Monday, 25 March 2013

MALAM MASJID JADI RUMAH HANTU

Isu masjid: MB Kedah digesa minta maaf - Ketua Pemuda Umno Kedah

Nak bina masjid pun boleh bergaduh, punca kerana berlainan parti politik dan yang pelik semua Melayu Islam pula tu! Di manakah keikhlasan dalam yang dicanang2 selama ini, inilah didikan yang Melayu Islam dapat selama 55 tahun merdeka. Luaran nampak cantik dalaman penuh dengan penyakit hati. Bila masjid dibina, UMNO hanya berminat jadi pengurusi dan AJK, soal nak memakmurkan masjid, itu bukan AJK punya kerja, kalau nak mai solat mai, tak mau mai itu hang punya fasal. Ini bukan sikap atau sifat Nabi saw. Nabi saw bina masjid untuk tujuan beribadat dan kerja memakmurkan masjid adalah pengerusi dan AJK yang ditubuh, hari ini puak UMNO bina masjid untuk dapat peruntukan, bina 20% baki pakat kenduri kroni. Masjid RM2 juta tinggal RM1.2 juta, akibat kontrektor lari dan silih berganti, setiap berganti, wang susut!. Inilah yang berlaku di kebanyakkan masjid, masjid bukan didirikan atas dasar taqwa tapi didirikan untuk merebut peruntukan. Hari ini kerana banyak wang, masjid didirikan dengan kemewahan, sepatutnya digunakan untuk solat fardhu 5 waktu dan dimakmurkan 24 jam, iman dibayar gaji, minggu tak bertugas solat kat rumah, malam macam rumah hantu, tutup rapat sehingga hantu nak masuk pun tak dapat. Inikah fungsi masjid yang dikehendaki oleh Allah swt?. Masjid wajib dibuka 24 jam dan dimakmurkan dengan solat, baca Quran dan lain ibadat. Masjid haram dikunci. Alasannya takut pencuri sapu barang2 masjid. Memanglah kalau masjid tidak dimakmurkan bukan pencuri saja masuk malah hantu raya pun akan singgah bermalam! Masyarakat hari rosak kerana pemimpin dan pemimpin pula rosak kerana ulama suf. Formula tercari2 bagaimana nak satukan umah, tapi formula yang Nabi saw tinggalkan, dibuang ketepi, formula yang direka cipta sendiri dijaja ke sana sini, sehingga khiamat pun tak akan jumpa!

Sunday, 3 March 2013

BILA ISTILAH DIKOTORKAN

Yang tersurat lain dan yang tersirat lain. Permainan politk boleh diolah perbagai cara. Politk tidak kotor ianya hanyalah cara memerintah atau science of rules. Begitu juga pedagogi(pedagogy) tidak kotor ianya hanyalah cara mengajar atau science of teaching. Manusia membuat dua istilah ini menjadi kotor atas perbuatan mereka yang tamak, gila kuasa, rasuah, penyelewengan da...n salah guna kuasa. Politik juga tidak boleh dipisahkan dari Islam kerana Nabi saw juga sebagai pemimpin menerusi kuasa politik yang diajar oleh Allah swt. Kalau ada manusia yang kata politik itu kotor atau ini permainan politik, sebenarnya orang itu bodoh istilah. Dalam apa keadaan tidak boleh sesuatu isu itu ditudah, ini mainan politik, sedangkan yang memainkan politk menjadi kotor adalah manusia yang tidak berhati perut, sanggup menj...adikan politik sebagai mangsa bagi menghalalkan cara, kalau dipihak ini walau pun politik itu bersih tapi pihak yang sememangnya jahat, mereka mempolitikkan sesuatu isu mengikut selera bukan mengikut Islam yang mereka anuti. Inilah yang dikatakan manusia talam dua muka, atau bermuka2, bila jumpa Cina, dikatakan kalau PAS menang, kamu akan dipotong anu... tak bebas seperti sekarang di zaman UMNO. Bila jumpa Melayu, kamu akan di Kristiankan bila PAKATAN RAKYAT memerintah. Ini politik yang telah dikotorkan oleh manusia bertopengkan Islam, Islam hanyalah alat untuk mendapat sokongan, bila diberi sokongan, cakap lain buat lain. 55 tahun dalam era UMNO BN, Melayu semakin mundur, Islam semakin dagang, pemimpin2 yang berkuasa semakin ghairah ke arah pembangunan dunia dari pembangungan insan, maka tidak hairan Melayu terlibat dengan maksiat tegar yang sukar ditarbiahkan ke arah kebaikan kerana, satu pihak ke arah kebaikan, satu pihak menarik ke arah kejahatan.

