Saturday, 30 November 2013

TANDA2 KHIAMAT TELAH HAMPIR

Iman dulu ke ilmu dulu? Ada orang kata ilmu dulu dan ada orang kata iman dulu. Kalau ikut sejarah Nabi saw, iman datang dulu kemudian diikuti oleh ilmu. Tugas ilmu memandu manusia ke arah iman yg mantap. Ini bermakna berilmu belum tentu beriman, Saidina Abu Bakar as sidek r.a, beriman dulu kemudian ilmu datang untuk meningkatkan iman. Begitu juga di barat ramai cerdik pandai Islam, tapi tak Islam. Ilmu Islam dijadikan modal untuk mendidik supaya bila dapat PhD boleh pulang ke tanah air untuk menyesatkan umat Islam atau jadi agen Yahudi, Kristian musuh dalam selimut. Al Quran dan hadith itu jelas dan tafsirannya yg dibuat oleh ulama dulu juga jelas. Bila hati manusia mula tertarik dgn nikmat dunia, saat itu tafsiran Al Quran dan hadith mula diputar belit , maka ujudlah kaum munafik dan ajaran sesat, seperti syiah, mutakzilah, jabariah, kadariah, cabang 72 gulungan yang sesat, 1 gulungan ia itu ahli sunnah wal jemaah, malangnya dalam ahli sunnah wal jemaah terdapat juga mereka yg sesat! Perpecahan ini bukan terdapat hanya dalam bangsa Melayu saja, sejarah telah berlaku di zaman Nabi saw sesama bangsa berperang bukan kerana bangsa tapi kerana Islam dan kafir. Apakah punca PAS dan UMNO tak boleh bersatu? Kerana fahaman telah bercampur baur dengan sekular, maka sekular menang. Itulah punca utama. UMNO kata mereka menegakkan Islam dgn dirikan masjid dalam masa yg sama judi, arak dll maksiat dipandang sebagai fenomena negara maju. Fenomena negara maju yg di asaskan atas dasar bukan Islam sememangnya begitu tapi malang umat Islam tidak sedar sebagai orang Islam, kemajuan wajib ikut acuan Islam. Adakah sains dan teknologi tidak boleh dimajukan dengan berpakaian jubah dan seban? Mestikah kemajuan itu mesti ikut cara bukan Islam? Umat Islam terperangkap dgn ideology? Begitu juga parti yg orang Islam menjadi pengasasnya, Sukarno parti kuminis, PRM parti socialis sedangkan mereka mengaku Islam, adakah iman mereka Allah swt terima? Umat Islam setengah masak, pengaruh sesat mudah diserapkan, tapi malang ulama yg berilmu keliru dalam bab ini, inilah yg menyebabkan sebelum mereka dihina oleh Allah swt, manusia mendahului menghina mereka. Rakyat yg beragama Islam ramai dan mereka yg mendapat taufik dan hidayat dari Allah swt pun ramai, mereka nampak mana kebaikan dan yang mana kebathilan, maksudnya bukan semua seperti lembu dicucuk hidung! Kejadian telah banyak berlaku, tapi manusia tidak belajar dari kesilapan, berapa ramai ulama yg bercakap melawan arus diketepikan oleh rakyat, cari makan, itu menandakan tanda2 khiamat telah hampir. Bercakap benar, jadilah ulama sebagai pewaris Nabi saw bukannya ulama cari makan dengan Ilmu.yg ada. Kehidupan dunia yg sementara, akhirat kekal abadi, pintu bertaubat sentiasa terbuka, begitu juga pintu ke arah kebaikan sentiasa terbuka, sesiapa saja sama ada pemimipin2 sehingga rakyat, ingat pesan Nabi saw, tujuan hidup bukan jadi hamba dunia tapi hamba Allah swt. Sesungguhnya ramai ahli neraka terdiri dari ulama yg jahat lagi menyesatkan.

Friday, 29 November 2013

APA LAGI RAKYAT MAHU

Kakitangan awam Malaysia adalah yg tertinggi di dunia, 1.4 juta 10% dari keseluruah pekerja. Ini bermakna orang yg bekerja ada 14 juta. Penduduk Malaysia miskin tegar 15 ribu, miskin saja 108 ribu, itu angka di atas kertas Unit perancang ekonomi, yang sebenarnya mungkin cecah juta dgn keadaan sekarang barang mahal. Dulu awal 80an orang Malaysia membeli belah di Singapura kerana RM tinggi, sekarang orang Singapura membeli belah di Malaysia kerana $ tinggi. 1 $=RM2.60, orang Malaysia bekerja di Singapura dapat gaji Malaysia. Rakyat Singapura bekerja di Singapura dapat gaji $.

Wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat tak dapat bekerja kerana gaji murah, sebab itu mereka tak boleh turun padang lihat masalah rakyat! Rakyat pula terus miskin kerana wakil rakyat semua anggok bila PM bentang bajet, bajet prihatin untuk rakyat, subsidi di tarik kerana rakyat dah kaya, gula naik kerana rakyat ramai dapat kencing manis, minyak naik kerana rakyat ramai pandu kereta bawah... 12 tahun.

Semua nyok tepong tangan, PM berjiwa rakyat. Inilah senario politik Malaysia, setiap 5 tahun sekali atau PRK bila ada yg mati, maka kawasan tersebut jadi bandaraya, sibuk dengan penipu, pembodek berjual beli kain pelekat, batik, gula, tepng, beras dan projek yg yg paling canggih, projek mee segera akan beroperasi siang malam. Taukey2 gula, tepung beras dll berlumba2 hulur bantuan dgn harapan jika menang, kami nak habuan, jika kalah pun kami nak habuan. Maka keesokan hari berkumandanglah di radio, TV , akhbar dll, rakyat jangan terlalu bergantung dgn subsidi kerajaan, rakyat kena sumbang juga pada negara, siapa yg tak bayar cukar adalah penghianat negara, siapa yang makan komisen adalah penyumbang kpd kemajuan negara. Maka bertepok tanganlah lagi semua nyok2 kerana komisen aku juga akan naik, lagi banyak projek lagi bagus, rakyat sejahtera, negara aman bahagian, rakyat menderita, lima tahun akan datang masih dok nyok lagi, Hidup Melayu, pemimpin2 kaya raya, rakyat kais pagi simpan makan sebulan!

Monday, 25 November 2013

UNDI MELAYU MEROSOT PRU 13

Kenapa Undi Melayu merosot sokong PAS? Apa sebenarnya Melayu mahu? Dalam manitesto cadangan PR tak cukupkan untuk menyakinkan Melayu untuk berubah atau Melayu sendiri tidak yakin atau tidak faham, PR boleh melaksanakan janji2 itu sedangkan manifesto UMNO BN lagi banyak temberang dn sudah berkurun2 gagal membela nasib Melayu dan Islam, tapi masih banyak sokongan selain penipuan dlm PRU! dn boleh menang. Melihat trend kemenangan UMNO BN bukan sesuatu trend yg mengembirakan, kerusi BN dari 140 dalam PRU 12 sekarang merudum ke 133 dlm PRU 13, adalah sesuatu petanda malang buat mereka, 2 PRU atau lebih awal PRU 14 UMNO BN terpaksa berjuangan seperti harimau cedera parah, satu das tembakan lagi, tersungkur rebah maut!

Sebab utama PA...S merosot undi kerana ramai orang Melayu tak faham Islam. Ramai yang setengah masak, tidak ada dalam fikiran mereka atau mereka sendiri gagal melihat apakah keistimewaan Islam. Mereka melihat asalkan aku Islam sudah memadai, sedangkan amalan belum lagi sempurna. PAS wajib usahakan dakwah atau perbanyakkan ceramah, tazkirah yang padat dengan kelebihan mengamalkan ajaran seperti solat dan perbanyakkan cerita ke akhirat, kerana ahli PAS sendiri gagal mengamalkan ajaran Islam seperti solat, akibatnya ahli2 PAS sendiri menjadi penyebab tersekatnya rahmat Allah swt dalam masa yang sama Allah swt campakkan kebencian kpd PAS kerana ahli2 PAS sendiri masih gagal beramal dgn ajaran Islam yang sempuran. PRU 14 walau pun nampak jauh tapi masa beredar terlalu cepat. PAS wajib gerakkan ahli2 perbetulkan amalan dan ini wajib dilakukan oleh semua pemimpin2 PAS. Amalan solat hajat, baca yasiin mesti digerakkan dari sekarang dan jangan lupa pergi jumpa2 ahli2 UMNO yg masih liar dgn berhikimah, moga2 dengan usaha ini PRU 14 kita akan lihat undi Melayu akan meningkat mendadak kerana ahli2 UMNO telah sedar dan inilah masa untuk berubah.
 

