Saturday, 17 August 2013

BERTAMBAHNYA AJARAN SESAT DI MALAYSIA - SALAH SIAPA



Akan ujud 73 golongan dari umat Islam dan hanya satu saja yang Allah swt iktirafkan.

Ini bermakna sesiapa yang menolak Al-Quran dan hadith dan mempertikaikan para sahabat Nabi Muhammad saw dengan mengujudkan cerita2 yang menghina para sahabat atau mempertikaikan kedudukan para sahabat adalah jelas sesat dari Islam.

Hari ini golongan syiah dan ajaran2 sesat lain ujud macam cendawan. Manusia telah lari dari sejarah Islam yang sebenar kerana hasutan syaitan berpunca dari kelemahan  manusia itu sendiri dari segi amalan yang telah diajar oleh Nabi saw.

Masing berlumba2 kehadapan untuk menunjulkan sebagai ketua kepada ajaran yang dicipta atas nama untuk mendapat sanjungan dari pengikut masing2.

Syiah dengan hujah berbelit2nya mempertahankan pendapat yang datang dari akal manusia yang lemah yang dicipta oleh iman2 masing dan semua ini tidak berpandukan kepada sunnah Nabi saw, diciptakan oleh puak2 anti Islam yang menyerap masuk ke tubuh umat Islam.

Umat Islam cukup terpesong dan segala doa untuk keamanan ditolak oleh Allah swt. Setiap Jumaat khatib berdoa dan diamin oleh makmum tapi masalah umat tak juga selesai.

Kita bangga menjadi ahli sunnah wal jemaah. Kita kata kita betul. Kita menentang ajarah Syiah kerana Syiah telah sesat kerana mempertikaikan para sahabat  Nabi saw. Pernahkah kita terfikir adakah kita betul? Di Malaysia kononnya semua ahli sunnah wal jemaah, kita berhujah dengan puak Syiah dan dalam masa yang sama seperti ayam berkokok ekor berlumuran tahi Soalan berapa ramai yang mengaku ahli sunnah wal jemaah yang tak bersolat. Dalam kita mengaku ahli sunnah wal jemaah, berapa ramai yang berfahaman jabariah, kadariah, muktazilah(yang menolak Al-Quran) anti hadith dan pelbagai lagi!

Para pemimpin2 yang kita banggakan, adakah mereka ini taat mendirikan solat diawal waktu. Di manakah mereka berada bila azan berkumandang di masjid atau surau, adakah kita pernah periksa perkara ini atau menjadi pengikut seperti anak lembu ikut ibunya kemana dia pergi? Kalau pemimpin2 ahli sunnah wal jemaah, kenapa judi, arak menjadi “halal” kerana kerajaan mengeluarkan lesen. Perkara yang diharamkan oleh Allah swt boleh dihalalkan oleh pemimpin?

Inilah puncanya kenapa ajaran sesat tumbuh macam cendawan di Malaysia kerana ahli sunnah wal jemaah pun tak betul! Kita bangga menjadi pengikut iman Shafie, iman Shafie solat berjemaah di masjid, ikut sunnah Nabi saw, yang tak bersolat dan tak berjemaah di masjid itu, adakah masih mengaku pengikut iman Shafie? Berhentilah berhujah dengan Syiah, perbetulkan amalan ahli sunnah wal jemaah adalah lebih menjadi keutamaan dari membuang masa, apakah boleh selesai ajaran sesat dengan berhujah?

 

 

No comments:

Post a Comment