Sunday 3 August 2014

MASIH BERWIBAWAKAH PR DLM ARENA POLITIK?



Perkembangan semasa dgn kemelut PR antara PKR dalaman PAS dan DAP, nampak tiada harapan untuk menang besar dlm PRU 14. PKR dgn sikap degil antara perebutan jawatan MB dan mereka yg berjawatan dan PAS dgn masalah hudud yg tidak kesampaian dgn musuh dlm selimut DAP juga PKR dan musuh tradisinya UMNO di tambah dgn MCA Gerakan dll, maka Islam akhirnya terberhenti tengah jalan atau jadi hangat2 tahi ayam, akhirnya tak kemana tapi masih bersabar dgn kerenak rakan kongsi yg jelas boleh berkawan tapi tak boleh buat sahabat untuk berkongsi kuasa.

PKR hanya ujud atas nama tapi yg memberi kemenangan ialah ahli2 PAS.
Sejak PKR ditubuhkan atas sokongan kuat PAS, PKR terus mencipta nama di arena politik dgn gah sedangkan nyawanya bergantung atas sokongan PAS dan sedikit DAP.

Tahun 2008 PRU 12 yg mana tolak ansur yg keterlaluan oleh PAS atas simpati hanya kerana DSAI maka banyak kerusi sepatutnya PAS punya dicagar kpd PKR dan akhirnya kerusi tersebut kata PKR langkah mayat kami dulu baru PAS boleh ambil, PAS gigit jari!

Sebagai dua tiga contoh kerusi parlimen Bagan Serai yg diwakili oleh PKR dlm PRU 12 dan wakil itu sendiri telah belot menjadi Bebas sebenarnya dia menang atas sokongan PAS, mana ada walau pun satu cawangan PKR di situ, begitu juga Cangkat Jering juga, mana ada cawangan PKR disitu, semua menang atas sokongan PAS dan juga kebanyakkan kerusi di tempat lain pun juga begitu. Ini disebabkan rakyat tersangat benci di masa itu dgn UMNO BN, kalau di tempatkan beruk atau monyet atau saja letak kerusi kosong pun ABU maka PR boleh menang kecuali kawasan Cina DAP menjadi pilihan orang2 Cina begitulah suasana politik semasa, nampak tak ada perkauman tapi hakikat sebenar penuh dgn duri2 dlm daging. Hari ini PKR berasa angkuh kerana PAS masih berapa di dlm PR, masakah kerusi2 ini akan diduduki oleh PAS sehinggalah PAS keluar dari PR, PKR akan jadi cacing kepanasan kerana kali ini siapa yg nak sokong mereka. Itulah tuah badan, muncul tiba2 dapat rahmat pun tiba2, PAS dah tua terpaksa mengalah kerana tidak yakin dgn kuasa Allah swt, tapi peliknya dasarnya ialah Islam! Atas iman yg lemah ini tak mungkin dlm PRU akan datang, PAS akan jadi pi mai2 duk tang tu juga!

No comments:

Post a Comment