BILA KEJUJURAN DAN AMANAH TERHAKIS

Dalam suasana PRU 13 yang semakin hampir ditambah pengaruh PR di Sabah semakin membesar, maka pihak UMNO BN terpaksa mencari jalan untuk menghalang kebangkitan PR di Sabah. Kita hanya buat andaian kerana sekarang memerlukan bukti untuk menuduh sesuatu isu, tapi apabila melihat kpd muslihat,ditambah dengan maklumat yang terdedah, rakyat biasa seperti kita ini han...ya boleh melepaskan geram sahaja dlm media social walau pun andaian itu adalah benar, dilihat dari segi strategi sama ada menasabah atau tidak, itu peduli apa, apa yang penting UMNO BN terpaksa mengunakan saki baki kuasa yang ada sama ada cara halal atau haram, yang penting PRU 13 ini UMNO tidak berputih mata! Itulah hakikatnya bila, amalan Islam telah terkeluar dari dalam diri mereka yang mengaku mengucap kalimah syahadah. Untuk kepent...ingan kuasa, manusia sanggup walau pun terpaksa menjadi manusia sebagai benteng untuk mencapai cita2 jahat, wal hal dalam Islam, ajaran dan sejarah Nabi saw, walau pun itu musuh tapi sifat jujur dan amanah tetap dipertahankan, bukan dikorbankan. Bila sifat ini semakin terhakis dari hati manusia, sifat tamak, gila kuasa, tidak peduli halal haram, maka manusia yang dikatakan muslim itu akan bertukar menjadi buruk tingkah laku dari bukan Islam malah kalau kita lihat binatang itu lebih baik, berkasih sayang antara golongan mereka, walau pun iri hati terhadap betina dan teritori di bawah jagaan seekor ketua itu tetap ada.

BILA FITNAH MENJADI MAINAN

Apa pun tindakan menceroboh atau sendiwara menceroboh atas tindakan ketidakpuasan hati adalah satu perbuatan jahat. Orang2 Islam tidak ada sempadan, selagi ikut ajaran Nabi saw, kita semua bersaudara tidak kira dibumi mana. Orang2 beriman lagi bertaqwa tidak terkesan dengan tahta dunia, hanya orang2 tidak beriman saja ada sifat tamak, seolah2 dunia tempat tinggal kekal ...abadi. Perbuatan jahat seperti menceroboh adalah perbuatan terkutuk dalam Islam, tapi hari ini sesama umat Islam bergaduh, bukan kerana mempertahankan akidah tapi atas rasa sakit hati kerana apa yang disebut sifat tamak kuasa, tahta, wanita itu yang menjadi rebutan. Sesama Islam bermusuhan walau pun kata mufti Perak semua mengucap kalimah syahadah. Ucapan sama tapi hati tidak sama. Bila hati dan perbuatan tidak sama maka kalimah hanya m...enjadi mainan mulut. Kesannya timbul ketidakpuasan hati, maka yang tidak puas hati akan keluar dari jemaah dan bentuk jemaah baru yang lebih Islam. Inilah yang berlaku di Malaysia, PAS ditubuhkan bukan kerana Melayu tapi kerana Islam sedangkan UMNO hidup Melayu! Selera orang2 yang hendakkan amalan Islam hidup dalam kehidupan semakin meningkat kerana telah ramai yang faham al-Quran dan hadith. Maka UMNO tewas kerana masih berdegil dengan politik suku Islam suka. Perjuangan PAS kearah Islam sejak kebelakangan ini begitu kuat dan ini kerana mereka faham apa yang dimaksudkan dengan kebaikan. Malangnya UMNO tidak melihat apa yang PAS lihat, UMNO masih dibuai mimpi kesah hikayat 1001 malam, dikelilingi maksiat yang bermahajala kerana mereka suka suasana ini walau pun dalam masa yang sama solat, puasa, haji, zakat tapi dalam masa yang sama sanggup menolak hudud, kerana mereka memilih ayat al-Quran yang berbentuk ibadat, bukan yang berbentuk sistem pemerintahan yang dikehendakki oleh Nabi saw.