Sunday, 3 March 2013

BILA ISTILAH DIKOTORKAN

Yang tersurat lain dan yang tersirat lain. Permainan politk boleh diolah perbagai cara. Politk tidak kotor ianya hanyalah cara memerintah atau science of rules. Begitu juga pedagogi(pedagogy) tidak kotor ianya hanyalah cara mengajar atau science of teaching. Manusia membuat dua istilah ini menjadi kotor atas perbuatan mereka yang tamak, gila kuasa, rasuah, penyelewengan da...n salah guna kuasa. Politik juga tidak boleh dipisahkan dari Islam kerana Nabi saw juga sebagai pemimpin menerusi kuasa politik yang diajar oleh Allah swt. Kalau ada manusia yang kata politik itu kotor atau ini permainan politik, sebenarnya orang itu bodoh istilah. Dalam apa keadaan tidak boleh sesuatu isu itu ditudah, ini mainan politik, sedangkan yang memainkan politk menjadi kotor adalah manusia yang tidak berhati perut, sanggup menj...adikan politik sebagai mangsa bagi menghalalkan cara, kalau dipihak ini walau pun politik itu bersih tapi pihak yang sememangnya jahat, mereka mempolitikkan sesuatu isu mengikut selera bukan mengikut Islam yang mereka anuti. Inilah yang dikatakan manusia talam dua muka, atau bermuka2, bila jumpa Cina, dikatakan kalau PAS menang, kamu akan dipotong anu... tak bebas seperti sekarang di zaman UMNO. Bila jumpa Melayu, kamu akan di Kristiankan bila PAKATAN RAKYAT memerintah. Ini politik yang telah dikotorkan oleh manusia bertopengkan Islam, Islam hanyalah alat untuk mendapat sokongan, bila diberi sokongan, cakap lain buat lain. 55 tahun dalam era UMNO BN, Melayu semakin mundur, Islam semakin dagang, pemimpin2 yang berkuasa semakin ghairah ke arah pembangunan dunia dari pembangungan insan, maka tidak hairan Melayu terlibat dengan maksiat tegar yang sukar ditarbiahkan ke arah kebaikan kerana, satu pihak ke arah kebaikan, satu pihak menarik ke arah kejahatan.

No comments:

Post a Comment