Friday 24 January 2014

Penggunaan kalimah ALLAH tertakluk enakmen negeri?



Mempertahankan tidak akan memberi makna apa2, yg penting wajib jelaskan apakah maksud kalimah Allah itu dalam konteks agama Islam, Apa yg hendak dipertahankan sedang Allah untuk semua mahluk. Dakwahkan hakikat kalimah Allah kpd bukan Islam itulah yg dilakukan oleh Nabi saw. Nabi2 dihantar oleh Allah swt hanya untuk menjalankan tugas menyeru manusia kpd Allah yg satu. Kesungguhan para Nabi2 usaha ke arah menyeru manusia kpd Allah sehingga ada para2 terpaksa berhadapan dgn peperangan dari puak myusrikin adalah jihad terbesar dalam banyak2 jihad. Nabi saw siang malam menyeru manusia kpd Allah bukannya menjadikan berhala2 dan tempat pemujaan lain sebagai modal menarik pelancongan. Hari ini umat yg bergelar pemimpin tidak lakukan kerja dakwah, tapi lebih kpd kerja dakyah kpd dunia yg akan fana. kehidupan akhirat dipandang ringan, kehidupan dunia diperjuangkan seolah tidak akan mati. Akhirnya Allah swt hantar ujian, apakah puak2 yg berpura2 ini boleh mempertahankan kalimah ini sedangkan solat fardhu pun masih kucar kacir? Masjid surau sunyi, yg ramai Melayu Islam di tempat2 hiburan dan di tempat maksiat. Kalau benar mempertahankan kalimah Allah swt, laksanakan perintah Allah swt, hudud, hapus judi, arak, maksiat, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Bolehkah pemimpin2 Melayu Islam jihad ke arah ajaran Islam 100%, ada berani? atau digertak dgn undi, kecut! Kenapa perlu UMNO halang kalimah Allah dari diguna pakai oleh Kristian, sedangkan dalam UMNO ramai Kristian Sabah? Ada berani pertahankan kalimah ini di Sabah Sarawak, alasan tiada enekmen itu adalah alasan dangkal, kerana enekmen itu manusia yg cipta, tak bolehkah dipinda, digubal supaya seragam dgn Semenanjung? Bab ini semua dilepaskan ke negeri2, kenapa Kelantan nak kuat kuasakan hudud tidak diberi laluan? Kalau betul agama Islam di bawah negeri2, benarkan Kelantan laksanakan hudud seperti Brunai!

Thursday 23 January 2014

ANTARA ZAKAT, GST SST

Setiap tahun kita umat Islam merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad saw, kita berarak dan berselawat bagaikan nak rak dataran merdeka, kita puji Nabi saw, meleleh air liur dgn nasyik dan lain2 pujian. Sedarkah kita apa yg sedang kita puji tapi disebalik itu kehidupan kita penuh dgn amalan Yahudi dan Nasrani? Cara kita memerintah cara demokrasi yg penuh dgn amalan berdosa besar, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, dalam masa yg sama kita kata ikut sunnah Nabi saw?  sebenarnya kita ini siapa? fasik, munafik atau dah murtad. Itulah amalan umat Islam hari ini. Apakah dgn selesai berarak kita penuhi masjid2, surau2 untuk bersolat? Tanya diri sendiri adakah aku ini benar2 Islam atau hanya lakunan untuk menghidupkan watak2 Firaun, Namrud, Qarun, Hamman, Abu Lahab dan lain seketurunan dgn mereka.

Apakah cukai yg kita amalkan sekarang adakah mengikut kehendak Nabi saw?, mungkin ada orang akan kata itu di zaman Nabi saw, mana ada kemajuan seperti sekarang, kita kena ikut peredaran semasa, kalau inilah jawapannya apakah juga jawapan yg sama terhadap perkara2 lain seperti zakat, hudud dll, mungkin ada yg pertikai, solat pun boleh dilenggah2kan kerana urusan dunia, inilah yg dikata jahil murakat, jahil berkarat yg tidak mahu dengar majlis tazkirah, majlis ilmu di masjid dan di surau.

