Friday 26 April 2013

WAKIL RAKYAT WAJIB BERIMAN DAN BERTAQWA


RAKYAT WAJIB MEMILIH WAKIL RAKYAT BERIMAN DAN BERTAQWA KPD ALLAH SWT.

Umat Islam wajib diingatkan, hukum memilih wakil rakyat adalah wajib. Memilih wakil rakyat seperti memilih pasangan hidup sama ada isteri atau suami. Rumah tangga yang harmoni, berkat  akan mendapat rahmat Allah swt, semuanya bergantung kepada didikan Islam yang sempurna. Hari ini kita tidak dapat didikan Islam yang sempurna, hanya nama saja Islam tapi akhlak lebih teruk dari bukan Islam. Kesannya baru berkahwin bercerai berai, kalau ada anak akan menjadi mangsa dan seterusnya anak ini juga akan lakukan perbuatan yang sama dengan ibu bapanya yang telah rosak akhlak kerana mendapat pendidikan sekular di sekolah2. Di sekolah tidak diajar amalan Islam secara praktikal tapi di ajar menghafal untuk lulus periksa. Bila kepututsan SPM keluar, anak dapat A+ dalam subjek Islam tapi tak nampak muka hidung di masjid di kampungnya.

Akhlak mulia datang dari wakil rakyat yang mulia. Mulia di sini ialah wakil2 rakyat yang ada fikir Nabi Muhammad saw. Kita ditipu oleh wakil rakyat yang kononnya mengikut marqasid syariah atau cara Nabi saw. Kita ditipu hidup2 kerana, cara Nabi saw jarang di iklankan dalam TV, yang diiklan dalam TV cara hidup Yahudi, Nasrani. Dalam Negara Islam yang sebenar, wakil rakyat jaga rakyat dalam hal ibadat. Hari ini wakil rakyat jaga maksiat dan wakil rakyat itu sendiri amalan solatnya dipertikaikan. Wakil rakyat wajib jadi iman solat fardhu ditempat dia tinggal jika dia berada di rumah, iman2 yang dilantik hanya bila ketiadaan wakil rakyat itu, kerana bertugas, kalau wakil rakyat ada di rumah dia wajib ke masjid mengimankan solat, bukan tidur kat rumah!

 Wakil rakyat wajib hidup dalam keadaan sederhana bukan dalam Istana. Wakil rakyat wajib dekatkan diri dengan masjid, bukan karoke di hotel 5 bintang, jauh dari rakyat dan jauh dari masjid.

Wakil rakyat wajib menempatkan diri mereka sebagai hamba kepada rakyat bukan bila menang PRU jadi raja kepada rakyat. Masa nak mengundi, berpura2 tunjuk kasih sayang sehingga sanggup mencium budak kecil yang busuk kerana nak ambil hati mak bapak supaya undilah aku.

Wakil rakyat wajib jujur dan amanah dan berakhlak mulia supaya menjadi ikutan rakyat terutama anak2 muda. Rakyat yang berakhlakbaik bila wakil rakyat juga berakhlak baik. Bila wakil rakyat jadi samseng, rakyat jadi dua kali lebih samseng. Kita dah merdeka hampir 56 tahun, akhlak rakyat bukan semakin mulia tapi semakin hina kerana wakil rakyat yang rosak iman dan taqwa kepada Allah swt sudah tidak ujud dalam diri, tapi yang ujud nafsu yang ditunggang oleh syaitan sama ada dikenali atau syaitan asli.

Rakyat wajib tukar kerajaan yang hendakkan melaksanakan ajaran Islam. Dalam Islam sahaja ada semua sifat terpuji. Dasar perjuangan PAS ialah Islam, Dasar perjuangan UMNO ialah kebangsaan. Perjuangan kebangsaan ada haram.

 


No comments:

Post a Comment