Pelbagai bentuk demokrasi
yang diperkenalkan oleh barat yang dicipta oleh bukan Islam diamalkan oleh umat
islam, kononnya inilah sistem yang terbaik walau pun semuanya menjerat umat
Islam. Sistem pemerintah yang diamalkan di zaman Nabi saw semuanya tidak diguna
pakai. Walau dalam keadaan sistem demokrasi yang banyak kepincangan umat Islam
masih selesa dengannya walau pun terpaksa berbunuh2an, rasuah, penyelewengan
dan salah guna kuasa.
Apakah umat Islam telah
dibutakan, dipekakkan dan bisukan oleh Allah swt kerana amalan sifat munafik,
antaranya suka berbohong, menipu, memfitnah, rasuah, penyelewengan dan salah
guna kuasa yang dahsyat? yang tidak boleh ditinggalkan kerana mengejar
keselesaan hidup di dunia yang fana ini? Umat Islam tidak yakin dengan syurga
atau neraka sehingga perbuatan dosa besar, azab Allah swt sebelum mati yang begitu dahsyat hanya ucapan di mulut shj,
mati hanya dilihat sebagai mana mahluk2
lain yang tidak berakal. Pengajaran atau sejarah umat terdahulu yang bermatian
mempertahankan akidah tidak terkesan kepada umat hari ini kerana hati penuh
dengan kecintaan dunia.
Perjuangan yang penuh dengan
campur aduk di antara yang hak dan bathil tidak berani dipisahkan kerana hati
tidak yakin dengan kuasa Allah swt. Kalau tidak ada hubungan baik dengan
Amerika dan Israel
negara tak maju, itulah hakikat pemimpin2 Islam yang berkuasa hari ini. Pakaian
sunnah Nabi saw sudah tidak sesuai, tapi mulut bercakap tentang kehebatan Allah
swt dan Nabi saw, perjuangan ini pun sudah tewas, masakan perjuangan lain boleh
berjaya. Kesimpulannya pemimpin2 Islam hari ini hanya berpura2 dalam amalan
Islam tapi hakikatnya masih berkiblat ke barat.