Monday, 29 December 2014

KAFARAH DOSA2 BESAR



Tanda2 besar khiamat telah jelas dan semakin hampir. Punca dunia khiamat pun adalah kerana atas perbuatan mahluk yg dipanggil manusia. Allah swt cipta pelbagai mahluk tetapi semua mahluk yg Allah swt cipta tidak mempunyai akal. Hanya mahluk yg bernama manusia ini diberi akal, maka untuk menjaga akal supaya tidak lari dari matlamat asal Allah swt mencipta manusia, Allah swt menyediakan para2 Nabi, kitab2Nya dan Nabi yg terakhir Muhammad saw Allah swt sediakan al Quran dn wahyu berupa hadith2 yg disampaikan oleh Nabi saw kpd kita.

Semua amaran berupa azab dan kenikmatan diberitahu dgn jelas kpd manusia, hanya yg berakal yg berpandukan hadith2 Nabi saw, mereka yg percaya dan yakin dgn hadith2 Nabi saw shj yg akan dapat keuntungan yg lain semuanya akan binasa dan tempat yg paling layak ialah neraka termasuk mereka yg anti hadith.

Nafsu yg Allah swt berikan kpd manusia hanya untuk keperluan kehendak manusia shj, seperti makan minum berkahwin tidur bekerja dll, tetapi manusia tidak pernah cukup mahu nafsu itu dilayan lebih jauh lagi, maka syaitan menawarkan alternafif, ikut aku, kamu manusia boleh menikmati nafsu itu lebih dr yg sepatutnya maka jadilah nafsu itu nafsu syaitan.

Segala musibah bala atau apa istilah azab pun yg pasti Allah swt tidak turunkan melainkan setelah kemurkaanNya terhadap manusia yg engkar dgn perintahNya.

Fenomena alam yg difahami oleh bukan Islam atau kafir, berdasarkan logik akal melalui kajian sains semata2. Manusia yg beriman lagi bertaqwa menpunyai tafsiran atau fahaman yg berdasarkan hadith2 Nabi saw. Fenomena alam yg sebenarnya ialah kekuasaan Allah swt boleh merubah sains itu sendiri kpd yg berlawanan dgn sains.

Tsunami, banjir besar, gempa bumi dll bencana alam bukanlah berdalilkan sains tetapi ianya berlaku bila manusia terlalu banyak mensyirikan Allah swt. Kesan mensyirikan Allah swt kpd umat Islam yg mengaku Islam lebih dahsyat dari mereka yg bukan Islam atau kafir. Inilah dikatakan mereka yg dimurkai Allah swt, setelah beriman kemudian kerana dunia sanggup jadi syirik semula kerana nak cepat kaya, nak berkuasa, nak bermegah2 dgn kuasa, yg akhirnya memakan diri sendiri.

Kesimpulannya banjir yg melanda kita sekarang adalah termasuk dlm ketegori azab
Kerana mereka yg berkuasa tidak mengamalkan apa yg Allah swt perintah tetapi lebih kpd kepura puraan yg nyata. Jujur, amanah ikhlas pemimpin2 maka jujur, amanah ikhlaslah rakyat dan jika sebaliknya maka bersedialah wahai manusia yg belum insaf dan bertaubat azab yg lebih dahsyat.



Wednesday, 24 December 2014

PAS SUDAH TAK RELEVAN LAGI DGN PR

PAS SUDAH TAK RELEVAN LAGI DGN PR

Ramai umat Islam telah menjadi murtad kerana percakapan perbuatan dan tindakan. Mereka yg tidak sedar perkara ini telah berlaku kpd diri sendiri tetapi menganggapnya masih Islam dan beriman. Iman seperti telur dihujung tanduk bila2 masa shj boleh jatuh pecah berkecai. Kejahilan memahami perkara jatuh iman juga menjadi punca utama selain dari gagal menuntut ilmu tauhid yg mantap. Tauhid bukan shj mengucap kalimah syahadah, ia perlu di amalankan beristiqomah selagi ada nyawa, tarikh luputnya ialah mati.

