Wednesday 26 November 2014

APAKAH YG DIKATAKAN BUAT KERJA DAKWAH



Fikiran yg pelbagai telah membuat umat Islam gagal memahami istilah dakwah. Dakwah hanya relevan dgn Islam, bukan Islam penyebaran fahaman mereka dipanggil dakyah. Serupa juga jihad, hijrah hanya ujud dlm kamus Islam selain itu fahaman yg bukan Islam istilah ini tidak ujud, kalau nak guna juga wajib mengikut kehendak Islam. Kalimah Allah juga serupa, dlm fahaman Kristian dipanggil Tuhan 3 dlm satu, itu bukan Allah tapi syaitan. Jika mereka hendak guna kalimah Allah mereka mesti buat pengakuan tiada tuhan melainkan Allah. Allah yg satu. Kenapa Kristian beriya2 sangat nak guna kalimah Allah kerana mereka percaya sudah tiba masanya untuk menyerang umat Islam setengah masak, sebab setengah masak kerana kerajaan yg ada pun setengah masak!

Nak faham maksud dakwah mudah, nak buat kerja dakwah berat, berat bukan buat kerana kerja dakwah mesti guna kren berat nak angkat barang tapi berat nak cakap tentang Islam kerana amalan yg dilakukan oleh kebanyakkan umat Islam pun setengah masak termasuk yg dipanggil ulama sama ada ulama sup ayam atau ulama pewaris Nabi saw.
Lakukan kerja dakwah mesti berjumpa dgn manusia seperti Nabi saw lakukan, bukan dgn ceramah mendengar kaset TV radio atau lain2 media. Media2 ini hanya alat bantuan bukannya alat utama buat kerja dakwah. Alat utama buat kerja dakwah ialah alat semula jadi yg Allah kurniakan  ia itu mulut telinga mata dan otak. Kerja yg dibuat oleh Nabi saw walau pun dah lebih 1400 tahun, praktikalnya tetap sama, ia tak terkesan dgn peredaran masa, yg terkesan peredaran masa ialah sains dan teknologi, itu pun mesti ikut acuan Islam bukan guna akal.

Hari ini para cerdik pandai memikirkan bagaimana nak buat kerja dakwah, pelbagai kaedah dibuat melalui kertas kerja, kertas kerja bertimbun2 tapi umat Islam semakin jauh dari amalan Islam, maksiat menjadi2, pembuat kertas kerja forum resolusi pecah kepala difikirkan oleh mereka yg mungkin sibut dgn perkara di atas tapi mungkin solat pun tidak didirikan dgn sempurna atau tak bersolat langsung.

Umat Islam menjadi kelam kabut kalut, pemimpin2 yg bersifat munafik juga muncul dgn lawak bodoh dan bertopengkan Islam kononnya mereka juga risau dgn perkembangan umat Islam tapi mereka tetap berpura2 mulut bercakap Islam, amalan mengikut Yahudi. Di depan rakyat bercakap berapi2 tentang Islam dibelakang sana peluk Yahudi Nasrani dll. Kejatuhan kerajaan Uthmaniah bukan kerana umat Islam tak cukup ramai nak berperang tapi dunia kebendaan telah masuk ke dalam hati. Mereka membesarkan dunia dari membesarkan Allah swt. Jihad yg mereka maksukkan ialah jihat kemajuan dan kemodenan dunia. Mereka telah menoda istilah jihad yg sebenar ia itu dakwah agama Islam kpd umat Islam yg jauh dari Islam dan juga bukan Islam. Apakah sebenarnya kita telah faham ajaran Nabi saw atau hanya mengaku Islam tapi buat kerja fahaman Yahudi? Umat Islam hari ini telah rosak serosaknya dgn fahaman bukan Islam, perah otak siang malam, tapi kalau ikut amalan Islam yg dibawa oleh Nabi saw, terlalu mudah lakukan kerja dakwah. Oleh itu mari kita ikut usaha dakwah yg dilakukan oleh Jemaah Tabligh hanya korban masa, wang sendiri dan yg penting diri kita sanggup berkorban keluar dari kepunpung keluar belajar cara nak dapatkan iman yg sempurna. Amalan inilah amalan Nabi saw, sehingga berjaya membawa umat ke mercu kejayaan bathin bukan jasad. Jasad nak makan2 makanan sedap2 shj. Jangan pandang keburukkan segelintir  jemaah tabligh tapi pandang atau belajar kerja dakwah yg dilakukan, Dlm mana jemaah pun ada keburukan tapi masyarakat tak peduli tapi dlm jemaah tabligh masyarakat cukup memberi perhatian, yg tak bersolat itu nak diketegorikan dlm jemaah mana? Jemaah PAS, UMNO PKR?


