Sunday 10 November 2013

PETANDA2 DUNIA HAMPIR KHIAMAT

Setakat ini parti yang bersih dari rasuah politik wang ialah parti2 dalam PR. Sebab utama kerana mereka bukan parti memerintah, oleh itu kebanyakkan mereka tidak bersedia untuk mengeluarkan wang poket sendiri, di masa akan datang bila jadi pemerintah ganti UMNO, sifat jujur dan amanah ini dapat diteruskan dalam perjuangan.

PAS sudah jelas, lebih dari 60 tahun tidak pernah untuk menjadi calon, melobi sana sini dengan menabur wang, beras, gula, tepung, BR1M, projek mee segera dan jual gula dan beras terlalu murah dari harga pasaran orang miskin!. Inilah kelebihan PAS.

Berbalik kita ke pemilihan calon2 penting seperti presiden, timbalan presiden, naib presiden dan AJK lain, apakah kriteria penting yang selalu menjadi pilihan?. Banyak kriteria penting dan kita ambil dua tiga saja untuk renungan dan akhirnya buat pilihan.

Pertama mestilah berpegang kpd Islam itu sendiri, berpegang kpd yang benar2 ahli sunnah wal jemaah, dalam konteks ini kita wajib lihat amalan dia, adakah dia seorang yang komited dengan solat awal waktu atau caca merba, atau ada unsur2 mengagongkan cara pentadbiran syiah, kononnya hendak ambil yang baik2 sebagai pendoman perjalanan parti, sedangkan Jepun lagi baik dari kita Melayu Islam hari ini, dengan sifat jujur dan amanahnya. Kita tak perlu contoh sifat baik yang ada pada syiah, sedangkan sifat baik ini telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw 1435 tahun dahulu, kenapa kita hendak tiru kononnya pemerintahan Islam yang ada pada hari ini di Iran hanyalah tak lebih dari tipu daya untuk megelabui mata dunia Islam sedangkan mereka bukan lagi Islam?

Kedua sesiapa pun boleh jadi pemimpin asalkan Melayu dan Islam asal(original) yang berpegang dengan 4 mazhab dan ahli sunnah wal jemaah yang asli, bukan mengaku ahli sunnah wal jemaah tapi solat fardhu berjemaah nampak muka sekali sekala.atau tak kisah dengan masjid.

Islam tidak akan berjaya selagi umatnya lalai dalam bab solat dan dakwah. Pemimpin2 pergi dan berganti tapi amalan Islam tetap macam itu, penuh dengan sifat munafik, fasik/ Hari ini parti2 Melayu tidak boleh bersatu kerapa amalan sifat munafik dan fasik telalu berluasa. Akibatnya bala, musibah yang bertalu2 dari Allah swt dan jalan keluar, sesiapa yang hendak jadi pemimpin2 Islam wajib mengamalkan sifat Nabi Muhammad saw, bila jadi pemimpin boleh menjadi imam, khatib khutbah Jumaat, buat tazkirah, sekiranya dia bukan ustaz, sekurang2nya sampaikanlah walau satu ayat al Quran kpd makmun, itulah selemah2 pemimpin yang harus dilantik, bukannya mereka yang tak kenal masjid dan surau.

Gagal dalam kriteria ini bermakna, bersiap sedialah untuk menghadapi azab dari Allah swt, seperti yang kita alami hari ini, bunuh tembak maksiat sana sini. Hari ini pemerintah tidak ada fikir risau dengan azab Allah swt.

Program TV yang menjadi alat dakwah telah disaratkan dengan maksiat, antaranya idola kecil, Nur konset, percampuran lelaki dan perempuan itu adalah majlis syaitan. Bakat idola kecil yang umur sebegitu muda sepatutnya dididik dengan amalan Islam tapi malangnya dididik dgn amalan syaitan, Ibu bapa yang menanggis atas kegagalan anak dalam bakat tersebut, air matanya akan menyemarakkan lagi api neraka. Apakah kerajaan UMNO hari ini buat? Umat terus menderita dan petanda2 hari khiamat telah jelas, apakah persedian kita?

 

No comments:

Post a Comment