Thursday, 20 February 2014
PETUA2 NAK JAGA IMAN DAN TAQWA
Bangun tidur paling lewat satu jam sebelum subuh, lagi awal lagi bagus dan baca doa.
Mandi bersihkan diri, ambil wuduk, sekurang2nyg solat tahajud 2 rakaat dan witir dn doa.
Baca al Quran apa2 surah pun boleh, kalau boleh perbanyakkan bacaan sehingga subuh. Lepas subuh baca surah Yassin dan tambah lagi surah2 yg berturutan supaya boleh hatam al Quran sekurang2nya paling malas satu tahun! kalau setahun dua kali itu sudah dikira hebat.
Boleh tambah baca ayat manzil, ini amalan Nabi Muhammad saw, syaitan takut dgn amalan ini.
Bila matahari mula muncul boleh solat Israq dan setengah jam pukul 8 ke atas boleh solat dhuha, jaga dhuha rezeki pasti mudah dan berkat.
Seterusnya jaga solat fardhu berjemaah, bagi lelaki jangan biasakan diri solat sendirian di rumah kecuali uzur syarie, kalau tak uzur hampir wajib solat di surau dan masjid, kecuali kalau lelaki nak jadi pompuan! Sekarang ramai lelaki jadi pompuan termasuk ustaz2 solat dgn anak bini. Nabi saw setiap waktu ke masjid kecuali solat sunah digalakkan perbanyakkan di rumah. Kita orang lelaki wajib ikut Nabi saw, isteri2 dan anak perempuan wajib ikut isteri2 Nabi saw. Hari ini ramai lelaki jadi pompuan kerana tak ikut amalan Nabi saw. Di akhirat nanti nak ikut Nabi saw tapi di dunia tak mau ikut sunnah Nabi saw.
Saturday, 15 February 2014
BILA ISLAM LEMAH
Bila amalan Islam lemah, maka fahaman ciptaan manusia yg menyeronokkan akan mengambil tempat. Zaman Nabi saw orang bukan Islam patuh kpd pemimpin Islam, mereka hidup tapi tak berani nak dakyah fahaman lain walau pun fahaman mereka itu sebelum Nabi saw belum dilahirkan lagi sudah ujud. Bila datang Nabi saw kebathilan terhapus dgn sendiri atas usaha Nabi saw pesuruh Allah swt. Hari ini umat Islam terlalu lemah longlai kerana iman umat Islam hari ini seperti telur dihujung tanduk goyang sikit jatuh ke bumi pecah hancur. Adakah kerja kita hari2 nak pantau puak syirik ini, siapa yg nak pantau, guru, ustaz, wakil rakyat, menteri PM atau raja2? Ini menunjukkan umat Islam tak buat kerja yg ditinggalkan oleh Nabi saw, apakah kerja umat Islam hari? dakwah tapi tak buat yg buat kejar kemajuan dunia, dunia dijunjung, akhirat dikendong shj.Tiada jalan lain melainkan pemimpin2 yg berkuasa, mengunakan kuasa yg mereka miliki untuk membetulkan umat Islam, hidupkan masjid 24 jam, tentukan Melayu jaga solat, buat kerja dakwa, dari raja2, PM mufti menteri MB wakil rakyat JKKKP, jangan tidur banyak, bila tidur banyak kerana kemewahan maka fahaman sesat akan tumbuh seperti tumbuhnya rumput2 yg membiak dan akan mematikan Islam yg hak. Adakah pemimpin2 hari ini ada fikir bab ini atau mereka juga di antara penyokong puak2 syirik kerana ekonomi, undi untuk mengekalkan kuasa tamak, rasuah, penyelewengan yg akhirnya Melayu dan Islam yg rugi. Tanya diri sendiri adakah aku sudah mengamalkan islam 100% dan tanya diri sendiri adakah aku telah melantik pemimpin2 yg beriman lagi bertaqwa? Kalau jawapannya belum, mulai sekarang muhasabah diri sendiri, bagaimana Melayu dan Islam boleh kekal dibumi Malaysia? Harapkan pagar pagar makan padi.
