IMAN DAN TAQWA ASAS KPD SIFAT TERPUJI
Nabi s.a.w ditanya oleh
sahabat apa itu iman? Iman itu ikhlas. Sebagai pemimpin atau rakyat apabila membuat
sesuatu dgn ikhlas maka itu adalah jelmaan sifat yg terpuji yg sedang
diamalkan. Hasilnya kesejahteraan keamanan keharmonian yg dikecapi di dunia dan
di akhirat.
Hari ini cuba kita lihat
di mana2 shj sifat ikhlas ini tidak ada lagi diamalkan oleh umat Islam. Zahirnya nampak baik tetapi hati penuh dgn
sifat munafiq. Allah s.w.t melihat ke dalam hati manusia dan manusia tidak
boleh berpura2 kerana pahala dan dosa itu Allah s.w.t yg menilai dan kesan kpd
ketidakan ikhlas itu musibahlah akhirnya.
Perbalahan keji mengeji hina
menghina yg sedang berlaku di mana2 sekarang ini sama ada dlm ceramah media social
Facebook yg sejak kebelakangan ini sudah tidak terkawal adalah hasil sifat kita
yg buruk. Pemimpin2 dihina keterlaluan oleh individu atau mereka yg tidak
senang dgn pembohongan penipuan fakta adalah hasil tidak ikhlas yg diamalkan
oleh mereka yg terlibat.
Siapakah yg mesti
dipersalahkan pemimpin2 atau rakyat? Pemimpin2 merasakan ini di zaman 50an yg
mana rakyat tidak ramai berpelajaran dan boleh berfikir secara kritis dlm
sesautu isu sedeangkan masa telah berubah terlalu pantas. Pemimpin2 tidak boleh
memperbodohkan rakyat lagi. Mereka yg dilantik menjadi pemimpin2 bukanlah dari
mereka yg ada sifat2 ikhlas tetapi lebih kpd melalui proses ketidak jujuran dan
amanah. Maka bila menang hasilnya otak atau pemikiran tidak matang bercakap
atau bertindak mengikut nafsu bukannya akal berpandukan ajaran Islam. Kita
tidak hairan penghinaan demi penghinaan kian menjadi2. Malangnya mereka yg
digelar pemimpin gagal muhasabah diri tetapi terus mempertahan diri dan
disokong oleh kaki bodek yg mementingkan periok nasi sendiri mempertahankan
pemimpin2 yg semakin dibenci oleh rakyat. Menangkap memenjarakan rakyat tidak
boleh menyelesaikan masalah. Hanya mereka yg cerdik lagi bijak balik kpd sifat
ikhlas shj yg dapat mendidik rakyat ke arah kesatuan hati2 manusia. Siapa yg
layak? Mereka yg mengamalkan Islam yg sebenarnya bukan yg mengaku Islam tetapi
sifat dan perbuatan yg bercanggah dgm Islam. Rakyat tidak boleh ditipu sepanjang
masa. Rakyat lebih cerdik dan bijak dari pemimpin2 yg ada.
No comments:
Post a Comment