Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengemukakan Laporan Audit 2012 kepada kerajaan pada bulan Julai lalu dan bukan hanya sekarang, iaitu hanya setelah pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Parlimen pada 1 Oktober lalu mula diperkatakan sejak minggu lalu.
Justeru, Ahli Parlimen Gelang Patah itu mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara merasa rakyat Malaysia akan percaya bahawa kedua-dua mereka tidak membaca atau mengetahui isi Laporan Ketua Audit Negara 2012 ketika ia pertama kali dikemukakan kepada kerajaan pada bulan Julai lalu....
Ini bermakna rahsia Ketua audit Negara disimpan tanpa ada tindakkan susulan. Setelah dibentang di parlimen pada 1Okt, baru rakyat tahu isi kandungan telur kemuruk dan pecah semerbak berbau busuk hingga ke seluruh dunia!
Kenapa sekarang Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang akan mempengerusikan jawatankuasa khas berkenaan yang akan turut dianggotai oleh ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, dan juga wakil-wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia kelam kabut nak tubuh “JKKKP”?
Rakyat boleh menilai kerajaan UMNO BN, apakah sebenarnya jenis pemerintahan yang kita kata transformasi ekonomi, transformasi pendidikan, adakah semua ini transformasi lakunan dan bukannya reformasi yang sebenar!
Rakyat Malaysia dulu kini dan selama2nya masih tidur lena dibuai mimpi yang didendangkan oleh pemimpin2 mereka dan masih berteriak hidup Melayu!
56 tahun merdeka adalah satu masa yang lama, kalau dulu pekerja yang telah berusia 56 tahun itu dah pencen wajib 55 tahun, peruntukan baru 60 tahun. Adakah perlu 56 tahun lagi untuk bertransformasi?
Melayu wajib berubah sesuai dengan ajaran Islam yang menegaskan, Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu kecuali bangsa itu sendiri mengubah nasib mereka. Apakah kita benar2 faham maksud firman Allah swt ini atau tak ambil peduli, hanya berkata asal perut aku dan keluarga aku kenyang sudah, orang lain yang sebangsa se Islam dengan kita dibiarkan menderita? Inilah yang dikatakan terhakisnya kasih sayang sesama bangsa dan Islam.
Puncanya kerana penghayatan ajaran Islam hanyalah setakat mandi mayat dan kahwin , itu pun yang bersembang semasa mandi mayat masih berluasa, selesai pengkebumian mayat terus bersembang hal2 dunia sedangkan talkin itu dibaca hanyalah untuk orang2 yang hidup. Ini mengambarkan betapa jahilnya yang dikatakan ahli sunnah wal jemaah seolah2 yang mati itu hanyalah seekor lembu dan malam mesti diadakan baca tahlil arwah. Pengajaran Islam yang sebenar masih jauh. Itulah hakikat “Negara Islam” di bawah UMNO yang gagal mendidik rakyat kepada ajaran Islam yang sebenar. Umat Islam sedang menderita rohani, yang kenyang dan buncit hanyalah jasmani.
No comments:
Post a Comment