Friday, 7 February 2014
ISU SOALAN SEKS: LANGKAH CEGAH MASALAH SOSIAL
SEREMBAN – Soalan kaji selidik yang diedarkan di sekolah rendah merupakan sebahagian daripada program Saringan Kesihatan Remaja, yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (PKK) Kementerian Kesihatan Malaysia, dan bukanlah satu kajian semata-mata.
Umat Islam semakin gawat, masalah sosial bertambah2 bukan semakin berkurang. Kaji selidik, perkenalkan subjek bab seks ini tak habis2 ceritanya. Semuanya pakar2, ada yg doktor perubatan, doktor falsafah, mufti2, pakar sistem pendidikan semua memerah otak bagaimana cara nak selesai masalah umat Islam puncanya tak lain tak lain kesan pergaulan lelaki perempuan, hasilnya anak haram. Semua yg terlibat ialah umat Islam sedangkan Islam itu semua orang tahu telah disempurnakan oleh Nabi Muhammad saw 1435 dahulu. Kenapa sehingga sekarang formula yg telah ada tidak digunakan, tapi formula hasil fikiran akal yg tidak berpandukan al Quran dan hadith2, perah kepala otak dicuba itu ini tapi tak berkesan. Jenis Islam apa yg kita anuti? Kita mengaku Islam tapi segala ajaran Nabi saw, kita pandang remeh, sedangkan setiap tahun kitalah orang paling meleleh memuji Nabi saw, berarak sepanjang jalan, cinta Nabi saw, adakah ini yg dikatakan sifat orang2 munafik? Hari ini umat Islam gawat,pemimpin2 juga gawat antara lain tidak menjaga solat, kalaulah solat tidak dijaga masakan lain2 sunnah dapat difahami atau kalau pun difahami, tapi cara hidup Yahudi dan Nasrani telah sebati, apakah yg boleh pemimpin2 UMNO buat untuk menghidupkan sunnah Nabi saw?
Cuba kita lihat dan senaraikan apakah sunnah Nabi saw yg telah kita lakukan.
Tanya diri sendiri dan jawab dgn jujur.
1. Pakaian- Setakat mana kita telah ikut sunnah Nabi saw. Bertali leher sunnah Nabi saw?, bagi wanita berseluar ketat, baju ketat bertudung adakah sunnah isteri2 Nabi saw? Sanggupkah kita makan dalam talam bersama. Kita tak faham erti makan setalam, ada antara kita berasa jijik, tapi itulah sunnah Nabi saw, didalamnya penuh dgn keberkatan, berapa ramai umat Islam faham dan amalkan?
2. Cara makan- Makan minum berdiri adakah sunnah Nabi, adakah kita perihatin bab makanan, main sapu saja asalkan sedap.Ini banyak dilakukan bila kehidupan dah mewah bertaraf menteri, JUSA malah JKKKP pun dalam majlis yg dikata moden, segala2 tidak ada unsur2 sunnah Nabi saw yg sepatutnya kita bangga tapi dicemari oleh cara hidup Yahudi dan Nasrani.
3. Ikram muslimin- Cara hidup bermasyarakat, muliakan saudara2 sesama Islam adakah kita telah laksanakan?
Itu adalah hanya beberapa sunnah Nabi saw, banyak lagi sunnah yg besar seperti dakwah, solat berjemaah dll. Ini semua tak diajar di sekolah. Sekolah diajar sistem sekular, sasaran atau target 9A dalam SPM! Sebab itu pemimpin2 yg dilantik tentukan yg beriman dan bertaqwa, bukan pandai cakap, kelentong tak habis, macamlah rakyat ini semuanya bodoh betul bentul.
Kesimpulannya selagi kita yg mengaku umat Islam tak balik kpd ajaran Islam yg di tunjukkan oleh Nabi saw, maka buatlah apa saja sehingga khiamat pun tak akan berjaya. Jangan hidup dalam kepura2an kerana sifat demikian jelas sifat orang2 munafik, fasik dan yg lebih ditakuti, lahir sebagai Islam, mati sebagai kafir. Nauzubillah. Hidup ini hanya sementara, paling lama 60 atau 70 tahun saja. Akhirat tiada penghujung. Jadikan akhirat matlamat hidup bukan perkayakan diri di dunia dan kerana hendak berkuasa halal haram sapu semacam!
