Saturday, 19 October 2013

MELAYU GAGAL BERFIKIR

Melayu gagal mengunakan akal untuk berfikir dengan waras. Kebanyakkan yang berhujah akan mengunakan emosi, fitnah atau ayat2 maki hamun yang tidak ada nilai. Di Amerika, walau pun ada orang tak suka Amerika, tapi ada pengajaran yang kita boleh ikut, contoh di universiti ada pentas berhujah atau public speaking, mereka bebas mengunakan pentas ini untuk bercakap apa2 saja isu, termasuk isu presiden sekali pun, tidak ada akta seperti Malaysia tak boleh bersuara atau berhimpun walau pun secara aman akan dikenakan tindakkan polis. Rakyat di pantau segala aktiviti sehingga ke dalam rumah malah mungkin kalau dapat bukti untuk dipalsukan pun mereka akan buat seperti tilam kes DSAi. Ini kerja lebih teruk dari bukan Islam, hasad dengki, dendam kesumat yang busuk lagi buruk, tidak mengenal erti keghaiban seseorang, sedangkan sebagai orang Islam, jelas Nabi saw sendiri melarang keras perbuatan memfitnah, tapi masih ada lagi orang Islam yang tak kenal Allah swt mempercayai kerana tiada ada ilmu, jahil murakat.

Komen kalau tidak ada bukti jelas seperti meliwat mesti dapatkan saksi2 yang beriman, walau pun dulu Mahathir kata mana nak cari orang seperti itu, kan kita negara Islam contoh, tak kanlah tak boleh didik rakyat jadi orang beriman, sebagai orang Islam dilarang menjadi pak turut yang berkaitan fitnah dan berdosa besar dan dosanya serupa dosa perbuatan terkutuk itu, dapat dosa percuma kerana jahil, pemimpin terjun telaga buruk maka pengikut pun terjun sama!

Kita berhujah bukan kerana kita pembangkang atau penyokong kerajaan, kita berhujah mengikut perkara yang betul, adakah perasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa perbuatan baik? Pendedahan ketua audit negara ketirisan berbilian RM dalam pentadbiran UMNO BN itu perkara biasa? Inilah tugas ketua pembangkang untuk menerangkan perkara mungkar.

Transformasi atau reformasi tidak akan terkesan, jika rakyat gagal menyokong kpd kebaikan. Umat Islam wajib ada satu fikir dan mengakui halal itu halal dan haram itu haram. Ini soal akidah. Kalau ini pun masih tak faham, itulah yang dikatakan tidak kenal Allah, maka Allah hantarkan ujian kpd umat Islam melalui Kristian supaya segera belajar mengenal Allah swt. Adakah Kristian lebih mengenali Allah?

Saturday, 12 October 2013

PUNCA HUDUD GAGAL DILAKSANAKAN

Punca hudud tak boleh dilaksanak kerana kefahaman Islam tidak sama. Dasar parti2 Melayu Islam pun tak sama. PAS dasar Islam, PKR dasar keadilan, UMNO dasar kebangsaan, itu baru parti2 majoriti Melayu Islam, parti2 yang bukan Melayu DAP,MCA. MIC dan parti2 komponen di Sabah Sarawak, yang kolompok etnik bercampur2 dan agama juga pelbagai, yang paling malang tentangan hudud ini datang dari parti Melayu seperti UMNO, PKR kita tak pasti apa pendirian mereka dan DAP dah jelas menentang.
Di samping itu kita ditentang oleh perlembagaan Lord Reid yang jelas kebanyakkan peguam telah dilatih dengan sistem demokrasi ini. Melayu sendiri lebih suka sistem demokrasi ini, bangsa2 lain yang bukan Islam memang dah jelas menentang hudud.
Penerangan hudud hanya berkisar kepada ahli2 PAS, itu pun bukan semua ahli2... PAS faham, ahli2 UMNO faham tapi ...buat2 tak faham, DAP baru nak belajar faham.
Sebenarnya ini adalah kelemahan pemimpin2 Melayu yang dari awal penjajahan Inggeris telah diasuh cara hidup Inggeri, sehingga pakaian Islam yang sebenar ditinggalkan, pakaian Yahudi pula disanjung kononnya kalau nak maju kena ikut Yahudi.

Kita Melayu Islam jangan salahkan bukan Melayu dan bukan Islam, salahkan diri sendiri yang gagal dalam menghayati Islam. Nama saja Islam amalan kebanyakkan Yahudi. Kita dapat lihat bagaimana pemimpin kita bercakap dan bagaimana pemimpin2 kita hidup dalam negara yang dikatakan Islam, penuh dengan maksiat, seolah2 maksiat itu salah satu kehidupan yang tak dapat dielakkan kononnya fenomena negara maju.
Ini sebenarnya bukan fenomena negara maju tapi fenomina umat Islam yang telah rosak akidah. Kita kata kita mengikut sunnah Nabi saw dalam pemerintahan, tapi jiwa kita kotor dengan kesyirikkan dan hati kita lebih yakin dengan dunia dari akhirat.