Kenapa kita pandai2 ubah apa yg telah Nabi saw ajarkan kpd kita. Bukankah zakat itu lebih afdal dari cukai yg pelbagai istilah seperti GST, SST, cukai pendapatan dan sebagainya. Zakat adalah lebih adil dan mengikut Islam, tapi malang hari ini wang zakat banyak, tapi masalah umat Islam tak dapat diselesaikan juga! Itu salah tafsir perlaksaannya. zakat bukan nak dikumpul buat harta, zakat wajib diagihkan serta merta kpd asnaf yg layak.

GST, SST dll sebenarnya adalah hasil dari golongan kapitalis. Mereka mengenakan semua cukai ini bukan berdasarkan ajaran Islam tapi diubah suai mengikut fahaman secular. Kenapa umat Islam mesti mengikut amalan ini yg jelas bukan Islam.

Kalau dikatakan cukai GST, SST dll dapat menambahkan pendapatan negara kerana dgn cukai ini pembangunan atau semuanya untuk rakyat, ramai rakyat yg masih miskin sehingga setelah 56 merdeka, bagaimana pula seperti lapuran ketua audit negara cukai2 ini bocor dan tiris berbilion RM? Adakah alasan untuk menambah cukai, kehidupan rakyat akan bertambah selesa? Dengan perlakasaan GST adakah ia lebih baik dari SST, kalaulah GST lebih baik, SST yg dulunya lebih baik dari segi perolehan pendapatan yg dikatakan 15% itu berbanding GST yg akan dimulakan dgn 6%, soalannya di mana lojiknya kebaikan GST? Rakyat diperbodohkan oleh PM dan menteri2 UMNO bagi menyakinkan supaya terima GST yg mana GST itu lebih lintah darat dari SST.



Tuesday 21 January 2014

BINCANG2 SIAPA SELEPAS NAJIB?

Tekanan dan juga cemuhan oleh rakyat terhadap PM sudah sampai ke kemuncaknya. Cara melepaskan geram dgn kenaikan harga barang2, minyak, TOL(belum diputuskan kerana tambah lagi satu bencana alam) tariff elektrik dll..

Di mana saja ada Najib dan isteri Rosmah pasti tak terlepas dari di boo. Inilah isyarat dan peluang yg dapat rakyat luahkan perasaan marah dan geram, selain perhimpunan yg dicop sebagai haram walau pun Akta Kesalahan Keselamatan. (Langkah- Langkah Khas) 2012.ciptaan UMNO BN ini hanya menguatkuasakan perkara berhubung dengan perhimpunan.

Rakyat tidak mengindahkannya kerana apa yg dilakukan oleh PM Najib sudah melampau. Berapa lama Najib boleh bertahan? Sebenarnya Najib sudah lama berlalu, kalaulah ini berlaku di Jepun. Di Malaysia rakyat Melayu dan juga pemimpin2 Melayu  kaki bodek yg takut suru sapdu mis ini adalah punca`ego beliau atau tocang naik.

Menteliti Melayu terutamanya ahli2 UMNO BN masih tiada kelas, MCA nampak sudah ada perubahan tapi masih tunggu dan lihat sausana, yg duk bertahan ialah pemimpin2 mereka yg ada kepentingan, rakyat biasa dah berbelah bagi dgn apa yg sedang berlaku. Kesannya kita lihat PRU 13, habis disapu oleh DAP.

Jika sekiranya Najib bertindak seperti Pak Lah, siapa pula yg layak jadi PM? Muhyiddin? TPM dan juga menteri pelajaran ini juga penuh kontroversi dgn guru2 pula. Sistem SPPBS yg dibenci oleh guru2 ini pun satu bala kpd Muhyiddin, sistem yg lembab dan tidak berkesan atau dah ketinggalan zaman, banyak menyusahkan guru2 sehingga kurang tidur, tak boleh ekses walau pun dah pagi hari!

Siapa lagi dalam UMNO yg layak jadi PM. Ikut teori RAHMAN, rantai yg terakhir ialan Najib, kadang2 teori ini pun ada juga kebetulannya. Mungkinkah UMNO BN di penghujung hayat? Kalaulah ditakdirkan UMNO BN berkubur, maka PR layak ke tampok pemerintah, siapa pula PM yg layak? Anwar? mungkin, selepas Anwar siapa pula? Adakah dalam PAS yg layak jadi PM? Inilah delima Melayu, pemimpin2 bertaraf paling professional sukar di cara, professional di sini bukan hanya ahli teknorat saja, tapi mesti pastikan seorang yg beriman dan beramal soleh dan yg paling bertaqwa kpd Allah swt. Jika ini berlaku Malaysia akan dapat telaga minyak baru, Islam dimertabatkan, bukan Islam berlumba2 masak Islam, maka apa saja yg hendak dilaksanakan pasti tiada halangan.