Tuesday 25 November 2014

MELAYU AKAN JADI RED INDIAN



Tarikh lahir kita tahu, tarikh hari jadi kita tak tahu begitu juga tarikh hari ajal.
Kita hanya bertawakal kpd Allah swt dan terus berusaha menjadi manusia yg berguna kpd masyarakat dan juga Islam. Apakah yg kita hendak dari kehidupan yg sementara ini melainkan keredhaan Allah swt. Harta benda wang kuasa yg kita diberi pinjaman dlm masa yg sama sebagai ujian hanya untuk menguji tahap iman dan sabar kita. Kita tidak boleh lupa atau buat2 terlupa kerana sibuk hingga menyebabkan masa solat kita terlewat atau penghujung waktu, solat awal waktu di mana azan diazankan, kalau mati kita sudah beres bayar hutang dgn Allah swt.

Manusia paling bodoh ialah manusia takut mati ,jadikan dunia ana am punya kata P. Ramlee. Kebodohan kita akan membuatkan kita masuk neraka, bukan kerana bodoh tapi bodoh sombong, kata pepatah  ada 4 jenis manusia ia itu dia tahu dia bodoh tapi tak mahu belajar, dia tahu dia bodoh tapi buat2 tak bodoh, dia tahu dia bodoh buat kerja bodoh, dia tahu dia bodoh dia belajar jadi tak bodoh. Mana dapat pepatah ini pun tak tahu dlm mungkin orang2 tua buat pepatah ini mereka tahu satu masa nanti ramai orang bodoh kut!

Ada orang bodoh dia ingat semua orang bodoh maka keluarlah kata2 semangat Melayu akan jadi Red India kalau tak bersatu. Melayu wajib bersatu atas nama ahli sunah wal jamaah, bukan bersatu atas nama Melayu, kalau gitu orang2 Arab zaman Nabi saw berpecah belah adakah kerana bangsa Arab tak bersatu tapi berpecah satu puak mengamalkan perkara syirik sedangkan Nabi saw hendak satukan bangsa Arab atas nama Islam. Melayu akan menjadi Red Indian selagi UMNO berkuasa, selama 57 memerintah masih lagi gagal mertabatkat Melayu dan Islam, bukan kerana parti. Bersatu atas nama Islam akan mengujudkan perpaduan yg hakiki, selagi hendak bersatu atas nama Melayu bukan shj Melayu akan jadi Red Indian tapi orang sakai yg tinggal dlm hutan. Semakin tua semakin nyanyok.



Monday 24 November 2014

SISTEM DEMOKRASI MALAYSIA SEPERTI PERANGKAP TIKUS



Inggeris telah draf perlembagaan persekutuan mengikut acuan perangkap tikus. Waktu itu bakal PM Tunku Abd Rahman dan dan bakal ahli2 kabinet tanpa berfikir jauh telah bersetuju tanpa mengkaji buruk baik cadangan2 yg di kemukakan oleh Lord Reid, maklamat utama aku mesti jadi PM pertama. Umpan2 yg dipasang dalam perangkap tikus ini cukup menyelerakan TAR dan kuncu2nya sehingga bila persetujuan untuk merdeka disambut dgn senang hati sehingga semua kuncu2 yg ada pun tumpang sekaki, ini peluang baik untuk memegang jawatan menteri2 dan timbalannya. Maka merdekalah kita.