Tugas Nabi saw dihantar oleh Allah swt bukan untuk memajukan dunia, tapi menjadi khalifah untuk membawa mereka yang syirik kpd Allah swt kpd tauhid kpdNya. Pemimpin2 hari hanya berpura2, sedangkan hati mereka tidak yakin dengan Allah swt tapi yakin dengan mahluk yang bukan Islam sebab itu apa saja urusan telah sebati dengan cara Yahud nasrani dan lain2. Kita lihat sekeling kita penuh dengan orang2 syirik, apakah kita sebagai orang Islam yang bertuhan Allah swt dan menjadi pengikut Nabi saw hanya berdiam tanpa ada usaha dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi saw?
 

Friday, 11 October 2013

TEGURAN ADALAH NASIHAT

Kita gagal melihat sesuatu teguran itu bersifat ikhlas, biasanya sifat terlalu memuji atau membodek itulah sifat kebanyakkan manusia terutamanya dalam masyarakat Melayu seterusnya sifat ini diamalkan dalam politik, akhirnya pemimpin2 yang tidak jujur atau amanah akan terus menerus menjadi pencuri, penyamun atau perompak dan terus berkuasa. Ini boleh menyebabkan Melayu menjadi miskin, ditindas semasa bangsa, Islam dipermainkan, Melayu ditipu dan sifat kasih sayang yang sepatutnya menjadi amalan tetapi hanyalah menjadi alat kepura2an untuk terus berkuasa. Kita tidak mengambil pengajaran dari bukan Islam seperti Jepun misalnya yang pemimpin2 mereka mempunyai sifat jujur dan amanah yang t...inggi. Sifat2 terpuji ini sebenarnya datang dari ajaran Islam tetapi kerana ajaran Islam yang sebenarnya tidak diamalkan, maka sifat2 terpuji telah terkeluar dari jiwa umat Islam dan berpindah kepada bukan Islam. Ini adalah kuasa Allah swt. Allah swt maha berkuasa dan maha adil untuk membuat keputusan sama ada memberi kemuliaan kpd umat yang taat dengan perintahNya atau kehinaan kpd sesiapa saja yang menentang perintahNya.

Di Malaysia, Melayu terbahagi kepada 3 parti terbesar, PAS, PKR dan UMNO. Fahaman Islam tidak sama. PAS berdasarkan Islam, PKR berdasarkan keadilan semata2 dan UMNO jelas dengan dasar kebangsaan. Malangnya individu atau golongan yang hendak memperjuangkan kpd ajaran Islam yang sebenar akan dicop sebagai orang PAS, sedangkan Islam itu hanya satu ia itu Islam. tidak ujud liberalima, plurisma, sederhana, ekstrem dan lain2. Kalaulah Islam yang telah ditafsiran sebegini, ini adalah angkara puak Yahudi, Syiah yang telah ujud di zaman Nabi saw dan sehingga ke hari ini mereka terus dengan agenda merosakkan umat Islam. Apakah mereka yang tidak mahu melaksanakan ajaran Islam yang sebenar ini dalam golongan ini?

Monday, 7 October 2013

MALAYSIA BUMI BERTUAH?


Rakyat ingin tahu tindakkan kerajaan menghapuskan subsidi minyak seterusnya subsidi barang kawalan yang lain seperti gula tepong dll yang juga sedang menunggu giliran, GST adalah harga tambahan atau hadiah  untuk rakyat Malaysia untuk hidup aman damai! Cuba bandingkan lapuran Ketua Audit Negara, ketirisan lebih dari RM 2 bilion, wang sebanyak ini boleh tampung subsidi, hasilnya rakyat boleh hidup selesa.

Apakah tindakkan ini kerajaan berjiwa rakyat? Dengan  menghapuskan subsidi,  harga barang kawalan naik dan kenaikan ini dibeban kepada rakyat yang rata2 masih miskin terutama Melayu. Melayu yang dikata banyak mendapat keistimewaan? Apakah keistimewaan tersebut, adakah dalam bentuk tanah, biasiswa atau lain2 sedangkan Melayulah yang paling daif dengan menghuni rumah setinggan, tiada tanah, lemah dalam ekonomi, ketinggalan dalam pelajaran atau ianya hanya slogan memperbodohkan Melayu?

