Wang menjadi bahan umpan
untuk mendapat sokongan dan kuasa yang didapati juga bukan kuasa halal tapi
kuasa haram dengan cara menipu dalam PRU dan bila mendapat kuasa, negara tidak
ditakbir dan diuruskan dengan bersifat jujur dan amanah, negara jadi porak
peranda dan tidak ada keberkatan dalam ekonomi.
Barang2 makanan bertambah
mahal, begitu juga tol, PTPTN dan lain GLC diurus dengan memperkayakan kroni,
kesannya rakyat menderita menjadi mangsa oleh pemimpin2 yang rakus. Rakyat
terpaksa membeli barang2 makanan dan membayar perkhidmatan syarikat seperti
TNB, TM, Air dengan harga yang mahal. Penswastaan bukan membantu rakyat atau
meringankan beban perbelanjaan rakyat tapi memperkayakan kroni dan menteri2 dan
semua wakil2 rakyat hidup senang lenang, Peruntukan untuk rakyat di songlap
oleh mereka ini, kampung2 terus mundur, parit tersumbat, jalan berlubang sana
sini dan mereka yang terlibat dengan projek bersetongkol dengan kontrakor kroni
untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan sampai kepada rakyat hanya
10-20% dari peruntukan asal, yang lain habis difaraid semasa kroni.
Ini adalah realiti yang dan
UMNO tidak boleh sorok perkara yang jelas berlaku ini.. Setelah merdeka 55
tahun dan kerajaan UMNO BN tidak boleh menutup salah laku ini kerana yang
mendedahkannya ini semua adalah ketua audit negara dan cerita2 benar yang
berlaku disekeling kita. Hari ini kerajaan UMNO BN telah mengunakan TV dan
media untuk menabur fitnah, mereka yang terlibat dengan fitnah pembohongan
fakta semuanya diketahui umum, dan rakyat semakin cerdik menilai terutamanya
mereka yang berpendidikan tinggi. Hanya mereka yang berpendidikan tinggi yang
tidak sedarkan diri saja yang bersetongkol dengan pemerintah terus menerus menipu
rakyat. Inilah mereka yang digelar manusia buta hati, pekak telinga dan bisu
mulut dan Allah swt telah menterai pintu hati untuk bercakap benar.