Monday 7 October 2013

MALAYSIA BUMI BERTUAH?


Rakyat ingin tahu tindakkan kerajaan menghapuskan subsidi minyak seterusnya subsidi barang kawalan yang lain seperti gula tepong dll yang juga sedang menunggu giliran, GST adalah harga tambahan atau hadiah  untuk rakyat Malaysia untuk hidup aman damai! Cuba bandingkan lapuran Ketua Audit Negara, ketirisan lebih dari RM 2 bilion, wang sebanyak ini boleh tampung subsidi, hasilnya rakyat boleh hidup selesa.

Apakah tindakkan ini kerajaan berjiwa rakyat? Dengan  menghapuskan subsidi,  harga barang kawalan naik dan kenaikan ini dibeban kepada rakyat yang rata2 masih miskin terutama Melayu. Melayu yang dikata banyak mendapat keistimewaan? Apakah keistimewaan tersebut, adakah dalam bentuk tanah, biasiswa atau lain2 sedangkan Melayulah yang paling daif dengan menghuni rumah setinggan, tiada tanah, lemah dalam ekonomi, ketinggalan dalam pelajaran atau ianya hanya slogan memperbodohkan Melayu?

Apa yang Melayu dapat? barang makanan mahal, perbelanjaan anak2 sekolah meningkat, dulu barang makanan di kantin murah, sekarang dengan kenaikan minyak barang makanan naik. Restoran2 tak kira mamak ke atau Melayu ke pun mengambil kesempatan dengan naikkan minyak, walau pun ada menteri atau kuncu2nya berkata  jaminan restoran2 masih jual harga lama dan terkawal!, ini cakap semua bohong. Kepada mereka yang selalu melangani restoran kerana tidak ada pilihan kerana kerja, mau tak mau kena makan juga di restoran2 ini. Mampukah penguatkuasa mengawal beratus ribu restoran di Malaysia? mereka hanya melawat ke restoran2 tertentu yang dah tahu pun penguatkuasa nak datang, maka harga pada waktu ini cukup berpatutan! dari segi logiknya apa yang berpatutan kalau dibanding dengan kenaikan harga ayam misalnya dengan gaji yang naik macam kura2?

Hari ini rakyat bertambah miskin. Nilai RM merosot teruk. Tahun lepas nilai Baht 100 boleh dapat RM10, sekarang nilai Baht 90 boleh dapat RM 10, kalau dibandingkan dengan $ Singapura lagi teruk. Dahulu orang2 selatan Thai menjunjung barang jualan ke Malaysia kerana RM Malaysia besar, mungkin sedikit hari orang2 Malaysia pula menjunjung barang jualan ke Thailand kerana Baht lebih besar. Jangan hanya laungan KDNK saja nampak hebat tetapi realiti sebenar bukan KDNK itu jadi kayu pengukur tapi kemiskinan Melayu di kampung2 masih jauh dari maju.

Laungkan tahun 2020 Malaysia akan jadi negara maju! Siapa yang maju? yang kuat dengan politik UMNO BN saja, itu pun kalaulah PRU 14 UMNO BN masih ada. Jika ditakdirkan pemerintah baru PR ambil alih PRU 14 sebenarnya akan mengambil berpuluh tahun untuk pulihkan bukan saja ekonomi tapi akhlak terutama umat Islam yang telah rosak teruk di bawah UMNO BN. Buktinya banyak masjid terpaksa dikunci, pecah rumah, penagih dadah jadi pencuri besi buruk dan pecah masjid, ini menandakan rahmat dan keberkatan dari Allah swt telah ditarik balik dari bumi Malaysia.

Melayu wajib berfikiran jauh bukan dengan alasan bodoh dengan membandingkan dengan Syria, Mesir, Libya dll negara Arab yang bergolak tapi gagal melihat realiti sebenar apa yang sedang berlaku di Malaysia. Apa yang kita risau segala malapetaka tersebut lambat laun akan datang ke Malaysia jika rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak dibenteras dan yang paling kita takut ialah azab Allah swt di atas perbuatan kita kerana ramai umat Islam hari tidak bersolat dan maksiat semakin bertambah.  Nauzubillah.

 

 

No comments:

Post a Comment