Di antara perjanjian yg paling malang untuk Melayu ialah tiada tercatat PM mesti Melayu beragama Islam. Islam agama rasmi shj, agama2 lain bebas dianuti. Kuasa memilih kerajaan terbuka kpd mereka yg bukan Islam ia itu pendatang waktu itu orang2 Cina dan India bukan Islam atau dlm erti kata berkongsi kuasa, maka mereka juga adalah di antara rakyat yg boleh memilih kerajaan dan mengundi dgn bebas memilih mana2 wakil yg mereka suka. Sudah tentu semangat perkauman yg telah dilalui ini, sesiapa shj manusia di dunia ini akan memilih bangsa dan agama sendiri..

Setelah 57 tahun merdeka pemimpin2 yg terlatih oleh Inggeris terus mengamalkan apa yg sifu mereka ajarkan dan semaikan. Di sebalik Islam menjadi hanya boneka tiada tercacat isi kandungan Islam seperti perlaksanaan hukum2 syariah maka perlembagaan menjadi lemah dan boleh dicabar bila perlu.

Akibat kesan penjajahan Inggeris yg dipelupuri pula oleh UMNO maka hari ini Melayu kepanasan kerana perlembagaan yg ada tersangat lemah untuk mempertahankan hak Melayu dan dlm masa yg sama pemimpin2 Melayu di bawah UMNO sama2 berjuang atas dasar kuasa harta benda, maka apa yg kita lihat hari Melayu menjadi alat bangsa2 yg telah cerdik, Atas dasar kemajuan dan kemodenan maka mereka bekerja kuat mencari wang, dgn wang mereka membeli kuasa Melayu sehingga hak Melayu seperti resab tanah Melayu dan tanah2 yg dimiliki oleh Melayu seperti dikampong2 yg mana barua2 atau broker yg menjadi penghianat kpd Melayu terus membuat wang dgn rakus. Hari demi hari Melayu semakin kekurangan tanah dan kuasa kerana kuasa terpaksa dijual kpd bukan Melayu atas nama nak kekalkan kuasa, atau dlm erti kata yg lain yg dikendong keciciran dan yg kejar tak dapat.

Melayu semakin mengigit jari dan terus ketawa walau pun bangsanya semakin hanyut dgn maksiat. Musibah2 kerana kemurkaan Allah swt juga semakin mencurah2 ke atas umat Islam, salah satu puncanya ramai dari kalangan Melayu Islam telah mengabaikan solat fardhu 5 waktu. Apakah masa depan Melayu 57 tahun akan dating? Jawapannya ada ditangan2 Melayu Islam, masih tidak insaf atau memang itukah yg Melayu mahu terus hidup menderita sepanjang generasi? Kita perlu perubahan dari segi pemerintah, pemerintah yg ada gagal dlm memperjuangankan Melayu dan Islam, apa kita masih tidur dibuai mimpi2 indah atau biar mati anak jangan mati UMNO?



Sunday 23 November 2014

BERBAKTI KPD IBU BAPA ASSEBAB MURAH REZEKI



Kita tak perlu tunggu jadi kaya, semasa hidup miskin atau cukup makan berbakti kpd ibu bapa adalah wajib oleh seorang anak. Satu kisah, seorang anak ibu bapa miskin, sekolah pun terkial2 disebabkan masalah kewangan, tetapi niat iklas dan redho dgn apa yg telah tersurat maka anak ini membesar dlm keadaan susah payah.

Bila dewasa dia membuat keputusan keluar rumah untuk berhijrah ke Bandar hanya bekerja sebagai buruh biasa dgn gaji yg kecil. Hasil pendapatan dia  berjimat cermat dia dapat menghantar wang  walau pun tak seberapa tapi dapat juga meringankan beban ibu bapanya yg miskin dan semakin tua. Itulah amalannya, dia mula meneebus semula kemiskinannya dgn berbakti kpd orang tuanya dan akhir dia berjaya dlm hidup.

