Sunday, 14 April 2013

PERINGATAN PENTING KPD RAKYAT MALAYSIA

PERINGATAN PENTING KPD RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN MALAYSIA.

 
Tahukah anda UMNO BN telah kalah sokongan sebelum PRU 13? Ini terbukti  di mana2 saja rakyat bercakap, PRU 13 yang akan diadakan pada 5 Mei 2013 ini, UMNO BN akan tersungkur dan kerajaan baru PAKATAN RAKYAT akan menguasai PUTRAJAYA DAN KERAJAAN NEGERI2 dalam Malaysia. Alasan yang sangat lojik dan kukuh ialah selama 56 tahun UMNO memerintah mereka telah gagal mertabatkan bangsa Melayu dan agama Islam. Dari  1001 masalah, di antara yang paling umat Melayu dan Islam terkilan  ialah

 

  1. Taraf kemiskinan orang2 Melayu masih tinggi, ini termasuk ahli2 UMNO sendiri.
  2. Orang2 Melayu yang berkebolehan dan berwibawa dalam ilmu tertentu, seperti kontraktor yang mempunyai rekod cemerlang tidak mendapat projek, tapi kroni yang tidak tahu apa2 dengan kerja kontraktor mendapat projek dan mereka ini tidak lakukan sendiri tapi jual projek. Maka berlakulah stadium runtuh, makmal computer sekolah runtuh. Ini hanya beberapa contoh, banyak lagi contoh seperti jambatan runtuh, rosak dan lain2 lagi.
  3. Orang2 Melayu murtad yang dianggarkan lebih dari 250,000, itu hanya statik yang boleh dikira, murtad sebenarnya adalah lebih besar dari itu hanya tinggal kenangan. Apakah yang telah ulama2 UMNO lakukan untuk mengambalikan keimanan mereka? Kalau lihat kepada statik terkini dari sudut umat Islam yang tinggalkan solat semakin ramai, contoh yang paling mudah dilihat, di pasar2 malam pada waktu maghrib, apakah kerajaan UMNO telah lakukan dengan perkembangan ini, adakah kerajaan UMNO ada membuat peraturan setiap pasar malam diharamkan berniaga semasa waktu maghrib? Umat Islam hanyut kerana kerajaan yang memerintah hanya bertopengkan Islam sedangkan Islam mereka masih dalam persoalan akidah, bukti yang jelas mereka dengan terang2 menolak hukum Allah swt, ia itu hudud.
  4. Selepas merdeka tanah simpan Melayu yang strategik ada lebih kurang 3 juta hektar, sehingga kini tanah simpanan Melayu telah susut tanpa ganti dan tinggal hanya 1 juta hektar sahaja. Siapakah yang telah mengadai tanah2 ini dan kepada siapa mereka gadai kalau bukan kepada bukan Melayu dan juga bukan Islam.
5. Selepas merdeka, tahun 1965 Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia hanya bersebab takut berlaku pergaduhan kerana orang2 Cina telah menguasai keselurahan Singapura. Soalannya sebelum orang2 Cina menguasai, apakah UMNO yang sibuk hendak merdeka itu buat?, sehingga terlepas pandang? Apakah Tunku Abdul Rahman selepas merdeka tidak nampak masalah ini akan berlaku kerana terlalu percaya dengan  Lee Kuan Yu yang akhirnya kena tipu!. Kita kehilangan satu pulau yang sangat strategik dari segi ekonomi dunia dan Lee Kuan Yu telah dapat melihat ke hadapan sedangkan TAR tidak melihat perkara ini. Adakah anda boleh terima dengan keputusan TAR dengan senang hati, sedangkan orang2 Melayu yang tinggal di tanah2setinggan begitu sukar mendapat geran tanah tapi pulau Singapura dan Batu Putih terlepas begitu sahaja? Begitu juga dengan tanah di Tanjung Pagar milik KTM yang di lepaskan sama ada melalui apa jenis perjanjian yang rakyat tidak tahu di antara kerajaan Singapura dan PM Najib. Tanah KTM ini tergadai di zaman PM Najib. Rakyat hendak tahu apa yang telah berlaku, sebegitu mudah tanah2 milik Melayu dilepaskan kepada bukan Melayu. Hari ini Singapura telah mempunyai kekuatan ketenteraan yang cukup kuat di Asia dan telah menjadi tali barut Israel dan Amerika. Singapura juga sekarang telah menjadi pusat perjudian terbesar di Pulau Sentosa dan ramai rakyat Malaysia yang berjudi di sana. Singapura juga telah menjadikan syarikat luar pesisir setaraf Switzerland yang setiap pemilik akaun dirahsiakan di bawah akta bank2 di sana. Ini bermakna setiap pemilik akaun sama ada dapat wang haram seperti rasuah atau jenayah perniagaan atau taukey dadah tidak boleh diekses boleh sesiapa pun termasuk kerajaan Amerika. Inilah Negara yang paling selamat untuk simpan wang haram! Ini termasuk Singapura!.
  1. Akta pilihan raya 1958 seksyen 9A. SPM kalau dapat 9A memang cerah masa depan tapi akta sekyen 9A ini kalau dapat bukan cerah masa depan tapi gelap masa depan dan gelap masa depan ini bukan pelajar sekolah, tapi rakyat Malaysia. Secara ringkasnya sekyen ini setiap nama pemilih sama ada hantu mati atau hantu hidup, setelah diwartakan akan menjadi hak mutlak SPR, tidak boleh dicabar di mahkamah. Inilah seksyen jahat yang telah digubal dan dimasuk ke dalam akta  oleh kerajaan UMNO BN setelah berlakusatu kes  bila seorang hakim mahkamah berani membatalkan pilihan raya DUN Likas di  Sabah kerana terdapat pengundi hantu.
  2. Kerana akta seksyen 19A ini juga dua MP Pakatan Rakyat ia itu Charles Santiago dan Nurul Izzah ditolak oleh mahkamah. Di mana lagi rakyat hendak mendapat keadilan di bawah UMNO BN?

 Kesimpulannya dari perkara 7, Jika UMNO BN menang, jawapannya telah pun terjawab dalam Akta Piliharanraya 1958 seksyen 9A. Oleh itu rakyat wajib bersedia dan apakah tindakan selanjutnya untuk mempertahankan hak rakyat, sama2 kita fikir dan bertindak mengikut undang2, Adakah keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini boleh berkekalan? Hanya rakyat yang cintakan Malaysia ada jawapannya.

 

Ini baru 7 perkara, yang lagi 904 perkara belum lagi didedahkan, kalau ada masa akan didedahkan, tapi untuk renungan 7 perkara ini sudah cukup untuk menolak UMNO BN dalam PRU 13 ini.

 



 


 

 

 

No comments:

Post a Comment