Kita menganggap menegakkan keadilan, ekonomi termasuk berzakat dn lain2 lagi itu yg diutamakan sedangkan dlm Islam sudah ada pakej segala2nya, Menegakkan sebahagian dan meremehkan sebahagian yg lain sudah dikira murtad kerana perintah Allah swt itu tidak boleh dipilih, semua adalah wajib dilaksanakan

Hukum hudud adalah perintah Allah swt seperti juga solat. Membuat kerja makruf adalah digalakkan tetapi kalau terasa kerja amal makruf ini penting  sedangkan di dlm hati ada sifat meremehkan hudud itu sendiri maka telah tercabut iman. Jika tidak bertaubat maka mati dlm kafir.

PAS ingin melaksanakan hudud, itu sudah dikira bermula fardhu kifayah tetapi kawan2 dlm PR yg terdiri dari bukan Islam dan munafiq menjadi penghalang utama ke arah ini maka PAS telah terhalang, oleh itu PAS wajib keluar dari PR. Ahli2 PAS sendiri yg terdiri dari puak syiah dan munafiq yg lain yg telah ceroi dgn perintah Allah swt juga mesti dikenal pasti dan disingkirkan. Ini soal akidah bukan soal nak jaga hati orang. Hari ini PAS terperangkap dgn menjadi hati kawan atau takut hilang sokongan manusia maka PAS juga termasuk di dlm ketegori munafiq.

Untuk ke Putrajaya, kuasa mutlak ada di tangan Allah swt. Allah swt hendak menguji iman kita, betulkah kita kini beriman dimulut dihati dn perbuatan atau hanya sekadar beriman dimulut bila kena gertak boleh jualkan iman semudah itu shj?

Kenapa takut kpd mahluk, sokongan yg sebenar datang dari Allah swt, tidakkah kita baca sejarah Nabi saw dlm peperangan Uhud dan lain2 peperangan yg bilangannya sedikit dan senjata juga terhad. Apakah yg membuat mereka menang, iman yg mantap kpd Allah swt. Pemimpin2 PAS masih belum percaya dan yakin dgn Allah swt. PKR dan DAP hanya mahluk Allah swt yg tidak ada kuasa, tetapi kenapa PAS meletakan kuasa itu kpd mahluk yg bernama PKR dan DAP?

Dlm PAS ramai mahluk perosak, sebab itu PAS sekarang sudah berubah, ahli2 tidak sebulu dgn pemimpin2 lagi kerana tak ditarbiah dgn iman, perjuangan hanya untuk mendapat kuasa ke Putrajaya, tetapi ahli2 hati mereka dgn dunia, kalaulah begini PRU 14 UMNO akan hilang lagi majoritidan PAS mungkin juga akan berhadapan dgn masalah yg sama seperti UMNO. PKR hanya tumpang hidup dgn bantuan PAS. Krisis 1998 DSAI dibela oleh PAS akhirnya seperti melepaskan anjing tersepit, digigitnya tangan kita. Bukankah ini satu pengajaran kpd PAS? Atau masih pekak badak?

PKR naik melunjak kerana PAS, kerusi2 sepatutnya di isi dgn PAS tetapi atas nama tolak ansur habis disapu oleh PKR dan kemenangan PKR juga adalah atas sokongan ahli2 PAS, tetapi PKR tidak pernah menghasabah diri sendiri. Jika PAS keluar dari PR sudah pasti PKR dan DAP bercelaru, masa itu baru sedar diri siapakah mereka yg sebenar.






Friday, 19 December 2014

KENAPA BUKAN ISLAM SEMAKIN BERANI?



Kenapa bukan Islam semakin berani menentang Islam secara terbuka sedangkan Malaysia Negara Islam diperintah oleh Melayu Islam. Perlembagaan Malaysia yg diasaskan oleh Lord Reid membuat Melayu dan Islam terperangkap dlm hal menegakkan hukum hudud. Adakah perlembagaan yg dicipta oleh kafir ini masih relevan dgn umat Islam? Atau umat Islam yg mengaku Islam dan yg menjadi pemerintah masih mahu terus berada dalam sifat munafik?

