Melayu Islam Malaysia
telah terperangkap dgn sistem demokrasi ciptaan Inggeris yg terdiri dari
pelbagai parti, pelbagai bangsa dan agama. Inggeris telah memberi kemerdekaan
dan tinggalkan kpd kita satu sistem jerat diri sendiri. Sistem demokrasi yg
diamalkan di Amerika dan England
berlainan dgn sistem demokrasi di Malaysia . Mereka hanya ada dua
parti sistem dan semuanya dikawal oleh
Yahudi atau pro Yahudi dan agama mereka kebanyakkan adalah faham Kristian ala
ciptaan mereka sendiri. Soal agama tidak ada isu di kedua buah Negara ini atau
negara2 lain yg mengamalkan seperti di
India , Australia
dll. Semuanya syirik kpd Allah swt.
Malangnya di Malaysia kebanyakkannya Melayu beragama Islam
dan pemimpin2nya juga kononnya beragama Islam. Sepatutnya bila dah Islam,
hukum2 dan peraturan2 Islam wajib dikuatkuasakan, tetapi sebelum Inggeris
meninggalkan kita atau memberi kemerdekaan kpd kita mereka telah melatih para2
pemimpin yg ada ia itu UMNO supaya amalkan “ajaran” mereka dan memang benar
segala ajaran mereka dituruti oleh para pemimpin UMNO sehingga mengagong2kan
perlembagaan Malaysia ciptaan Inggeris sehingga hari ini. Sistem Islam yg mulia
lagi berkesan untuk menyatukan semua bangsa dianggap tidak sesuai terutamanya hukum
hudud.
Tidak ada dari kalangan umat Islam di Malaysia termasuk PAS
dan PKR yg beragama Islam hendak ubah sistem ini ke sistem Islam yg mereka
sendiri anuti. Mereka hanya terus menyokong sistem demokrasi Inggeris ini,
mungkin sehingga khiamat.
Hukum hudud tidak dijelaskan dgn sempurna oleh mereka yg
kononya ulama2 hebat kpd bukan Islam, maka parti yg bukan Islam terus menganggap
hudud sebagai undang2 zalim. Mereka dikalangan pemimpin2 UMNO sentiasa memberi alasan
seperti negara majmuk, belum bersedia kerana kekurangann hakim atau perlu
penjelasan kpd rakyat sedangkan akta2 lain yg rakyat sendiri tidak faham tetap
dikuatkuasakan.
Hudud telah ujud lebih dari 1400 tahun dan perbandingan
hudud di Pakistan
yg tidak adil. Adakah hudud di Pakistan
ini betul2 hudud yg diajar oleh Nabi Muhammad saw atau hudud palsu yg
dilaksanakan oleh mereka yg bertopengkan Islam! Sebab itu hudud itu telah
menjadi satu contoh negetif kpd kita umat Islam dan bukan Islam.
Persetujuan kita untuk merdeka juga telah memakan diri
sendiri dgn memberi kerakyatan kpd bukan Islam sewenang2nya dan sanggup
berkongsi kuasa sedangkan mereka yg menentang Inggeris dahulu terdiri dari
mereka yg kuat Islam, sedangkan orang2 Cina dan India hanyalah pendatang
sebagai pekerja2 Inggeris dan akhirnya mendapat pulau Singapura percuma dan ada
hak menentukan kerajaan Malaysia.
Kesannya bila Melayu berpecah, UMNO juga semakin kurang
sokongan Melayu maka UMNO terpaksa mengalah dan menyembah untuk meraih undi2
bukan Melayu. Di sini akan berlaku tawar menawar yg akhirnya selagi UMNO
memerintah maka kuasa Melayu semakin hilang dan akhirnya yg untung atau mungkin
berkuasa ialah orang2 bukan Melayu dan bukan Islam.
Apakah kita Melayu terlalu lemah dlm bab berfikir secara
kritis dlm soal ini?