Islam sudah berada di nusantara lebih dari 400 tahun. Sepatutnya umat Islam semakin kuat dengan ajaran Islam tapi malangnya umat Islam semakin meninggalkan Islam. Kenapa? Inilah akibat bila pembangunan dunia tak seimbang dengan pembangunan Islam. Semakin dunia maju, semakin jauh umat Islam menyeleweng. Siapakah patut disalahkan? ibu bapa lagi? Pendidikan yang ada, adakah berteraskan ilmu Islam atau berteraskan ilmu sains dan teknologi barat yang berasaskan agama nombor dua atau mana2 agama serupa atau tidak beragama pun tidak menjadi hal, atas nama hak kebebasan beragama!
Siapakah pemimpin2 hari ini
dalam konteks Malaysia .
Apakah pemimpin2 ini megamalkan Islam 100%? Mereka dididik oleh Inggeris
berkurun2 lamanya. Kehidupan mereka lebih Ingeris dari Ingeris. Bila mereka
menjadi kerajaan, sudah tentu apa yang mereka faham dari budaya Ingeris, itulah
mereka akan laksanakan dalam sistem pendidikan. Kita dilahirkan dalam sistem ini
mahu tak mahu terpaksa mengikutinya, Ada
yang sedar, akan menentang dan yang tidak sedar terus berada dalam sistem ini.
Ajaran Islam sebenarnya
telah hampir meninggalkan kita, kalau UMNO kata mereka mertabatkan Islam dengan
membina masjid2 mewah, bagaimana pula bab mengimarahkan masjid? Adakah UMNO
peduli sama ada masjid itu diimarahkan atau tidak. Mereka mahu jawatan
pengerusi dan AJK, tetapi kebanyakkan tidak datang bersolat di masjid yang
mereka kuasi. Pengajian atau kuliah agama mereka matikan, kalau hidup pun
ustaz2 hanya dibenarkan berceramah bab haid nifas, ibadat korban, setakat itu
saja. Memang kita akui kita wajib belajar ilmu tersebut, tetapi ilmu yang
berhubung dengan memilih pemimpin2 yang beriman lagi bertaqwa dilarang sentuh
kerana pemimpin2 mereka tidak bersih. Amalan rasuah, penyelewengan, salah guna
kuasa yang berluasa akan menjadi2 kerana bab halal haram berhubung dengan
pemimpin2, mereka kategorikan itu tidak termasuk dalam Islam. Alasannya Islam
lain, politik lain dan inilah amalan Kristian sedang berlaku di Malaysia.
Kristian tidak puas hati selagi Allah tidak dibenarkan dalam bible Melayu.
Mereka merasa masa sudah sampai masanya memberi tekanan kpd kerajaan UMNO
kerana mereka juga berkuasa dalam memilih pemimpin! Sebelum merdeka kita tidak
fikir bab kesan memberi hak kerakyatan kerana
terlalu ghairah hendak merdeka, sekarang kita terpaksa berkongsi kuasa sama
dengan mereka, sekarang nasi telah menjadi bubur maka terimalah padahnya. Siapa
patut dipersalahkan kalau bukan UMNO?