Kesannya maksiat, jenayah berat, bunuh rogol ragut dan yg paling berbahaya bila bukan Islam sudah nampak peluang menentang Islam secara terang2an. Ini adalah kesannya bila umat Islam terutamanya yg menjadi pemimpin mulai mendapat penghinaan dari Allah swt. Pelbagai masalah yg dihadapi oleh Melayu dan Islam terus terancam. Hanya Melayu yg ada hidayah shj yg boleh melihat dgn mata hati, bukan dgn mata dua biji itu yg dapat merasai azab masa depan Melayu dan Islam. Melayu yg tak jaga solat atau tak bersolat asyik sibuk dgn kemajuan dunia tidak akan nampak perkara ini, yg mereka nampak apa yg berlaku adalah fenomena Negara maju sedangkan fenomena Negara maju yg bukan Islam menjadi agamanya sememangnya ke arah itu.

Kemajuan yg beracuankan Islam tidak akan tersasar menjadi Negara maksiat. Pemimpin2 Melayu Islam yg memimpin Malaysia hari ini bukanlah dari mereka yg beriman dan bertaqwa kpd Allah swt, buktinya kita lihat dari amalan mereka, adakah mereka bersolat berjemaah dan jaga solat? Ucapan mereka pun hanya seperti burung tiong yg diajar sebut kalimah2 tertentu sedangkan mereka sendiri pun tidak menghayatinya. Kita tidak hairan mereka yg dahulunya pendatang yg tiada apa2 kuasa sehingga atas kebodohan kita menerima perlembagaan Lord Reid dan menerima mereka sebagai pengundi yg akhirnya boleh menentukan kerajaan adalah seperti memakan racun!

Kita memerlukan pemimpin2 yg berani ke hadapan menegakkan Islam. Pemimpin2 yg ada hari ini lebih kpd dunia dari akhirat. Penghinaan dari bukan Islam wajib diambil tindakan tegas bukannya atas bertolak ansur nak jaga hati sedangkan hati umat Islam sentiasa diguris, siapakah pemimpin2 Islam yg berani mempertahan Islam sedangkan hati mereka sebenarnya telah rosak, jika tidak masakan mereka sendiri berani menentang hudud!



Monday, 15 December 2014

NAK JAGA ISLAM WAJIB SOLAT



Umat Islam diseluruh dunia semakin tenat sebelum khiamat. Kenapa? Utamakan dunia dari akhirat. Bukan tinggal dunia tapi kerja untuk dunia dlm masa yg sama bila tiba waktu solat tinggalkan kerja dirikan solat. Hari ini umat Islam buat kerja terbalik buat kerja sehingga tak bersolat atau lewatkan solat. Kalau inilah amalan umat Islam sehingga khiamat pun tak akan dapat keberkatan dan keamanan. Kita lihat apakah amalan umat Islam sehingga orang2 kafir sanggup menyembeleh umat Islam tanpa ada belas kasihan, yg berlaku di Palestin, Myamar, Syria dll Negara yg ceroboh oleh mereka yg mensyirikan Allah swt, Allah swt tidak memberi bantuan langsung kerana kenapa mesti Allah swt menolong mereka yg engkar dgn perintahNya? Manusia sendiri pun marah jika perjanjian dicabuli. Apakah perjanjian kita dgn Allah swt setelah mengucap kalimah syahadah, terus releks dan tidur? Tunaikan perjanjian dgn mendirikan solat lima waktu berserta dgn doa. Inilah senjata yg terulung untuk mendapat pertolongan Allah swt. Jika tidak jangan mengharapkan kemuliaan, kehinaan yg berterusan sehingga khiamat, siapa peduli bab ini, pemerintah, raja2 wakil rakyat? Yg kita tahu kemajuan kemodenan , impot pekerja asing sehingga menjadi kucar kacir akhlak, kerana yg datang itu bukan kerana Islam tapi kerana wang. Maka musibah yg berterusan yg akan menghancurkan Islam dan umat Islam itu sendiri sebenarnya atas perbuatan kita pemimpin2 Melayu Islam.