Pembunuhan dan penyeksaan ke atas manusia sesama manusia malahan
terhadap binatang tumbuh2an pun dilarang oleh Allah swt tetapi kenapa Allah swt
yg sama yg memiliki hati2 manusia sanggup membolak balikkan hati2 manusia dengan
mencampakkan kebencian, kehinaan yg teramat sangat ke atas umat Islam sedangkan
Allah swt itu maha berkuasa.
Jawapannya mudah, Sayyitina Aishah rha, bertanya kpd
Rasullullah saw, adakah mereka yg beriman juga akan menerima azab dari Allah
swt sekiranya mereka membiarkan kemungkaran bermaharajalela sedangkan mereka
berkuasa untuk mencegahnya? Diakhirat nanti orang2 beriman ini akan dipisahkan
dari orang2 kafir.
Maka jelaslah sekarang apa yg berlaku terhadap umat Islam
seluruh dunia di Myamar, Palestin dll adalah berpunca dari kelalaian umat Islam
melaksanakan ajaran Islam seperti yg dikehendaki oleh Allah swt. Solat
diringan2kan, mahlis ilmu tidak diambil peduli, amalan Islam yg haram
dipermainkan untuk kepentingan kehidupan dunia,
Apakah Malaysia
tidak diperhatikan oleh Allah swt dgn amalan kita?
Kita sedih, kita kata mereka saudara kita dan adakah benar?
Mereka sebenarnya telah jauh dari amalan Islam, mereka sibuk dgn kehidupan
dunia, solat diabaikan, ilmu tak dipelajari, maka jahil menjadi2. Allah swt
telah memandang amalan manusia sekian lama, tetapi bukan semakin bertambah beriman
tetapi semakin hari semakin tipis iman
mereka dan akhirnya hilang iman.
Allah swt itu maha berkuasa lagi maha adil, maha pemurah
lagi maha pengasih.
Kemenangan jauh sekali dari umat Islam kerana gagal dlm mengamalan
Islam. Jihad utk menegakkan Islam tiada ada dlm kamus diri. Mereka hanya
mementing makan minum shj. Jika benar mereka orang2 yg beriman mereka sudah
bersedia menghadapi kekejaman musuh dan berani berjihad bukannya lari dari medan peperangan. Inilah
yg berlaku di Myamar, etnik Rohingya diburu dibunuh diseksa atas sebab iman.
Mereka lari sedang Rasulullah saw berpesan kpd kita supaya berjihad, kalau mati
mati syahid.
Kita meramaikan orang2 yg berkepentingan dunia, kita mengimpot
pekerja2 yg tidak tahu sama ada mereka ini mengambil berat bab solat atau
tidak, yg penting ekonomi dunia.
Adakah kita sedang mengimpot bala dan azab Allah swt ke Malaysia ? Apa
yg sedang berlaku di negara kita Malaysia , cukup menakutkan dan
mengerikan kpd mereka yg jaga iman. Kita sebenarnya bukan membawa manusia kpd
Allah swt tetapi kita sedang mengundangkan azab kpd umat Islam.
Kaji selidik ketaqwaan umat Islam terhadapa Allah swt
melalui amalan solat berjemaah di surau dan di masjid cukup serius, hanya 5%
shj dikalangan umat Islam yg menunaikan solat berjemaah di mana azan di
azankan. Kita bayangkan penduduk dunia yg dipanggil manusia mencecah kpd 7
bilion orang, yg dikatakan Islam hanya 1.5 bilion dan yg beramal dgn istiqomah
solat berjemaah di masjid dan surau hanya 5% shj. Dgn jumlah ini dimana
kekuatan umat Islam untuk melawan musuh dgn nisbah 5.5 bilion(kafir): 1.5
bilion(Islam)? Dan yg betul2 mengamalkan Islam hanya 75 milion 10% dari 1.5 bilion?
Kita bersimpati dgn nasib mereka tetapi kalau hanya
bersimpati dgn bantuan makan minum sedangkan kita tak terfikir utk menghantar
iman dan ilmu untuk mereka beramal maka sebenarnya kita sedang menghantar azab
kpd mereka dan jika menolong mereka hanya untuk hidup makan minum, kita juga
mengimpot azab Allah swt, Maka semakin ramailah pendatang asing yg tidak
memberi menafaat kpd Islam, hanya menambahkan azab dan mempercepatkan azab Allah
swt shj. Oleh itu mereka yg ingin membela baik Rohingya Palestin berfikir
apakah bantuan yg sebenarnya kita hendak bantu.
No comments:
Post a Comment