dan beriman. Beriman disini mesti ada sifat jujur dan amanah. Malangnya di Malaysia yg dikatakan Islam contoh tapi mengikut undang2 Inggeris yg jelas 100% berlawanan dgn undang2 Islam.

Padahnya semua kes termasuk murtad, liwat, zina tidak boleh dibicara dgn undang2 Islam kerana, perlembagaan bukan Islam. Mungkin ada Melayu Islam berkata, mana nak cari orang Islam yg beriman sekarang, itulah dahsyatnya pemimpin2 Melayu Islam, hinggakan nak cari orang Islam beriman pun cukup susah! Allah swt sedang menguji Melayu Islam dalam banyak perkara, selain di atas, isu kalimah Allah, golongan anti hadith, Melayu murtad tiada kesudahan, kehinaan demi kehinaan, hasad dengki sesama Melayu Islam telah sampai ke kemuncak kemurkaan Allah swt. Melayu berpecah kerana masing2 tamakkan kuasa, bila berkuasa sifat tamak, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, juga salah guna mahkamah juga jelas.


Pemimpin2 menganggap rakyat semuanya bodoh, yg cerdik hanya yg berkuasa, bukti2 bodoh diasak supaya rakyat terima. Inilah "keadilan" manusia yg berkuasa. Mereka tidak nampak setiap ketidakadilan itu akhirnya akan dibalas oleh Allah swt, tapi semakin hari mereka yg berkuasa dan salah gunakan kuasa semakin melampau. Inilah yg berlaku di zaman Nabi a.s yg Allah swt hancurkan umat itu kerana telah mabuk kuasa sehingga sanggup mencabar Allah swt, mereka mendakwa mereka di pihak yg benar kerana setelah sumpah laknat dilakukan, tiada ada apa kesannya kpd mereka yg terlibat! Allah swt tidak tercabar kalau manusia "paksa" Allah swt tunjukkan bukti, tapi satu masa nanti yg berdosa tetap akan menerima hukuman, sama ada sebelum mati atau di akhirat nanti. Walau bagaimana pun isytiar untuk menegakkan keadilan wajib diteruskan, kerana Allah swt jadikan manusia itu tidak hanya berserah bulat2 kpdNya tapi usha ke arah menegakkan keadilan wajib diteruskan. Yang penting selain dari sabar, amalan solat, doa wajib diteruskan sehingga semua manusia yg dikatakan telah Islam betul2 mengamalkan Islam seperti yg dibawa oleh Nabi saw. sehingga khiamat.