Monday 25 March 2013

MALAM MASJID JADI RUMAH HANTU

Isu masjid: MB Kedah digesa minta maaf - Ketua Pemuda Umno Kedah

Nak bina masjid pun boleh bergaduh, punca kerana berlainan parti politik dan yang pelik semua Melayu Islam pula tu! Di manakah keikhlasan dalam yang dicanang2 selama ini, inilah didikan yang Melayu Islam dapat selama 55 tahun merdeka. Luaran nampak cantik dalaman penuh dengan penyakit hati. Bila masjid dibina, UMNO hanya berminat jadi pengurusi dan AJK, soal nak memakmurkan masjid, itu bukan AJK punya kerja, kalau nak mai solat mai, tak mau mai itu hang punya fasal. Ini bukan sikap atau sifat Nabi saw. Nabi saw bina masjid untuk tujuan beribadat dan kerja memakmurkan masjid adalah pengerusi dan AJK yang ditubuh, hari ini puak UMNO bina masjid untuk dapat peruntukan, bina 20% baki pakat kenduri kroni. Masjid RM2 juta tinggal RM1.2 juta, akibat kontrektor lari dan silih berganti, setiap berganti, wang susut!. Inilah yang berlaku di kebanyakkan masjid, masjid bukan didirikan atas dasar taqwa tapi didirikan untuk merebut peruntukan. Hari ini kerana banyak wang, masjid didirikan dengan kemewahan, sepatutnya digunakan untuk solat fardhu 5 waktu dan dimakmurkan 24 jam, iman dibayar gaji, minggu tak bertugas solat kat rumah, malam macam rumah hantu, tutup rapat sehingga hantu nak masuk pun tak dapat. Inikah fungsi masjid yang dikehendaki oleh Allah swt?. Masjid wajib dibuka 24 jam dan dimakmurkan dengan solat, baca Quran dan lain ibadat. Masjid haram dikunci. Alasannya takut pencuri sapu barang2 masjid. Memanglah kalau masjid tidak dimakmurkan bukan pencuri saja masuk malah hantu raya pun akan singgah bermalam! Masyarakat hari rosak kerana pemimpin dan pemimpin pula rosak kerana ulama suf. Formula tercari2 bagaimana nak satukan umah, tapi formula yang Nabi saw tinggalkan, dibuang ketepi, formula yang direka cipta sendiri dijaja ke sana sini, sehingga khiamat pun tak akan jumpa!

No comments:

Post a Comment