Thursday 10 January 2013

BILA GHAIRAH HENDAK MERDEKA


Islam sudah berada di nusantara lebih dari 400 tahun. Sepatutnya umat Islam semakin kuat dengan ajaran Islam tapi malangnya umat Islam semakin meninggalkan Islam. Kenapa? Inilah akibat bila pembangunan dunia tak seimbang dengan pembangunan Islam. Semakin dunia maju, semakin jauh umat Islam menyeleweng. Siapakah patut disalahkan? ibu bapa lagi? Pendidikan yang ada, adakah berteraskan ilmu Islam atau berteraskan ilmu sains dan teknologi barat yang berasaskan agama nombor dua atau mana2 agama serupa atau tidak beragama pun tidak menjadi hal, atas nama hak kebebasan beragama!

Siapakah pemimpin2 hari ini dalam konteks Malaysia. Apakah pemimpin2 ini megamalkan Islam 100%? Mereka dididik oleh Inggeris berkurun2 lamanya. Kehidupan mereka lebih Ingeris dari Ingeris. Bila mereka menjadi kerajaan, sudah tentu apa yang mereka faham dari budaya Ingeris, itulah mereka akan laksanakan dalam sistem pendidikan. Kita dilahirkan dalam sistem ini mahu tak mahu terpaksa mengikutinya, Ada yang sedar, akan menentang dan yang tidak sedar terus berada dalam sistem ini.

Ajaran Islam sebenarnya telah hampir meninggalkan kita, kalau UMNO kata mereka mertabatkan Islam dengan membina masjid2 mewah, bagaimana pula bab mengimarahkan masjid? Adakah UMNO peduli sama ada masjid itu diimarahkan atau tidak. Mereka mahu jawatan pengerusi dan AJK, tetapi kebanyakkan tidak datang bersolat di masjid yang mereka kuasi. Pengajian atau kuliah agama mereka matikan, kalau hidup pun ustaz2 hanya dibenarkan berceramah bab haid nifas, ibadat korban, setakat itu saja. Memang kita akui kita wajib belajar ilmu tersebut, tetapi ilmu yang berhubung dengan memilih pemimpin2 yang beriman lagi bertaqwa dilarang sentuh kerana pemimpin2 mereka tidak bersih. Amalan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa yang berluasa akan menjadi2 kerana bab halal haram berhubung dengan pemimpin2, mereka kategorikan itu tidak termasuk dalam Islam. Alasannya Islam lain, politik lain dan inilah amalan Kristian sedang berlaku di Malaysia. Kristian tidak puas hati selagi Allah tidak dibenarkan dalam bible Melayu. Mereka merasa masa sudah sampai masanya memberi tekanan kpd kerajaan UMNO kerana mereka juga berkuasa dalam memilih pemimpin! Sebelum merdeka kita tidak fikir bab kesan memberi hak  kerakyatan kerana terlalu ghairah hendak merdeka, sekarang kita terpaksa berkongsi kuasa sama dengan mereka, sekarang nasi telah menjadi bubur maka terimalah padahnya. Siapa patut dipersalahkan kalau bukan UMNO?

 

Tuesday 8 January 2013

KALIMAH ALLAH


MUSLIHAT KAFIR TIDAK AKAN BERAKHIR BILA MELAYU “JAHIL”

Zaman Nabi Muhammad saw, permulaan seterusnya pada zaman kebangkitan Islam, sebelum itu gambaran  pemujaan tuhan ada pelbagai, ada tuhan perut bunci dan bermisai lenting, ada tuhan perempuan, tuhan bentuk kanak2 dan sebagainya, itu hanyalah gambaran manusia yang tidak kenal Allah swt. Bila nabi laksanakan kerja dakwah, yang jahil jadi bijak kerana kesungguhan Nabi saw membentuk fikiran arab jahiliah kepada percaya dan yakin kpd Allah swt yang sebenar. Hari ini kita kata kita pewaris Nabi saw, tapi mufti, ulama, menteri2 tak buat kerja dakwah kerana sibuk dengan dunia. Agama Islam hanya jadi modal cari undi dari orang2 Islam yang jahil. Masakan dah Islam masih jahil? Ya memang jahil, alasannya mudah beberapa ramai orang2 Islam sekarang tak bersolat dengan cara Nabi saw ia itu solat berjemaah di masjid surau? Dalam satu kampung atau taman hanya bawah 5% yang solat berjemaah, yang lain tidur atau solat sendirian di rumah. Hanya solat jemaah di masjid surau ikut sunnah Nabi saw, lain dari itu solat itu tidak sempurna, sesiapa yang bersolat tidak ikut sunnah, solat ini tak sempurna, tak dapat pahala jemaah, wanita shj boleh solat di rumah. Kalau lelaki solat di rumah, tak berjemaah di masjid, mereka ini dalam ketegori wanita! ini termasuk mufti, ulama, raja, menteri dan semua orang Islam, ini hadith Nabi saw.

