Wednesday, 24 December 2014

PAS SUDAH TAK RELEVAN LAGI DGN PR

PAS SUDAH TAK RELEVAN LAGI DGN PR

Ramai umat Islam telah menjadi murtad kerana percakapan perbuatan dan tindakan. Mereka yg tidak sedar perkara ini telah berlaku kpd diri sendiri tetapi menganggapnya masih Islam dan beriman. Iman seperti telur dihujung tanduk bila2 masa shj boleh jatuh pecah berkecai. Kejahilan memahami perkara jatuh iman juga menjadi punca utama selain dari gagal menuntut ilmu tauhid yg mantap. Tauhid bukan shj mengucap kalimah syahadah, ia perlu di amalankan beristiqomah selagi ada nyawa, tarikh luputnya ialah mati.

Kita menganggap menegakkan keadilan, ekonomi termasuk berzakat dn lain2 lagi itu yg diutamakan sedangkan dlm Islam sudah ada pakej segala2nya, Menegakkan sebahagian dan meremehkan sebahagian yg lain sudah dikira murtad kerana perintah Allah swt itu tidak boleh dipilih, semua adalah wajib dilaksanakan

Hukum hudud adalah perintah Allah swt seperti juga solat. Membuat kerja makruf adalah digalakkan tetapi kalau terasa kerja amal makruf ini penting  sedangkan di dlm hati ada sifat meremehkan hudud itu sendiri maka telah tercabut iman. Jika tidak bertaubat maka mati dlm kafir.

PAS ingin melaksanakan hudud, itu sudah dikira bermula fardhu kifayah tetapi kawan2 dlm PR yg terdiri dari bukan Islam dan munafiq menjadi penghalang utama ke arah ini maka PAS telah terhalang, oleh itu PAS wajib keluar dari PR. Ahli2 PAS sendiri yg terdiri dari puak syiah dan munafiq yg lain yg telah ceroi dgn perintah Allah swt juga mesti dikenal pasti dan disingkirkan. Ini soal akidah bukan soal nak jaga hati orang. Hari ini PAS terperangkap dgn menjadi hati kawan atau takut hilang sokongan manusia maka PAS juga termasuk di dlm ketegori munafiq.

Untuk ke Putrajaya, kuasa mutlak ada di tangan Allah swt. Allah swt hendak menguji iman kita, betulkah kita kini beriman dimulut dihati dn perbuatan atau hanya sekadar beriman dimulut bila kena gertak boleh jualkan iman semudah itu shj?

Kenapa takut kpd mahluk, sokongan yg sebenar datang dari Allah swt, tidakkah kita baca sejarah Nabi saw dlm peperangan Uhud dan lain2 peperangan yg bilangannya sedikit dan senjata juga terhad. Apakah yg membuat mereka menang, iman yg mantap kpd Allah swt. Pemimpin2 PAS masih belum percaya dan yakin dgn Allah swt. PKR dan DAP hanya mahluk Allah swt yg tidak ada kuasa, tetapi kenapa PAS meletakan kuasa itu kpd mahluk yg bernama PKR dan DAP?

Dlm PAS ramai mahluk perosak, sebab itu PAS sekarang sudah berubah, ahli2 tidak sebulu dgn pemimpin2 lagi kerana tak ditarbiah dgn iman, perjuangan hanya untuk mendapat kuasa ke Putrajaya, tetapi ahli2 hati mereka dgn dunia, kalaulah begini PRU 14 UMNO akan hilang lagi majoritidan PAS mungkin juga akan berhadapan dgn masalah yg sama seperti UMNO. PKR hanya tumpang hidup dgn bantuan PAS. Krisis 1998 DSAI dibela oleh PAS akhirnya seperti melepaskan anjing tersepit, digigitnya tangan kita. Bukankah ini satu pengajaran kpd PAS? Atau masih pekak badak?

PKR naik melunjak kerana PAS, kerusi2 sepatutnya di isi dgn PAS tetapi atas nama tolak ansur habis disapu oleh PKR dan kemenangan PKR juga adalah atas sokongan ahli2 PAS, tetapi PKR tidak pernah menghasabah diri sendiri. Jika PAS keluar dari PR sudah pasti PKR dan DAP bercelaru, masa itu baru sedar diri siapakah mereka yg sebenar.






No comments:

Post a Comment