Dari Nabi Adam as sehingga kini Allah swt sentiasa menguji iman manusia yang mengaku beriman. Iman semestinya 100%, tiada istilah iman seperti peperiksaan sekolah, dapat 99% dikira cemerlang. Bagaimana manusia Allah swt ukur imannya? bila ujian pelbagai bentuk dihantar kepada manusia yang dikendakiNya. Manusia telah dipesan oleh Nabi Muhammad saw, jangan kamu mensyirikkan Allah sama ada dalam keadaan kamu senang atau susah. Kadang2 iman diuji dengan perkara mudah, ini pun kita tak mampu meningkatkan tahap keyakinan, jika diuji ditahap susah, ramai yang tewas dan dengan mudah serah diri kepada syaitan sama ada yang dikenali atau tidak dikenali, seolah2 iman itu tersangat mudah dicari atau dibeli.
Zaman Nabi saw, keyakinan
kepada Allah swt 100%, sanggup mati syahid dijalan Allah swt, sedangkan ada di
antara mereka yang tersangat miskin dan yang tersangat kaya. Atas nama Islam
mereka berjihad sama sahaja tidak ada perbezaan kerana iman yang disemai oleh
Nabi saw tersangat mantap, tidak ada ruang untuk syaitan mengoda.
Iman umat Islam hari ini
seperti kulit telur, ketuk sikit pecah. Keyakinan hanya cakap2 sahaja, bila
diuji tersungkur, Solat kita hari jauh dari kekusyukan, bila mula saja solat
syaitan datang mengoda, satu dunia kita nampak, terutamanya hal2 keduniaan
wang, harta benda, kuasa, wanita dan lain2.
Kita tidak yakin dengan
jihad kita kerana kita masih bergantung dan mengharapkan kepada mahluk. Walau
pun kita telah diuji dalam PRU 12, PAS Perak tidak ada kelayakkan untuk menjadi
MB tapi dengan kuasa Allah swt boleh menjadi MB. Allah swt menguji tahap
keyakinan kita, tapi kita masih tak yakin kerana hati kita sememangnya, mulut
kata yakin, hati kata tak yakin, ini kerana hati penuh dengan dunia walau pun
kita adalah orang yang belajar Islam atau dipanggil ulama. Ulama sekarang pun
hanyut dengan dunia, hanya dengan kebendaan ilmu Islam yang dipelajari menjadi
alat untuk mendapat ganjaran dunia. Hari ini yang jahil dan yang berilmu lebih
kurang sama saja bila wang ditaburkan, gelap seluruh dunia, iman bagaimana?
No comments:
Post a Comment