Setiap tahun kita umat Islam merayakan hari kelahiran Nabi
Muhammad saw, kita berarak dan berselawat bagaikan nak rak dataran merdeka,
kita puji Nabi saw, meleleh air liur dgn nasyik dan lain2 pujian. Sedarkah kita
apa yg sedang kita puji tapi disebalik itu kehidupan kita penuh dgn amalan
Yahudi dan Nasrani? Cara kita memerintah cara demokrasi yg penuh dgn amalan
berdosa besar, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, dalam masa yg sama
kita kata ikut sunnah Nabi saw? sebenarnya kita ini siapa? fasik, munafik atau
dah murtad. Itulah amalan umat Islam hari ini. Apakah dgn selesai berarak kita
penuhi masjid2, surau2 untuk bersolat? Tanya diri sendiri adakah aku ini benar2
Islam atau hanya lakunan untuk menghidupkan watak2 Firaun, Namrud, Qarun,
Hamman, Abu Lahab dan lain seketurunan dgn mereka.
Apakah cukai yg kita amalkan sekarang adakah mengikut
kehendak Nabi saw?, mungkin ada orang akan kata itu di zaman Nabi saw, mana ada
kemajuan seperti sekarang, kita kena ikut peredaran semasa, kalau inilah
jawapannya apakah juga jawapan yg sama terhadap perkara2 lain seperti zakat,
hudud dll, mungkin ada yg pertikai, solat pun boleh dilenggah2kan kerana urusan
dunia, inilah yg dikata jahil murakat, jahil berkarat yg tidak mahu dengar
majlis tazkirah, majlis ilmu di masjid dan di surau.
Kenapa kita pandai2 ubah apa yg telah Nabi saw ajarkan kpd
kita. Bukankah zakat itu lebih afdal dari cukai yg pelbagai istilah seperti
GST, SST, cukai pendapatan dan sebagainya. Zakat adalah lebih adil dan mengikut
Islam, tapi malang
hari ini wang zakat banyak, tapi masalah umat Islam tak dapat diselesaikan
juga! Itu salah tafsir perlaksaannya. zakat bukan nak dikumpul buat harta,
zakat wajib diagihkan serta merta kpd asnaf yg layak.
GST, SST dll sebenarnya adalah hasil dari golongan
kapitalis. Mereka mengenakan semua cukai ini bukan berdasarkan ajaran Islam
tapi diubah suai mengikut fahaman secular. Kenapa umat Islam mesti mengikut
amalan ini yg jelas bukan Islam.
Kalau dikatakan cukai GST, SST dll dapat menambahkan
pendapatan negara kerana dgn cukai ini pembangunan atau semuanya untuk rakyat,
ramai rakyat yg masih miskin sehingga setelah 56 merdeka, bagaimana pula
seperti lapuran ketua audit negara cukai2 ini bocor dan tiris berbilion RM?
Adakah alasan untuk menambah cukai, kehidupan rakyat akan bertambah selesa? Dengan
perlakasaan GST adakah ia lebih baik dari SST, kalaulah GST lebih baik, SST yg
dulunya lebih baik dari segi perolehan pendapatan yg dikatakan 15% itu
berbanding GST yg akan dimulakan dgn 6%, soalannya di mana lojiknya kebaikan
GST? Rakyat diperbodohkan oleh PM dan menteri2 UMNO bagi menyakinkan supaya
terima GST yg mana GST itu lebih lintah darat dari SST.
No comments:
Post a Comment