Walau pun telah kaya, asal usulnya tidak pernah menjadikan dia sombong kedekut. Sifat seperti ini memang susah kita nak temui. Yang banyak kita temui kebanyakkannya menjadi sombong  dan kedekut. Kesan terbaliknya akhlak kerana suka kepada makan rezeki haram. Oleh itu hati menjadi hitam dan kotor. Sedekah amal jariah yg lain semuanya menjadi berat kerana darah dagingnya adalah hasil yg haram.  Adakah kita telah mendidik hati kita utamakan orang lain atau hak orang lain hak kita? Berapa ramai manusia yg mengaku Islam buat kerja terbalik, kedekut tamak sombong dll? Mulai hari ini kita paksa hati kita supaya menjadi lembut, suka bersedekah, melihat orang susah bersimpati dan kalau tidak ada wang sekurang2nya lemparkan salam dan senyum.





Friday 21 November 2014

BILA DUNIA DIJUNJUNG



Kita akan berdepan dgn masa depan yg lebih gelap. 1Dis 2014 ini akan bermula hari ini dlm sejarah subsidi minyak RON95 dan diesel akan dihapuskan dan diganti dgn harga apungan dunia, ini bermakna jika minyak dunia naik, harga minyak akan naik, tapi jika harga minyak dunia turun, soalannya siapakah yg nak memantau harga minyak dunia tentunya kerajaan UMNO BN. Istilah subsidi tiada lagi. Tanggung jawab kerajaan terhadap rakyat tiada lagi, perihatin yg selama ini dicanang ke hulu ke hilir tiada lagi, maka tempat bergantung kpd kerajaan yg dipiih oleh rakyat tiada lagi, ke manakah kan ku bawa diri. Semua orang dah benci! Ini bermakna tanda2 khiamat UMNO BN juga sedang berlaku dan kemungkinan PRU 14 ini khiamat untuk UMNO BN juga akan berlaku. Harga kereta juga akan bertambah murah dgn turun cukai eksais dan cukai jualan yg diganti dgn GST, satu cukai untuk semua. Antara harga kereta mahal sekarang kerana kerajaan terpaksa cukai untuk mengantikan subsidi yg diberi kpd rakyat. Dunia semakin tak menentu, tanda2 besar khiamat jelas kelihatan, harta kekayaan Negara difaraid oleh mereka yg berkuasa, halal jadi harus, haram jadi halal dan seterusnya kebaikan dilihat penghalang kpd kemajuan, kejahatan dilihat mendatangkan hasil lumayan, riba perniagaan budaya Yahudi ditaati dlm masa yg sama Yahudi dilaknati, Pulau Cayman menjadi destinasi perniagaan baru, amalan Islam dijauhi. Islam menjadi alat upah pilihanraya kpd mereka yg bersifat munafik, mati ditakuti, dunia dijunjung dibelai seolah2 tiada istilah mati. Syurga neraka hanya terkesan kpd mereka yg beriman dan bertaqwa, sesungguhnya hasutan syaitan dihayati sehingga membawa mati.



ISU BESAR MALAYSIA, SUBSIDI ATAU TANPA SUBSIDI



Nampaknya subsidi ini menjadi isu paling panas bagi kerajaan UMNO BN. Kata timb. Menteri kewangan Ahmad Maslan terhalangnya pembangunan Malaysia adalah kerana terlalu banyak subsidi, katanya hampir RM2 bilion sebulan dihabiskan untuk pelbagai subsidi. Maka pelbagai projek tak dapat dibina dgn berkesan antaranya  bumbung stadium runtuh, siling masjid runtuh. landasan kapal terbang berlubang dan pelbagai lagi projek yg bermalapetaka disebabkan kekurangan wang kerana bayar subsidi!  wang habis untuk subsidi. Wang habis bocor kerana rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa seperti lapuran Ketua Audit Negara itu bukan subsidi, itu adalah diluar kuasa kita(UMNO BN). Inilah kerajaan yg perihatin dan dipilih oleh rakyat yg perihatin juga atau istilah yg dikatakan biar papa asal bergaya bukan harta kita harta rakyat, biar rakyat menderita asalkan kita menteri2 dan kuncu2 hidup senang lenang dgn dosa2 besar yg akan membawa derita di dunia dan di akhirat. Itulah tahap iman dan taqwa yg ada pada orang2 yg dipanggil pemimpin2 yg mengaku Islam.



Friday 14 November 2014

MELAYU MENTELITI SUBSIDI?