Monday, 3 February 2014
HARGA SEBUAH DEMOKRASI
Kos untuk membiayai demokrasi terlalu mahal dan adakah releven dgn Islam? Sistem yg cukup murah ialah sistem yg diasaskan oleh Nabi Muhammad saw. Kelayakan hanya sesiapa yg beriman lagi bertaqwa maka dialah yg palinglayak jadi pemimpin.
Demokrasi yg diasaskan oleh barat bukan Islam, adalah sistem demokrasi lapuk yg diamalkan di Malaysia dan sudah ketinggalan zaman. Sistem demokrasi yg diamalkan di barat sistem dua parti adalah yg terkini yg dianggap oleh barat boleh menyelesaikan banyak masalah.
Malaysia tidak boleh mengamalkan sistem dua parti kerana akan berlawanan dgn Islam. Islam adalah agama tunggal yg tidak boleh berkompromi dgn bukan Islam kerana akibatnya sangat dahsyat dan Islam melarang keras sistem ini kerana dicipta oleh manusia kedua sistem ini akan timbul dekreminasi yg serius jika sekira dua parti yg tidak sama agama memerintah. Kita telah lalui di Sabah bila mana puak2 Kristian di bawah Pairin Katingan yg terang2 mendakyakkan Kristian di bumi Sabah dan hari ini gagal dipulihkan kerana Kristian membawa unsur2 keseronokkan yg mana unsur2 sangat disukai oleh semua manusia. Bila unsur2 menyerap dalam tubuh umat Islam akibatnya terlalu sukar untuk dipulihkan seperti yg telah berlaku dalam UMNO.
Berapa banyak wang dihabiskan untuk mengekalkan kuasa dgn cara yg bercanggah dgn ajaran Islam. Inilah hakikat bila kononnya demokrasi berpalimen yg ingin dihidupkan, maka kos untuk membiayai ADUN dan PARLIMEN menelan beratus juta RM. Maka berlumba2lah calun untuk menawarkan diri kerana jawatan ini berbaloi dgn pelaburan dari calun hanya sedikit tapi kos kerajaan wang rakyat berjuta2 terpaksa dibelanjakan.
Apakah kesannya terhadap rakyat, rakyat tidak dapat apa yg sepatutnya mereka dapat kerana apabila calun menang, yg utama didahulukan ialah bagaimana modal dapat balik disamping bagaimana untuk mengunakan kekedudukan mengumpul wang.
PRU dan PRK menjadi sibuk, bukan sibuk membangun kemajuan untuk rakyat tapi sibuk dgn isu2 semasa disamping taburan wang yg dikatakan politik wang tapi sebenarnya ialah rasuah seperti rasuah2 lain, berebut jawatan MB misalnya dan tidak akan berakhir dgn itu saja, lompat parti. letak jawatan sebagai ADUN atau MP akan berlaku sepanjang 5 tahun. Segala puncanya ialah kuasa dan wang.
Sebagai umat Islam yg peka tentang perkembangan semasa dan isu2 yg berulang2 ini, siapakah yg hendak ke hadapan membetul atau berani membuat perubahan, raja2, mufti2, ulama2 dan ilmuan agama yg kononnya faham ajaran Islam seperti yg dibawa oleh Nabi Muhammad saw atau tidur lena dgn kemewahan dgn kemudahan gaji, elaun, kenderaan mewah dan rumah mewah!
Hari ini umat Islam menderita bukan shj dari segi rohani, jasmani juga menjadi hamba dunia kerana mereka dilatih oleh UMNO selama 56 tahun. Sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh umat Islam, umat Islam semakin terpinggir dalam arus kemajuan dunia yg tidak langsung menguntungkan Islam malah Melayu semakin terhimpit dgn bala yg Allah swt turunkan,anak luar nikah, isu kalimah Allah, serangan atas nama hak asasi manusia, dll kita gagal dalam segala2nya. Kita mengharapkan hanya parti PAS yg dipimpin oleh ulama atau golongan profesionl lain yg taat dgn perintah Allah swt dan paling merisaukan kita PAS juga sedang menghadapi krisis kepimpinan yg serius. Ujudnya syiah dan fahaman ekstrem yg lain disamping terlalu sabar dan baik hati atas nama menjaga hati PR, maka PAS terpaksa mengalah, sampai bila?