Oleh itu Melayu, kenapa tuju pd Melayu, kerana Melayu hanya akan hidup bila Islam hidup. Melayu akan mati bila Islam tak diamalkan. Oleh itu Melayu jangan seronok sangat dalam bab hiburan, sambutan dan lain2 maksiat.

Dunia dah di penghujung, nak khiamat, tanda2 khiamat yg jelas sedang berlaku ialah peperangan di Syria dalam masa 2 tahun, lebih dari 180,000 orang mati kebanyakkan ahli sunnah wal jemaah telah dibunuh, kerana apa bala yg sebegini menimpa ahli sunni, kerana nama saja, amalan Islam telah jauh, Malaysia ada ahli sunni yg pegang kuasa judi, arak, maksiat dibiarkan, yg paling kemuncak kemurkaan Allah swt, ahli sunni yg tak jaga solat, tak bersolat atau solat 2 kali setahun.



Wednesday 1 January 2014

SUBSIDI PUNYA NEGARA BANKRAP?

Apa kena mengena potong elaun menteri dgn harga barang naik? Golongan menteri dan JUSA ke atas ini pendapatan mereka berapa? yg dipotong hanya elaun bukan gaji. Elaun 10% banyak mana dapat sumbang kpd ekonomi Malaysia? Harga barang naik ini soal dgn rakyat miskin pertengahan yg gaji minimum RM900. bagaimana pula rakyat miskin di kampung2 yg tiada bergaji? Adakah kerajaan UMNO BN sekarang sudah di peringkat nyayok, ubat penawar apa yg sedang diuji? Rakyat hendak kerajaan berhenti menaikkan itu ini sesuka hati, mesti memikirkan apa saja keperluan harian rakyat, walau pun terpaksa diberi subsidi, itu adalah wajib bagi kerajaan yg dipilih oleh rakyat. Kerajaan dipilih oleh rakyat dimandat supaya memerintah dgn menguruskan kepentingan rakyat bukan mendera rakyat. Kalaulah ini kerajaan yg ada lebih baik kita gulingkan dan pilih yg bar...u yg lebih baik. Ini adalah tanggung jawab rakyat, bila melihat kerajaan yg ada menyusahkan semua rakyat mesti bersatu hati buat keputusan, kalau salah tetap salah. Apa yg berlaku sekarang perkara yg salah dianggap betul kerana nak mempertahan parti yg kononnya betul, sedang penyokong parti itu sendiri pun hidup dalam keadaan miskin, akhirnya UMNO jadi parti tupperware! Subsidi adalah istilah universal dan tafsiran juga terlalu subjektif. Kalau ikut subsidi secara umum adalah bantuan untuk meringankan beban rakyat kerana kenaikan harga barang dunia. Ini adalah tanggung jawab kerajaan untuk memberi subsidi supaya barang tak jadi terlalu mahal. Adakah subsidi ini boleh menyebabkan negara bankrap? Yang boleh membuat negara bankrap subsidi itu dimanpulasikan atau terdapat unsur penyelewengan yg tidak berfungsi sebagai subsidi tapi lebih kpd putar belit mereka yg terlibat atau yg bertanggung jawab mengendalikan subsidi, serupa subsidi baja kpd pesawah, tukang beri subsidi pun ada masyuk, pesawah sendiri jual baja subsidi pun ada. Inilah puncanya subsidi jadi kebocoran dan ketirisan seperti lapuran ketua audit negara. Apa yg sebenar menjadi barang naik? kalau bukan komisen bertambah naik, bantuan pilihan raya bertambah naik dgn projek mee segera, yg peliknya harga gula menjadi gila turun RM1 semasa PRK Sg Limau, sedangkan harga sebelum ditarik subsidi RM1.60! UMNO BN kalau tak tau memerintah serahkan kerajaan kpd PR, itu saja jalan nak selesai masalah rakyat.