Friday, 22 February 2013

BILA MANUSIA TIADA IMAN DAN TAQWA

Di zaman Nabi Muhammad saw, baginda tidak menabur wang untuk panggil orang Arab masuk Islam. Begitu juga dengan akhlak, baginda menunjukkan contoh yang mulia untuk mengajar akhlak. Baginda juga tidak menabur wang untuk mendapat sokongan  untuk mendapat pengiktirafan sebagai Rasul. Baginda juga tidak menunjukkan keghairahan untuk menjadi pemimpin dunia yang berbentuk keduniaan dengan membolot harta benda dan kuasa untuk menjadi pemerintah. Nabi saw, manusia yang paling agung yang Allah swt hantar kepada manusia untuk mengajar iman dan taqwa, bukan untuk mengumpul harta kekayaan seperti pemimpin2 sekarang. Hari ini pemimpin2 UMNO bukan mengajar iman dan taqwa kepada Melayu Islam tapi mengajar merebut harta dunia sehingga berlaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Wang menjadi bahan umpan untuk mendapat sokongan dan kuasa yang didapati juga bukan kuasa halal tapi kuasa haram dengan cara menipu dalam PRU dan bila mendapat kuasa, negara tidak ditakbir dan diuruskan dengan bersifat jujur dan amanah, negara jadi porak peranda dan tidak ada keberkatan dalam ekonomi.

Barang2 makanan bertambah mahal, begitu juga tol, PTPTN dan lain GLC diurus dengan memperkayakan kroni, kesannya rakyat menderita menjadi mangsa oleh pemimpin2 yang rakus. Rakyat terpaksa membeli barang2 makanan dan membayar perkhidmatan syarikat seperti TNB, TM, Air dengan harga yang mahal. Penswastaan bukan membantu rakyat atau meringankan beban perbelanjaan rakyat tapi memperkayakan kroni dan menteri2 dan semua wakil2 rakyat hidup senang lenang, Peruntukan untuk rakyat di songlap oleh mereka ini, kampung2 terus mundur, parit tersumbat, jalan berlubang sana sini dan mereka yang terlibat dengan projek bersetongkol dengan kontrakor kroni untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan sampai kepada rakyat hanya 10-20% dari peruntukan asal, yang lain habis difaraid semasa kroni.

Ini adalah realiti yang dan UMNO tidak boleh sorok perkara yang jelas berlaku ini.. Setelah merdeka 55 tahun dan kerajaan UMNO BN tidak boleh menutup salah laku ini kerana yang mendedahkannya ini semua adalah ketua audit negara dan cerita2 benar yang berlaku disekeling kita. Hari ini kerajaan UMNO BN telah mengunakan TV dan media untuk menabur fitnah, mereka yang terlibat dengan fitnah pembohongan fakta semuanya diketahui umum, dan rakyat semakin cerdik menilai terutamanya mereka yang berpendidikan tinggi. Hanya mereka yang berpendidikan tinggi yang tidak sedarkan diri saja yang bersetongkol dengan pemerintah terus menerus menipu rakyat. Inilah mereka yang digelar manusia buta hati, pekak telinga dan bisu mulut dan Allah swt telah menterai pintu hati untuk bercakap benar.

 


No comments:

Post a Comment