Kita sibuk dengan istilah Allah ini dan sibuk berbalah antara agama, siapakah yang berhak mengunakan nama ini, orang Islam dengan pendirian pelbagai dan dalil, boleh tak boleh, Kristian desak juga apa salahnya guna nama Allah. Ada hujah Allah ini hak semua orang, yang pelik hanya Islam saja kata Allah itu satu, sedangkan kristian nak guna juga Allah tapi 3 dalam satu. Soalannya kenapa Malaysia shj yang berlaku sedangkan di negara bukan Islam mereka guna Allah untuk pelbagai maksud, yang jelas mereka mensyirikan Allah! Ini Malaysialah.

55 tahun kita tak terangkan kepada bukan Islam Allah yang sebenar, tidak buat dakwah, maka tidak hairanlah hari ini umat Islam yang gunakan nama Allah juga mensyirikan Allah, itu yang jadi murtad asalnya mengaku Allah itu satu, tapi bila masuk Kristian jadikan God 3 dalam satu, bagaimana mereka sebelum ini mengaku Allah satu, bila murtad ke Kristian mereka nak bawa nama Allah ini juga ke dalam Kristian, apakah yang tersirat? Kita masih tak faham kerana Melayu ni otak dia lembab sikit, kalau tidak masakan Singapura pun diberi kpd bukan Islam, pulau Batu putih dilawan dimahkamah antarabangsa yang semua fikiran Yahudi dan yang lebih malang, keputusan tidak boleh dirayu. Ini adalah ajaran Yahudi atau Belanda minta tanah, mula2 nak sewa atau tumpang, akhirnya jadi milik dia, sebab putar belit. Melayu lembab belajar, kalau suka sehingga ke hati, sedang bukan Islam niat khianat. Apa nak buat Melayu jadi begini kerana UMNO ajar kita dulu, kini selama2nya. Selagi tidak tukar kerajaan maka Melayu kena tipu dan terus ditipu. Akal yang Allah swt berikan itu hanya dapat digunakan bila kita taat perintah Allah swt . Bila umat Islam taat perintah Allah swt 100% maka diberi kemulian, langgar perintah Allah swt maka akan diberi kehinaan.

 


Monday 7 January 2013

KALIMAH ALLAH

Nik Aziz: Bukan Islam wajar diberi ruang guna kalimah ALLAH

Kita boleh jaminkah bukan Islam akan akur dengan janji, soalannya kenapa mereka hendak sangat mengunakan Allah ini dalam bible. Selama ini sembahyang mereka tak sahkah kerana dalam bible tak sebut Allah. Sebenarnya bukan Islam ini ada muslihat tertentu kerana telah ramai Melayu Islam jadi murtad. Kesannya desakkan ini boleh membuat Melay...u Islam yang lain yang telah murtad dapat berdakyah dengan mengunakan kalimah ini, mereka akan kata lihat kita sama2 mempunyai Allah, bagaimana kamu kata Kristian sesat? Maka Melayu Islam setengah masak yang jauh dari perintah Allah akan terpengaruh dan akan berkata ya kita serupa. Sama ada Islam ka atau Kristian, kan kita sama punya Allah. Kita bukan pandang pada sudut semua orang ada hak boleh guna nama Allah, tapi ini Malaysia , sekarang ini penuh dengan murtad, nak tambah lagi murtadkah? Kenapa tak sama2 dakwah bukan Islam kepada mengtauhidkan Allah, ceritakan siapa Allah yang sebenar. bukan Allah itu 3 dalam satu.

Kenapa kena tunduk dgn tuntutan mereka? Kerana undi? Astaghfirullah apa dah jadi dengan pemimpin2 PR ini?
Hampir PRU 13 ini jangan buat cerita mengarutlah, nanti sesama Islam dalam PR pula curiga mencurigai Saya dah agak sampai satu masa PAS akan buka ahli bukan Islam menyertai hanya dengan pinda perlembagaan PAS. Masa itu saya akan tinggalkan PAS untuk selama2nya.