Monday, 7 January 2013

KALIMAH ALLAH

Nik Aziz: Bukan Islam wajar diberi ruang guna kalimah ALLAH

Kita boleh jaminkah bukan Islam akan akur dengan janji, soalannya kenapa mereka hendak sangat mengunakan Allah ini dalam bible. Selama ini sembahyang mereka tak sahkah kerana dalam bible tak sebut Allah. Sebenarnya bukan Islam ini ada muslihat tertentu kerana telah ramai Melayu Islam jadi murtad. Kesannya desakkan ini boleh membuat Melay...u Islam yang lain yang telah murtad dapat berdakyah dengan mengunakan kalimah ini, mereka akan kata lihat kita sama2 mempunyai Allah, bagaimana kamu kata Kristian sesat? Maka Melayu Islam setengah masak yang jauh dari perintah Allah akan terpengaruh dan akan berkata ya kita serupa. Sama ada Islam ka atau Kristian, kan kita sama punya Allah. Kita bukan pandang pada sudut semua orang ada hak boleh guna nama Allah, tapi ini Malaysia , sekarang ini penuh dengan murtad, nak tambah lagi murtadkah? Kenapa tak sama2 dakwah bukan Islam kepada mengtauhidkan Allah, ceritakan siapa Allah yang sebenar. bukan Allah itu 3 dalam satu.

Kenapa kena tunduk dgn tuntutan mereka? Kerana undi? Astaghfirullah apa dah jadi dengan pemimpin2 PR ini?
Hampir PRU 13 ini jangan buat cerita mengarutlah, nanti sesama Islam dalam PR pula curiga mencurigai Saya dah agak sampai satu masa PAS akan buka ahli bukan Islam menyertai hanya dengan pinda perlembagaan PAS. Masa itu saya akan tinggalkan PAS untuk selama2nya.
 

No comments:

Post a Comment