BAHASA MELAYU SEMAKIN LAYU
Bahasa Inggeris adalah bahasa dunia, semua orang patut boleh
berbahasa Inggeris. Selain itu bahasa ilmu dunia dan tak dinafikan juga
pengaruh Islam melalui bahasa Inggeris juga semakin mendapat permintaan laris
dari masyarakat bukan Islam sama ada di barat atau di timur. Bahasa Inggeris
hanyalah keperluan hidup dalam dunia perniagaan misalnya dan juga media
perhubungan sains dan teknoloji. Walau bagaimana pun bahasa Inggeris bukanlan
segala2nya, misalnya dalam pendidikan tempatan bahasa Melayu adalah penting
dalam urusan perniagaan tempatan dan subjek tertentu seperti matematik tidak
ada masalah kerana ianya lebih berkesan dalam bahasa ibunda seperti di Jepun,
Jerman, Perancis dll negara yg tidak berbahasa Inggeris.
Malangnya di Malaysia, telah ujud mat saleh celup dgn
tempoyak, budu, cencaluk dll.
Peringkat yg paling ketara yg mengunakan bahasa Inggeris
rojak ialah para2 menteri atau VVIP dan juga diperingkat jawatan JUSA hingga ke
bawahan dan JKKKP juga terhegeh2 nak juga lepas pagar ini, akhirnya terlondeh
seluar, yg nampak seluar dalam berlobang2 mungkin kerana tak pernah basuh atau
terlalu banyak basuh tapi selesa dgnnya.
Perkataan “so” dah jadi kebiasaan disamping banyak lagi
perkataan Inggeris lain. Pada pendapat kita sesiapa yg guna perkataan “so”
memangnya “so stupid” Tak boleh gunakanlah bahasa Melayu baku atau standard atau gunakan bahasa
Inggeris 100%, jangan bila cakap Inggeris tersangkut2 kemudian ke bahasa Melayu
caca merba. Apakah budaya ini akan berterusan? Papan2 iklan swasta juga semakin
mencemarkan bahasa Melayu dan majlis2 perbandaran yg dikuasai oleh Melayu,
adakah mereka dah dicelupkan oleh mat saleh sehingga tak dapat nak nasihat
pemaju tentang penggunaan bahasa Melayu baku .
Dlm perhimpunan UMNO bukan main lagi bersemangat hidup Melayu, iklan penggunaan
bahasa Melayu mesti dimertabatkan tapi adakah mereka yg berkuasa serupa orang2
bersifat munafik lain cakap lain buat?
Sudahlah tanah2 Melayu tergadai, bahasa Melayu juga akan
tergadai di bawah UMNO. Apakah hari ini kerana kejar dunia, Islam, bahasa
Melayu dan Melayu itu sendiri terpaksa berdepan kepupusan budaya? Semakin maju
Malaysia, sebenarnya bukan Melayu yg maju, Melayu hanya tumpang cari makan,
maju sebenarnya ialah Cina dan India dan pekerja2 asing yg kononya akan diambil
tindakkan tegas oleh pihak Imigrasi dan polis tapi hanya cakap2 kosong, yg
bersipah2 berniaga tu siapa? Di KL anda akan dapat lihat dihari2 perayaan, dgn
munculnya pendatang2 asing ini kita rasa, adakah selamat Malaysia untuk
generasi akan datang? Inilah yg kita bangga2kan kalau tidak ada UMNO maka
Melayu tak akan maju, maka bersoraklah macai2 yg tak berapa cerdik, sedangkan
sambil berkokok ekor bergelumang tahi, kata dulang paku serpih kata orang UMNO
dah tak boleh pulih! Segala ubat penawar dah diusahakan tapi penyakit UMNO
bertambah nazak, biasanya surah Yasiin boleh selesaikan masalah nazak, sama ada
Allah swt nak hidupkan atau matikan saja, pada adatnya orang nazak, biasa yg
menunggu adalah ajal!
Subscribe to:
Posts (Atom)