Sunday, 3 August 2014

MASIH BERWIBAWAKAH PR DLM ARENA POLITIK?



Perkembangan semasa dgn kemelut PR antara PKR dalaman PAS dan DAP, nampak tiada harapan untuk menang besar dlm PRU 14. PKR dgn sikap degil antara perebutan jawatan MB dan mereka yg berjawatan dan PAS dgn masalah hudud yg tidak kesampaian dgn musuh dlm selimut DAP juga PKR dan musuh tradisinya UMNO di tambah dgn MCA Gerakan dll, maka Islam akhirnya terberhenti tengah jalan atau jadi hangat2 tahi ayam, akhirnya tak kemana tapi masih bersabar dgn kerenak rakan kongsi yg jelas boleh berkawan tapi tak boleh buat sahabat untuk berkongsi kuasa.

PKR hanya ujud atas nama tapi yg memberi kemenangan ialah ahli2 PAS.
Sejak PKR ditubuhkan atas sokongan kuat PAS, PKR terus mencipta nama di arena politik dgn gah sedangkan nyawanya bergantung atas sokongan PAS dan sedikit DAP.

Tahun 2008 PRU 12 yg mana tolak ansur yg keterlaluan oleh PAS atas simpati hanya kerana DSAI maka banyak kerusi sepatutnya PAS punya dicagar kpd PKR dan akhirnya kerusi tersebut kata PKR langkah mayat kami dulu baru PAS boleh ambil, PAS gigit jari!

Sebagai dua tiga contoh kerusi parlimen Bagan Serai yg diwakili oleh PKR dlm PRU 12 dan wakil itu sendiri telah belot menjadi Bebas sebenarnya dia menang atas sokongan PAS, mana ada walau pun satu cawangan PKR di situ, begitu juga Cangkat Jering juga, mana ada cawangan PKR disitu, semua menang atas sokongan PAS dan juga kebanyakkan kerusi di tempat lain pun juga begitu. Ini disebabkan rakyat tersangat benci di masa itu dgn UMNO BN, kalau di tempatkan beruk atau monyet atau saja letak kerusi kosong pun ABU maka PR boleh menang kecuali kawasan Cina DAP menjadi pilihan orang2 Cina begitulah suasana politik semasa, nampak tak ada perkauman tapi hakikat sebenar penuh dgn duri2 dlm daging. Hari ini PKR berasa angkuh kerana PAS masih berapa di dlm PR, masakah kerusi2 ini akan diduduki oleh PAS sehinggalah PAS keluar dari PR, PKR akan jadi cacing kepanasan kerana kali ini siapa yg nak sokong mereka. Itulah tuah badan, muncul tiba2 dapat rahmat pun tiba2, PAS dah tua terpaksa mengalah kerana tidak yakin dgn kuasa Allah swt, tapi peliknya dasarnya ialah Islam! Atas iman yg lemah ini tak mungkin dlm PRU akan datang, PAS akan jadi pi mai2 duk tang tu juga!

BILAKAH MENTELITI PENERBIT FILEM LAWAK BODOH AKAN BERAKHIR?



Hari raya dipenuhi oleh filem2 Melayu yg tak laku dipasaran tapi laku disogok di TV. Kalau kita menonton filem2 Melayu hari ini cukup dgn lawak bodoh cerita hantu gangster yg mana hanya ditonton oleh mereka yg bermenteliti kelas 3 atau tak berkelas. Bilakah kita nak berubah ke tahap menteliti kelas pertama, begitu juga dgn menteliti menteri2 kelas 3 yg bila bercakap serupa budak2 kampung yg jenis melepak di merata simpang, bila pula menteliti pemimpin2 Melayu nak berubah? Begitulah setelah 57 tahun merdeka, tahap berfikir masih jauh kalau dibandingkan dgn mereka yg bukan Melayu. Apakah masalah Melayu? terlalu selesa dgn ekonomi atau terlalu selesa dgn gaya hidup barat atau terlalu selesa dgn gaya hidup zaman dahulu kala yg mana Melayu sebelum Islam cukup popular dgn permainan silat berkeris telanjang atau main dam bila tak ada kerja atau malas bekerja? semakin dunia maju menteliti Melayu masih jauh dari maju hanya kebetulan Allah swt beri rezeki yg melimpah ruah dan Melayu terus leka dgn maksiat, lambat laun bala atau azab pasti akan muncul jika Melayu terus lupa dgn amalan Islam yg dibawa oleh Nabi saw. Siapakah yg akan bangkit mengerak Melayu terus tertidur di atas bantal yg empok lagi mewah, atau terus lena hingga ke neraka, tersentak dimasa itu tiada ada peluang untuk bertaubat, sia2 hidup yg singkat ini tapi terus menderhakai Allah swt.



