RAKYAT WAJIB MEMILIH WAKIL
RAKYAT BERIMAN DAN BERTAQWA KPD ALLAH SWT.
Umat Islam wajib diingatkan,
hukum memilih wakil rakyat adalah wajib. Memilih wakil rakyat seperti memilih
pasangan hidup sama ada isteri atau suami. Rumah tangga yang harmoni, berkat akan mendapat rahmat Allah swt, semuanya
bergantung kepada didikan Islam yang sempurna. Hari ini kita tidak dapat
didikan Islam yang sempurna, hanya nama saja Islam tapi akhlak lebih teruk dari
bukan Islam. Kesannya baru berkahwin bercerai berai, kalau ada anak akan
menjadi mangsa dan seterusnya anak ini juga akan lakukan perbuatan yang sama
dengan ibu bapanya yang telah rosak akhlak kerana mendapat pendidikan sekular
di sekolah2. Di sekolah tidak diajar amalan Islam secara praktikal tapi di ajar
menghafal untuk lulus periksa. Bila kepututsan SPM keluar, anak dapat A+ dalam
subjek Islam tapi tak nampak muka hidung di masjid di kampungnya.
Akhlak mulia datang dari
wakil rakyat yang mulia. Mulia di sini ialah wakil2 rakyat yang ada fikir Nabi
Muhammad saw. Kita ditipu oleh wakil rakyat yang kononnya mengikut marqasid
syariah atau cara Nabi saw. Kita ditipu hidup2 kerana, cara Nabi saw jarang di
iklankan dalam TV, yang diiklan dalam TV cara hidup Yahudi, Nasrani. Dalam Negara
Islam yang sebenar, wakil rakyat jaga rakyat dalam hal ibadat. Hari ini wakil rakyat
jaga maksiat dan wakil rakyat itu sendiri amalan solatnya dipertikaikan. Wakil
rakyat wajib jadi iman solat fardhu ditempat dia tinggal jika dia berada di
rumah, iman2 yang dilantik hanya bila ketiadaan wakil rakyat itu, kerana
bertugas, kalau wakil rakyat ada di rumah dia wajib ke masjid mengimankan
solat, bukan tidur kat rumah!
Wakil rakyat wajib
menempatkan diri mereka sebagai hamba kepada rakyat bukan bila menang PRU jadi
raja kepada rakyat. Masa nak mengundi, berpura2 tunjuk kasih sayang sehingga
sanggup mencium budak kecil yang busuk kerana nak ambil hati mak bapak supaya
undilah aku.
Wakil rakyat wajib jujur dan
amanah dan berakhlak mulia supaya menjadi ikutan rakyat terutama anak2 muda.
Rakyat yang berakhlakbaik bila wakil rakyat juga berakhlak baik. Bila wakil
rakyat jadi samseng, rakyat jadi dua kali lebih samseng. Kita dah merdeka hampir
56 tahun, akhlak rakyat bukan semakin mulia tapi semakin hina kerana wakil
rakyat yang rosak iman dan taqwa kepada Allah swt sudah tidak ujud dalam diri,
tapi yang ujud nafsu yang ditunggang oleh syaitan sama ada dikenali atau
syaitan asli.
Rakyat wajib tukar kerajaan
yang hendakkan melaksanakan ajaran Islam. Dalam Islam sahaja ada semua sifat
terpuji. Dasar perjuangan PAS ialah Islam, Dasar perjuangan UMNO ialah
kebangsaan. Perjuangan kebangsaan ada haram.