Apa pun tindakan menceroboh atau sendiwara menceroboh atas tindakan ketidakpuasan hati adalah satu perbuatan jahat. Orang2 Islam tidak ada sempadan, selagi ikut ajaran Nabi saw, kita semua bersaudara tidak kira dibumi mana. Orang2 beriman lagi bertaqwa tidak terkesan dengan tahta dunia, hanya orang2 tidak beriman saja ada sifat tamak, seolah2 dunia tempat tinggal kekal ...abadi. Perbuatan jahat seperti menceroboh adalah perbuatan terkutuk dalam Islam, tapi hari ini sesama umat Islam bergaduh, bukan kerana mempertahankan akidah tapi atas rasa sakit hati kerana apa yang disebut sifat tamak kuasa, tahta, wanita itu yang menjadi rebutan. Sesama Islam bermusuhan walau pun kata mufti Perak semua mengucap kalimah syahadah. Ucapan sama tapi hati tidak sama. Bila hati dan perbuatan tidak sama maka kalimah hanya m...enjadi mainan mulut. Kesannya timbul ketidakpuasan hati, maka yang tidak puas hati akan keluar dari jemaah dan bentuk jemaah baru yang lebih Islam. Inilah yang berlaku di Malaysia, PAS ditubuhkan bukan kerana Melayu tapi kerana Islam sedangkan UMNO hidup Melayu! Selera orang2 yang hendakkan amalan Islam hidup dalam kehidupan semakin meningkat kerana telah ramai yang faham al-Quran dan hadith. Maka UMNO tewas kerana masih berdegil dengan politik suku Islam suka. Perjuangan PAS kearah Islam sejak kebelakangan ini begitu kuat dan ini kerana mereka faham apa yang dimaksudkan dengan kebaikan. Malangnya UMNO tidak melihat apa yang PAS lihat, UMNO masih dibuai mimpi kesah hikayat 1001 malam, dikelilingi maksiat yang bermahajala kerana mereka suka suasana ini walau pun dalam masa yang sama solat, puasa, haji, zakat tapi dalam masa yang sama sanggup menolak hudud, kerana mereka memilih ayat al-Quran yang berbentuk ibadat, bukan yang berbentuk sistem pemerintahan yang dikehendakki oleh Nabi saw.
No comments:
Post a Comment