Umat Islam diseluruh dunia semakin tenat sebelum khiamat.
Kenapa? Utamakan dunia dari akhirat. Bukan tinggal dunia tapi kerja untuk dunia
dlm masa yg sama bila tiba waktu solat tinggalkan kerja dirikan solat. Hari ini
umat Islam buat kerja terbalik buat kerja sehingga tak bersolat atau lewatkan
solat. Kalau inilah amalan umat Islam sehingga khiamat pun tak akan dapat
keberkatan dan keamanan. Kita lihat apakah amalan umat Islam sehingga orang2
kafir sanggup menyembeleh umat Islam tanpa ada belas kasihan, yg berlaku di
Palestin, Myamar, Syria dll Negara yg ceroboh oleh mereka yg mensyirikan Allah
swt, Allah swt tidak memberi bantuan langsung kerana kenapa mesti Allah swt
menolong mereka yg engkar dgn perintahNya? Manusia sendiri pun marah jika
perjanjian dicabuli. Apakah perjanjian kita dgn Allah swt setelah mengucap
kalimah syahadah, terus releks dan tidur? Tunaikan perjanjian dgn mendirikan
solat lima
waktu berserta dgn doa. Inilah senjata yg terulung untuk mendapat pertolongan
Allah swt. Jika tidak jangan mengharapkan kemuliaan, kehinaan yg berterusan sehingga
khiamat, siapa peduli bab ini, pemerintah, raja2 wakil rakyat? Yg kita tahu
kemajuan kemodenan , impot pekerja asing sehingga menjadi kucar kacir akhlak,
kerana yg datang itu bukan kerana Islam tapi kerana wang. Maka musibah yg
berterusan yg akan menghancurkan Islam dan umat Islam itu sendiri sebenarnya
atas perbuatan kita pemimpin2 Melayu Islam.
No comments:
Post a Comment