Jawapannya mudah. Penganut
Islam sekarang terlalu lemah dengan iman dan takqwa. Inilah masanya semua agama
yang mensyirikan Allah bergabung bukan niat hendak mengunakan kalimah Allah
sebagai pengiktirafan kepada Allah yang sebenar tapi inilah masanya untuk menyampaikan dakyah mereka kepada umat Islam
yang majoritinya sudah lalai dengan ajaran Islam dengan alasan, lihat semua
agama guna nama Allah, tidak ada perbezaan dan inilah masanya untuk menegakkan
prinsip kebebasan beragama. Masa ini juga paling sesuai untuk memurtadkan saki
baki umat Islam setengah masak yang bertuhankan Allah yang satu. Mereka
mengunakan kelemahan perlembangan Malaysia mendesak atas nama
kebebasan agama untuk membenarkan kalimah Allah ini digunakan. Bila desakan
mereka berjaya dan pemimpin2 Islam akur, maka langkah seterusnya memurtadkan
umat Islam dapat diteruskan dengan mudah.
Inilah kesannya 55 tahun
UMNO memerintah, bila agama dipisahkan dari politik. Umat Islam di Malaysia
boleh berbangga dengan angka peratus, misalnya 60% penduduk Malaysia beragama
Islam tapi hakikatnya umat Islam yang betul2 mengamalkan Islam hanya 5% dari
jumlah keselurahan umat Islam. Kalau penduduk Malaysia ada 28 juta orang, umat
Islam 60% bermakna umat Islam ada hampir 17 juta orang. Kalau 5% sahaja yang
bersolat di masjid atau di surau, ini bermakna 5% dari 17 juta orang,
jawapannya hanya 850,000 orang sahaja yang betul2 jaga solat berjemaah, yang
lain 16,250 juta orang lain, mungkin ada solat tapi tak ikut sunnah Nabi saw
yang sebenarnya. Ini adalah bukti yang kita lihat di masjid2 dan surau2 hampir kosong
setiap solat fardhu. Yang ramai pada hari Jumaat dan hari raya puasa dan haji.
Apakah yang UMNO hendak buat
dengan gejala tidak solat atau solat sesuka hati tak ikut sunnah Nabi saw?
Jawapannya UMNO gagal menegakkan Islam sehingga semua umat Islam yang ada hari
mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang mantap dan kebanyakkan dari kita telah rosak iman kerana mengejar kehidupan
dunia yang fana ini. Islam tidak melarang mencari kehidupan dunia malah
digalakkan kita menjadi kaya raya dari hasil wang halal tapi kalau kerana mengejar kehidupan dunia
sehingga melalaikan mendirikan solat, ini adalah satu petanda bala kehancuran
umat yang Allah sedang dilemparkan kepada umat Islam sehingga kita dihina di
dunia lagi oleh bukan Islam. Sepatutnya kita mendapat kemulian dari Allah swt,
tapi kerana taksub kita dalam memilih pemimpin2 hanya mengaku Islam tapi bila
memerintah tidak mengikut Islam, akhirnya umat Islam menerima laknat Allah swt.
Tidak ada pilihan lain melainkan menukar kerajaan yang jelas gagal menegakkan
Islam kepada yang baik ia itu PR, moga2
dengan kuasa baru ini umat Islam dapat dididik dengan Islam yang
sebenar. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment