Tuesday 21 January 2014

BINCANG2 SIAPA SELEPAS NAJIB?

Tekanan dan juga cemuhan oleh rakyat terhadap PM sudah sampai ke kemuncaknya. Cara melepaskan geram dgn kenaikan harga barang2, minyak, TOL(belum diputuskan kerana tambah lagi satu bencana alam) tariff elektrik dll..

Di mana saja ada Najib dan isteri Rosmah pasti tak terlepas dari di boo. Inilah isyarat dan peluang yg dapat rakyat luahkan perasaan marah dan geram, selain perhimpunan yg dicop sebagai haram walau pun Akta Kesalahan Keselamatan. (Langkah- Langkah Khas) 2012.ciptaan UMNO BN ini hanya menguatkuasakan perkara berhubung dengan perhimpunan.

Rakyat tidak mengindahkannya kerana apa yg dilakukan oleh PM Najib sudah melampau. Berapa lama Najib boleh bertahan? Sebenarnya Najib sudah lama berlalu, kalaulah ini berlaku di Jepun. Di Malaysia rakyat Melayu dan juga pemimpin2 Melayu  kaki bodek yg takut suru sapdu mis ini adalah punca`ego beliau atau tocang naik.

Menteliti Melayu terutamanya ahli2 UMNO BN masih tiada kelas, MCA nampak sudah ada perubahan tapi masih tunggu dan lihat sausana, yg duk bertahan ialah pemimpin2 mereka yg ada kepentingan, rakyat biasa dah berbelah bagi dgn apa yg sedang berlaku. Kesannya kita lihat PRU 13, habis disapu oleh DAP.

Jika sekiranya Najib bertindak seperti Pak Lah, siapa pula yg layak jadi PM? Muhyiddin? TPM dan juga menteri pelajaran ini juga penuh kontroversi dgn guru2 pula. Sistem SPPBS yg dibenci oleh guru2 ini pun satu bala kpd Muhyiddin, sistem yg lembab dan tidak berkesan atau dah ketinggalan zaman, banyak menyusahkan guru2 sehingga kurang tidur, tak boleh ekses walau pun dah pagi hari!

Siapa lagi dalam UMNO yg layak jadi PM. Ikut teori RAHMAN, rantai yg terakhir ialan Najib, kadang2 teori ini pun ada juga kebetulannya. Mungkinkah UMNO BN di penghujung hayat? Kalaulah ditakdirkan UMNO BN berkubur, maka PR layak ke tampok pemerintah, siapa pula PM yg layak? Anwar? mungkin, selepas Anwar siapa pula? Adakah dalam PAS yg layak jadi PM? Inilah delima Melayu, pemimpin2 bertaraf paling professional sukar di cara, professional di sini bukan hanya ahli teknorat saja, tapi mesti pastikan seorang yg beriman dan beramal soleh dan yg paling bertaqwa kpd Allah swt. Jika ini berlaku Malaysia akan dapat telaga minyak baru, Islam dimertabatkan, bukan Islam berlumba2 masak Islam, maka apa saja yg hendak dilaksanakan pasti tiada halangan.

Oleh itu Melayu, kenapa tuju pd Melayu, kerana Melayu hanya akan hidup bila Islam hidup. Melayu akan mati bila Islam tak diamalkan. Oleh itu Melayu jangan seronok sangat dalam bab hiburan, sambutan dan lain2 maksiat.

Dunia dah di penghujung, nak khiamat, tanda2 khiamat yg jelas sedang berlaku ialah peperangan di Syria dalam masa 2 tahun, lebih dari 180,000 orang mati kebanyakkan ahli sunnah wal jemaah telah dibunuh, kerana apa bala yg sebegini menimpa ahli sunni, kerana nama saja, amalan Islam telah jauh, Malaysia ada ahli sunni yg pegang kuasa judi, arak, maksiat dibiarkan, yg paling kemuncak kemurkaan Allah swt, ahli sunni yg tak jaga solat, tak bersolat atau solat 2 kali setahun.



No comments:

Post a Comment