Sunday 24 May 2015

PUNCA UMAT ISLAM DIHINA OLEH ORANG2 KAFIR


Pembunuhan dan penyeksaan ke atas manusia sesama manusia malahan terhadap binatang tumbuh2an pun dilarang oleh Allah swt tetapi kenapa Allah swt yg sama yg memiliki hati2 manusia sanggup membolak balikkan hati2 manusia dengan mencampakkan kebencian, kehinaan yg teramat sangat ke atas umat Islam sedangkan Allah swt itu maha berkuasa.   

Jawapannya mudah, Sayyitina Aishah rha, bertanya kpd Rasullullah saw, adakah mereka yg beriman juga akan menerima azab dari Allah swt sekiranya mereka membiarkan kemungkaran bermaharajalela sedangkan mereka berkuasa untuk mencegahnya? Diakhirat nanti orang2 beriman ini akan dipisahkan dari orang2 kafir.

Maka jelaslah sekarang apa yg berlaku terhadap umat Islam seluruh dunia di Myamar, Palestin dll adalah berpunca dari kelalaian umat Islam melaksanakan ajaran Islam seperti yg dikehendaki oleh Allah swt. Solat diringan2kan, mahlis ilmu tidak diambil peduli, amalan Islam yg haram dipermainkan untuk kepentingan kehidupan dunia,

Apakah Malaysia tidak diperhatikan oleh Allah swt dgn amalan kita?

Kita sedih, kita kata mereka saudara kita dan adakah benar? Mereka sebenarnya telah jauh dari amalan Islam, mereka sibuk dgn kehidupan dunia, solat diabaikan, ilmu tak dipelajari, maka jahil menjadi2. Allah swt telah memandang amalan manusia sekian lama, tetapi bukan semakin bertambah beriman  tetapi semakin hari semakin tipis iman mereka dan akhirnya hilang iman.

Allah swt itu maha berkuasa lagi maha adil, maha pemurah lagi maha pengasih.

Kemenangan jauh sekali dari umat Islam kerana gagal dlm mengamalan Islam. Jihad utk menegakkan Islam tiada ada dlm kamus diri. Mereka hanya mementing makan minum shj. Jika benar mereka orang2 yg beriman mereka sudah bersedia menghadapi kekejaman musuh dan berani berjihad bukannya lari dari medan peperangan. Inilah yg berlaku di Myamar, etnik Rohingya diburu dibunuh diseksa atas sebab iman. Mereka lari sedang Rasulullah saw berpesan kpd kita supaya berjihad, kalau mati mati syahid.

Kita meramaikan orang2 yg berkepentingan dunia, kita mengimpot pekerja2 yg tidak tahu sama ada mereka ini mengambil berat bab solat atau tidak, yg penting ekonomi dunia.

Adakah kita sedang mengimpot bala dan azab Allah swt ke Malaysia? Apa yg sedang berlaku di negara kita Malaysia, cukup menakutkan dan mengerikan kpd mereka yg jaga iman. Kita sebenarnya bukan membawa manusia kpd Allah swt tetapi kita sedang mengundangkan azab kpd umat Islam.

Kaji selidik ketaqwaan umat Islam terhadapa Allah swt melalui amalan solat berjemaah di surau dan di masjid cukup serius, hanya 5% shj dikalangan umat Islam yg menunaikan solat berjemaah di mana azan di azankan. Kita bayangkan penduduk dunia yg dipanggil manusia mencecah kpd 7 bilion orang, yg dikatakan Islam hanya 1.5 bilion dan yg beramal dgn istiqomah solat berjemaah di masjid dan surau hanya 5% shj. Dgn jumlah ini dimana kekuatan umat Islam untuk melawan musuh dgn nisbah 5.5 bilion(kafir): 1.5 bilion(Islam)? Dan yg betul2 mengamalkan Islam hanya 75 milion 10% dari 1.5 bilion?

Kita bersimpati dgn nasib mereka tetapi kalau hanya bersimpati dgn bantuan makan minum sedangkan kita tak terfikir utk menghantar iman dan ilmu untuk mereka beramal maka sebenarnya kita sedang menghantar azab kpd mereka dan jika menolong mereka hanya untuk hidup makan minum, kita juga mengimpot azab Allah swt, Maka semakin ramailah pendatang asing yg tidak memberi menafaat kpd Islam, hanya menambahkan azab dan mempercepatkan azab Allah swt shj. Oleh itu mereka yg ingin membela baik Rohingya Palestin berfikir apakah bantuan yg sebenarnya kita hendak bantu.