Monday, 29 December 2014

KAFARAH DOSA2 BESAR



Tanda2 besar khiamat telah jelas dan semakin hampir. Punca dunia khiamat pun adalah kerana atas perbuatan mahluk yg dipanggil manusia. Allah swt cipta pelbagai mahluk tetapi semua mahluk yg Allah swt cipta tidak mempunyai akal. Hanya mahluk yg bernama manusia ini diberi akal, maka untuk menjaga akal supaya tidak lari dari matlamat asal Allah swt mencipta manusia, Allah swt menyediakan para2 Nabi, kitab2Nya dan Nabi yg terakhir Muhammad saw Allah swt sediakan al Quran dn wahyu berupa hadith2 yg disampaikan oleh Nabi saw kpd kita.

Semua amaran berupa azab dan kenikmatan diberitahu dgn jelas kpd manusia, hanya yg berakal yg berpandukan hadith2 Nabi saw, mereka yg percaya dan yakin dgn hadith2 Nabi saw shj yg akan dapat keuntungan yg lain semuanya akan binasa dan tempat yg paling layak ialah neraka termasuk mereka yg anti hadith.

Nafsu yg Allah swt berikan kpd manusia hanya untuk keperluan kehendak manusia shj, seperti makan minum berkahwin tidur bekerja dll, tetapi manusia tidak pernah cukup mahu nafsu itu dilayan lebih jauh lagi, maka syaitan menawarkan alternafif, ikut aku, kamu manusia boleh menikmati nafsu itu lebih dr yg sepatutnya maka jadilah nafsu itu nafsu syaitan.

Segala musibah bala atau apa istilah azab pun yg pasti Allah swt tidak turunkan melainkan setelah kemurkaanNya terhadap manusia yg engkar dgn perintahNya.

Fenomena alam yg difahami oleh bukan Islam atau kafir, berdasarkan logik akal melalui kajian sains semata2. Manusia yg beriman lagi bertaqwa menpunyai tafsiran atau fahaman yg berdasarkan hadith2 Nabi saw. Fenomena alam yg sebenarnya ialah kekuasaan Allah swt boleh merubah sains itu sendiri kpd yg berlawanan dgn sains.

Tsunami, banjir besar, gempa bumi dll bencana alam bukanlah berdalilkan sains tetapi ianya berlaku bila manusia terlalu banyak mensyirikan Allah swt. Kesan mensyirikan Allah swt kpd umat Islam yg mengaku Islam lebih dahsyat dari mereka yg bukan Islam atau kafir. Inilah dikatakan mereka yg dimurkai Allah swt, setelah beriman kemudian kerana dunia sanggup jadi syirik semula kerana nak cepat kaya, nak berkuasa, nak bermegah2 dgn kuasa, yg akhirnya memakan diri sendiri.

Kesimpulannya banjir yg melanda kita sekarang adalah termasuk dlm ketegori azab
Kerana mereka yg berkuasa tidak mengamalkan apa yg Allah swt perintah tetapi lebih kpd kepura puraan yg nyata. Jujur, amanah ikhlas pemimpin2 maka jujur, amanah ikhlaslah rakyat dan jika sebaliknya maka bersedialah wahai manusia yg belum insaf dan bertaubat azab yg lebih dahsyat.



No comments:

Post a Comment