Thursday 25 February 2016

IMAN DAN TAQWA ASAS  KPD SIFAT TERPUJI

Nabi s.a.w ditanya oleh sahabat apa itu iman? Iman itu ikhlas. Sebagai pemimpin atau rakyat apabila membuat sesuatu dgn ikhlas maka itu adalah jelmaan sifat yg terpuji yg sedang diamalkan. Hasilnya kesejahteraan keamanan keharmonian yg dikecapi di dunia dan di akhirat.
Hari ini cuba kita lihat di mana2 shj sifat ikhlas ini tidak ada lagi diamalkan oleh umat Islam.  Zahirnya nampak baik tetapi hati penuh dgn sifat munafiq. Allah s.w.t melihat ke dalam hati manusia dan manusia tidak boleh berpura2 kerana pahala dan dosa itu Allah s.w.t yg menilai dan kesan kpd ketidakan ikhlas itu musibahlah akhirnya.
Perbalahan keji mengeji hina menghina yg sedang berlaku di mana2 sekarang ini sama ada dlm ceramah media social Facebook yg sejak kebelakangan ini sudah tidak terkawal adalah hasil sifat kita yg buruk. Pemimpin2 dihina keterlaluan oleh individu atau mereka yg tidak senang dgn pembohongan penipuan fakta adalah hasil tidak ikhlas yg diamalkan oleh mereka yg terlibat.
Siapakah yg mesti dipersalahkan pemimpin2 atau rakyat? Pemimpin2 merasakan ini di zaman 50an yg mana rakyat tidak ramai berpelajaran dan boleh berfikir secara kritis dlm sesautu isu sedeangkan masa telah berubah terlalu pantas. Pemimpin2 tidak boleh memperbodohkan rakyat lagi. Mereka yg dilantik menjadi pemimpin2 bukanlah dari mereka yg ada sifat2 ikhlas tetapi lebih kpd melalui proses ketidak jujuran dan amanah. Maka bila menang hasilnya otak atau pemikiran tidak matang bercakap atau bertindak mengikut nafsu bukannya akal berpandukan ajaran Islam. Kita tidak hairan penghinaan demi penghinaan kian menjadi2. Malangnya mereka yg digelar pemimpin gagal muhasabah diri tetapi terus mempertahan diri dan disokong oleh kaki bodek yg mementingkan periok nasi sendiri mempertahankan pemimpin2 yg semakin dibenci oleh rakyat. Menangkap memenjarakan rakyat tidak boleh menyelesaikan masalah. Hanya mereka yg cerdik lagi bijak balik kpd sifat ikhlas shj yg dapat mendidik rakyat ke arah kesatuan hati2 manusia. Siapa yg layak? Mereka yg mengamalkan Islam yg sebenarnya bukan yg mengaku Islam tetapi sifat dan perbuatan yg bercanggah dgm Islam. Rakyat tidak boleh ditipu sepanjang masa. Rakyat lebih cerdik dan bijak dari pemimpin2 yg ada.