Sunday, 10 November 2013

PETANDA2 DUNIA HAMPIR KHIAMAT

Setakat ini parti yang bersih dari rasuah politik wang ialah parti2 dalam PR. Sebab utama kerana mereka bukan parti memerintah, oleh itu kebanyakkan mereka tidak bersedia untuk mengeluarkan wang poket sendiri, di masa akan datang bila jadi pemerintah ganti UMNO, sifat jujur dan amanah ini dapat diteruskan dalam perjuangan.

PAS sudah jelas, lebih dari 60 tahun tidak pernah untuk menjadi calon, melobi sana sini dengan menabur wang, beras, gula, tepung, BR1M, projek mee segera dan jual gula dan beras terlalu murah dari harga pasaran orang miskin!. Inilah kelebihan PAS.

Berbalik kita ke pemilihan calon2 penting seperti presiden, timbalan presiden, naib presiden dan AJK lain, apakah kriteria penting yang selalu menjadi pilihan?. Banyak kriteria penting dan kita ambil dua tiga saja untuk renungan dan akhirnya buat pilihan.

Pertama mestilah berpegang kpd Islam itu sendiri, berpegang kpd yang benar2 ahli sunnah wal jemaah, dalam konteks ini kita wajib lihat amalan dia, adakah dia seorang yang komited dengan solat awal waktu atau caca merba, atau ada unsur2 mengagongkan cara pentadbiran syiah, kononnya hendak ambil yang baik2 sebagai pendoman perjalanan parti, sedangkan Jepun lagi baik dari kita Melayu Islam hari ini, dengan sifat jujur dan amanahnya. Kita tak perlu contoh sifat baik yang ada pada syiah, sedangkan sifat baik ini telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw 1435 tahun dahulu, kenapa kita hendak tiru kononnya pemerintahan Islam yang ada pada hari ini di Iran hanyalah tak lebih dari tipu daya untuk megelabui mata dunia Islam sedangkan mereka bukan lagi Islam?

Kedua sesiapa pun boleh jadi pemimpin asalkan Melayu dan Islam asal(original) yang berpegang dengan 4 mazhab dan ahli sunnah wal jemaah yang asli, bukan mengaku ahli sunnah wal jemaah tapi solat fardhu berjemaah nampak muka sekali sekala.atau tak kisah dengan masjid.

Islam tidak akan berjaya selagi umatnya lalai dalam bab solat dan dakwah. Pemimpin2 pergi dan berganti tapi amalan Islam tetap macam itu, penuh dengan sifat munafik, fasik/ Hari ini parti2 Melayu tidak boleh bersatu kerapa amalan sifat munafik dan fasik telalu berluasa. Akibatnya bala, musibah yang bertalu2 dari Allah swt dan jalan keluar, sesiapa yang hendak jadi pemimpin2 Islam wajib mengamalkan sifat Nabi Muhammad saw, bila jadi pemimpin boleh menjadi imam, khatib khutbah Jumaat, buat tazkirah, sekiranya dia bukan ustaz, sekurang2nya sampaikanlah walau satu ayat al Quran kpd makmun, itulah selemah2 pemimpin yang harus dilantik, bukannya mereka yang tak kenal masjid dan surau.

Gagal dalam kriteria ini bermakna, bersiap sedialah untuk menghadapi azab dari Allah swt, seperti yang kita alami hari ini, bunuh tembak maksiat sana sini. Hari ini pemerintah tidak ada fikir risau dengan azab Allah swt.

Program TV yang menjadi alat dakwah telah disaratkan dengan maksiat, antaranya idola kecil, Nur konset, percampuran lelaki dan perempuan itu adalah majlis syaitan. Bakat idola kecil yang umur sebegitu muda sepatutnya dididik dengan amalan Islam tapi malangnya dididik dgn amalan syaitan, Ibu bapa yang menanggis atas kegagalan anak dalam bakat tersebut, air matanya akan menyemarakkan lagi api neraka. Apakah kerajaan UMNO hari ini buat? Umat terus menderita dan petanda2 hari khiamat telah jelas, apakah persedian kita?