Apa yang Melayu dapat? barang makanan mahal, perbelanjaan anak2 sekolah meningkat, dulu barang makanan di kantin murah, sekarang dengan kenaikan minyak barang makanan naik. Restoran2 tak kira mamak ke atau Melayu ke pun mengambil kesempatan dengan naikkan minyak, walau pun ada menteri atau kuncu2nya berkata  jaminan restoran2 masih jual harga lama dan terkawal!, ini cakap semua bohong. Kepada mereka yang selalu melangani restoran kerana tidak ada pilihan kerana kerja, mau tak mau kena makan juga di restoran2 ini. Mampukah penguatkuasa mengawal beratus ribu restoran di Malaysia? mereka hanya melawat ke restoran2 tertentu yang dah tahu pun penguatkuasa nak datang, maka harga pada waktu ini cukup berpatutan! dari segi logiknya apa yang berpatutan kalau dibanding dengan kenaikan harga ayam misalnya dengan gaji yang naik macam kura2?

Hari ini rakyat bertambah miskin. Nilai RM merosot teruk. Tahun lepas nilai Baht 100 boleh dapat RM10, sekarang nilai Baht 90 boleh dapat RM 10, kalau dibandingkan dengan $ Singapura lagi teruk. Dahulu orang2 selatan Thai menjunjung barang jualan ke Malaysia kerana RM Malaysia besar, mungkin sedikit hari orang2 Malaysia pula menjunjung barang jualan ke Thailand kerana Baht lebih besar. Jangan hanya laungan KDNK saja nampak hebat tetapi realiti sebenar bukan KDNK itu jadi kayu pengukur tapi kemiskinan Melayu di kampung2 masih jauh dari maju.

Laungkan tahun 2020 Malaysia akan jadi negara maju! Siapa yang maju? yang kuat dengan politik UMNO BN saja, itu pun kalaulah PRU 14 UMNO BN masih ada. Jika ditakdirkan pemerintah baru PR ambil alih PRU 14 sebenarnya akan mengambil berpuluh tahun untuk pulihkan bukan saja ekonomi tapi akhlak terutama umat Islam yang telah rosak teruk di bawah UMNO BN. Buktinya banyak masjid terpaksa dikunci, pecah rumah, penagih dadah jadi pencuri besi buruk dan pecah masjid, ini menandakan rahmat dan keberkatan dari Allah swt telah ditarik balik dari bumi Malaysia.

Melayu wajib berfikiran jauh bukan dengan alasan bodoh dengan membandingkan dengan Syria, Mesir, Libya dll negara Arab yang bergolak tapi gagal melihat realiti sebenar apa yang sedang berlaku di Malaysia. Apa yang kita risau segala malapetaka tersebut lambat laun akan datang ke Malaysia jika rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa tidak dibenteras dan yang paling kita takut ialah azab Allah swt di atas perbuatan kita kerana ramai umat Islam hari tidak bersolat dan maksiat semakin bertambah.  Nauzubillah.

 

 

Sunday, 6 October 2013

MELAYU WAJIB REFORMASI BUKAN TRANSFORMASI



Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang mengemukakan Laporan Audit 2012 kepada kerajaan pada bulan Julai lalu dan bukan hanya sekarang, iaitu hanya setelah pembentangan Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Parlimen pada 1 Oktober lalu mula diperkatakan sejak minggu lalu.

Justeru, Ahli Parlimen Gelang Patah itu mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara merasa rakyat Malaysia akan percaya bahawa kedua-dua mereka tidak membaca atau mengetahui isi Laporan Ketua Audit Negara 2012 ketika ia pertama kali dikemukakan kepada kerajaan pada bulan Julai lalu....

Ini bermakna rahsia Ketua audit Negara disimpan tanpa ada tindakkan susulan. Setelah dibentang di parlimen pada 1Okt, baru rakyat tahu isi kandungan telur kemuruk dan pecah semerbak berbau busuk hingga ke seluruh dunia!

Kenapa sekarang Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang akan mempengerusikan jawatankuasa khas berkenaan yang akan turut dianggotai oleh ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, dan juga wakil-wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Kementerian Kewangan dan Polis Diraja Malaysia kelam kabut nak tubuh “JKKKP”?

Rakyat boleh menilai kerajaan UMNO BN, apakah sebenarnya jenis pemerintahan yang kita kata transformasi ekonomi, transformasi pendidikan, adakah semua ini transformasi lakunan dan bukannya reformasi yang sebenar!
Rakyat Malaysia dulu kini dan selama2nya masih tidur lena dibuai mimpi yang didendangkan oleh pemimpin2 mereka dan masih berteriak hidup Melayu!