Saturday, 2 August 2014

PR BERAPA LAMA BOLEH BERTAHAN?



Isu semasa membuatkan rakyat telah mula muak dgn kerenah PAS PKR DAN DAP. Rakyat mengharapkan gabongan alternatif ini berpanjangan tapi hari2 penuh dgn isu yg mencemaskan. Kalau tidak dgn UMNO BN pasti dlm rumah tangga PR itu sendiri. Rakyat mengharapkan PR muncul sebagai gabongan alternatif kpd UMNO BN yg berwibawa tapi malangnya belum lagi jadi kerajaan persekutuan dah mula bercakaran dan lambat laun akan berpecah hanya menunggu masa dan saat yg mendebarkan di semua pihak dlm PR, UMNO BN melihat dgn penuh khusyuk dan berdoa siang malam kehancuran PR, tapi kalau hancur PR pun rakyat masih meluat dgn UMNO BN, mungkin akan muncul gabongan alternatif lain, maka kita tidak ada kerja lain selain berpolitik yg tak berkesudahan, mungkin di masa akan datang kpd mereka yg meluat dgn kerenah politik akan menjadi yg tak kisah dgn suasana politik tanah air seterusnya akan menjadi tak berparti dan ini sudah tentu membuka ruang yg luas kpd bukan Melayu, bukan Islam mengambil peluang dr sistem demokrasi yg terbuka ini untuk menguasai Melayu seterusnya Melayu akan kembali ke lereng2 bukit hutan belantara berkawan bersama2 monyet beruk dan babi hutan. Salah siapa, salah yg ada pada hari ini, Melayu pada waktu boleh berkokok bertalu2 tapi ekor bergelumang dgn tahi, padan muka Melayu!



PAS SEMESTINYA BERSENDIRIAN



Gabongan PR nampaknya semakin goyah dgn isu semasa ungkit mengungkit sesama sendiri tentang kehebatan masing2. PKR nampaknya semakin bongkak dan sombong tidak kenang budi PAS semasa mereka susah dan terus menerus lupa dan lupa budi... sehingga akhirnya tiada jalan lain melainkan bercerai. PRU 14 masih jauh tapi tak jauh lagi hanya ada 3 tahun lebih lagi, lebih baik bercerai sekarang dari bercerai hampir PRU 14 nanti, jika tidak bercerai sekarang lebih baik dari bercerai hampir dgn PRU 14 jika ini berlalu maka nasib PAS semakin malang untuk mempertahankan walau pun satu negeri sedangkan semasa dlm PR tiada ada kemajuan terus merudum maka bila ada isu yg sensitif pasti ahli2 dan penyokong senyap pun terus lari, maka PAS akan jadi orang tua yg banyak penyakit kerana dah tau banyak penyakit tapi masih tak jaga makan pantang terus dengan menyalahkan takdir, masakan Allah swt nak bantu kalau dah berpenyakit mestilah sekurang istiar juga jaga makan tapi terus jadi pelahap maka terimalah akibatnya.

PAS sendiri dgn dasar Islamnya yg sudah tentu berlawanan dgn parti Melayu lain PKR dan UMNO dan seperti langit dan bumi dgn DAP, ini pun sudah cukup menginsafi bahawa perjuangan yg bercampur baur dgn hak dan bathil akhirnya tidak akan berjaya.

Nabi saw sendiri tidak bertahaluf dgn puak kafir musyiriki dlm hal pemerintah tapi hanya kerjasama dgn hak2 kafir yg sepatutnya mereka uruskan sendiri bukannya menjadi rakan kongsi kuasa bersama dlm hal pemerintahan. Kita telah menipu diri sendiri kononnya atas nama negara majmuk berbilang bangsa dan agama maka Islam terpaksa dikorbankan atas nama nak menjaga hati puak2 kafir, munafiq dan fasiq. Sejarah yg sama berpusing kembali dan bila umat Islam semakin gilakan kehidupan dunia maka akhirat terus dilupakan maka Allah swt telah memberi amaran jangan pentingkan dunia jika kamu hendak selamat. Maka hari ini Melayu semakin malang kerana apa saja isu semuanya atas nama kuasa dunia bukannya hendak fikir bagaimana akhirat didakwahkan kpd bukan Islam dan juga kpd umat Islam yg telah lalai dan terus terjun ke dlam telaga buruk bersama2 pemimpin2 yg hanya berpura2 tapi bertopengkan Islam. Fikir sesaat tentang Islam itu lebih baik dari dunia dan seisi2nya.