56 tahun merdeka adalah satu masa yang lama, kalau dulu pekerja yang telah berusia 56 tahun itu dah pencen wajib 55 tahun, peruntukan baru 60 tahun. Adakah perlu 56 tahun lagi untuk bertransformasi?

Melayu wajib berubah sesuai dengan ajaran Islam yang menegaskan, Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu kecuali bangsa itu sendiri mengubah nasib mereka. Apakah kita benar2 faham maksud firman Allah swt ini atau tak ambil peduli, hanya berkata asal perut aku dan keluarga aku kenyang sudah, orang lain yang sebangsa se Islam dengan kita dibiarkan menderita? Inilah yang dikatakan terhakisnya kasih sayang sesama bangsa dan Islam.

Puncanya kerana penghayatan ajaran Islam hanyalah setakat mandi mayat dan kahwin , itu pun yang bersembang semasa mandi mayat masih berluasa, selesai pengkebumian mayat terus bersembang hal2 dunia sedangkan talkin itu dibaca hanyalah untuk orang2 yang hidup. Ini mengambarkan betapa jahilnya yang dikatakan ahli sunnah wal jemaah seolah2 yang mati itu hanyalah seekor lembu dan malam mesti diadakan baca tahlil arwah. Pengajaran Islam yang sebenar masih jauh. Itulah hakikat “Negara Islam” di bawah UMNO yang gagal mendidik rakyat kepada ajaran Islam yang sebenar. Umat Islam sedang menderita rohani, yang kenyang dan buncit hanyalah jasmani.

Friday, 4 October 2013

SETIAP TAHUN GAUMAN YANG MENAKUTKAN UMNO BN

Setiap tahun menteri2 dan PM berdebar. Apa mereka berdebar? Hentam pembangkang sudah berjela2, cerita projek  kerajaan sudah ditampal merata2, ini lagi satu projek kerajaan BN dan diiklan merata tempat, tiada tertinggal tiada terpinggir pun begitu, bak kata orang tua2 bangka, semuanya dah tahu bahawa jasa kerajaan UMNO BN pada rakyat cukup hebat dan banyak, maklumlah dah 56 tahun merdeka! sama hebatnya dengan rembatnya wang rakyat. Walau pun jasa mu dikenang tapi masih ada orang yang tak kenang jasa, siapalah agak2nya? Tak lain tak bukan jasa KETUA AUDIT NEGARA. Inilah siang malam difikirkan bagaimana di tahun2 akan datang rasa berdebar itu dapat dikurang. Ini mungkin boleh dibincangkan dalam mesyuarat kabinet bukan kabinet dapur, ini kabinet menteri2. Istilah kabinet ini pun kena faham, sebab dipinjam dari bahasa Inggeris dan kadang2 dalam bahasa Inggeris terdapat  banyak makna, seperti mereka menteri2 juga bawa banyak makna yang tersurat dan tersirat.

 

 

ASAL USUL PENCURI, PENIPU, PEROMPAK...................

Tak usah pelik dengan Melayu, katakan terus terang ada Melayu cerdik dan ada Melayu bodoh dan kalau nak enak lagi ditambah Melayu bagang. Dua sifat ini yang saling berlawanan ditambah dengan sifat ada Melayu baik dan ada Melayu jahat.

Dalam Islam yang baik dikatakan pahala dan yang jahat dikatakan dosa. Niat nak buat baik dapat 1 pahala, buat dapat 10 pahala, niat nak buat jahat tak dapat dosa, bila buat dapat 1 dosa.

Contohnya, seorang pencuri besi buruk dah tentu dapat dosa, dosa yang sama juga dapat pada seorang pencuri, penyamun, perompak kolar putih yang curi juta RM semasa pegang jawatan juga dapat dosa. Kedua2 masuk neraka, Cuma bezanya yang pencuri besi buruk itu hidup susah di dunia akhirat dan pencuri juta RM itu hidup senang seketika, tapi yang susah kemudian anak2 bini, kalau bini ramai, kalau dia mati duit rasuah, selewengan salah guna kuasa itu akan difaraidkan, kemudian bini muda cari suami lain! dan kahwin suami baru tu pun putar alam, kerana dia tahu sejarah suami dulu pun macam dia kerana dua kali lima kalau pusing jadi lima kali dua pula.

Melayu tetap Melayu, Cina tetap Cina, Cuma yang bezakan hanyalah Cina mudah belajar kemudian berubah, Melayu dulu kini dan selama2nya. Apa nak buat bapa borek anak berintik2, kalau beintik2 bersih boleh diterima, ini ditambah dengan panau, kudis buta dan pelbagai penyakit kulit disamping penyakit dalam, hati busuk, hasad dengkin, tamak haloba dan sewaktu.dengannya!