Siapakah yg mencipta istilah subsidi kalau bukan UMNO BN. Kemudian rakyat dipersalahkan kerana bergantung dgn subsidi. Kenapa istilah subsidi ini hendak diungkit2 kononnya rakyat telah bermenteliti subsidi. Kalaulah harga barang2 mengikut pasaran dunia, maka harga juga terpaksa mengikut trend dunia. Bila subsidi bermula kerana kononnya kerajaan hendak meringankan beban rakyat, akibatnya bila sudah terlalu biasa dgn subsidi kemudian subsidi ditarik semula, akhirnya pada asalnya barang murah terpaksa dibayar oleh rakyat dgn harga mahal kerana subsidi telah ditarik semula. Rakyat melompat kemudian kerajaan keluar kenyataan rakyat jangan bergantung dgn subsidi. Subsidi adalah jenis bantuan untuk menurunkan harga barang di pasaran dunia, jika tanpa subsidi rakyat miskin terpaksa membeli barangan harga mahal, tapi apa sudah jadi sekarang rakyat terpaksa membeli barangan keperluan dgn harga mahal ditambah dgn cukai GST yg akan bermula Mei 2015.

Sebenarnya apakah bentuk pemerintahan yg di bawa oleh UMNO BN, di mana letak kerajaan rakyat untuk rakyat sedangkan pilihanraya itu adalah mandat rakyat kpd kerajaan untuk menjaga kepentingan rakyat tapi telah di racun dgn rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa yg menyebabkan cukai kebanyakkannya telah bocor oleh tangan2 yg tidak amanah yg dilakukan diperingkat menteri turun ke bawah sehingga ke peringkat JKKKP. Amalan yg dibiarkan berluasa ini tanpa ada cegahan yg bersungguh2 dari kerajaan yg dipilih oleh rakyat menyebabkan pendapatan negara tiris dan kesanya rakyat terpaksa membantu kerajaan dgn cukai yg dipaksa dibayar dgn pelbagai helah yg dibuat supaya mahu tidak mahu rakyat jangan bantah.

Inilah yg dikatakan pentadbiran yg “bijak” atau bodoh sombong? Kemanakah hala tuju kerajaan sekarang dgn hutang negara yg semakin menimbun? Kalaulah kita mengikut amalan Islam yg berdasarkan hidup secara sederhana maka kita sebenarnya Negara yg kaya raya, rakyat tak susah, istilah subsidi tak ujud. Hari ini rakyat menderita dan sebagai umpan supaya rakyat diam maka BR1M yg bersiri telah mengantikan istilah subsidi, sebenarnya itu adalah perbuatan kerajaan yg tidak telus.

Rakyat dibuai dgn mimpi indah Negara maju pendapatan tinggi menjelang 2020, siapakah yg akan maju dan berpendapatan tinggi, Melayu? Tanah resab Melayu dan tanah Melayu dikampung2 yg dulunya menghasil beras sekarang bertukar taman2 perumahan dan kebanyakkannya pemaju adalah orang Cina, siapakah yg maju dan berpendapatan tinggi? Ini adalah satu penghianatan dasar yg kononnya menuju Negara maju, tapi sebenarnya memusnahkan Melayu dan Islam.

Thursday 13 November 2014

BUAT KERJA DAKWAH BUKAN BUAT KERTAS KERJA



Dunia sudah tua dan telah dipenghujung usia, khiamat juga semakin hampir, umat Islam masih dgn kertas kerja, resolusi dn lain2 kerja sia2. Nabi saw telah tinggalkan kerja dakwah bukan kertas kerja atau resolusi. Usia kita juga sedang meniti ke lubang kubur, apa yg perlu dilakukan ialah perbanyakkan amalan yg diperintahkan oleh Allah swt dan buat kerja dakwah dgn menyampaikan walau pun sepotong ayat al Quran itu adalah lebih baik bukannya buat kertas kerja atau mencari resuluti dgn perah otak bagi menyelesaikan masalah umat Islam.

Masalah umat Islam hari ini bukan tak cukup kertas kerja atau resolusi tapi yg jadi masalah besar ialah terlalu ramai yg meninggalkan solat. Hari ini Allah swt telah menghina umat Islam bukan kerana tak saying kpd kita tapi kita telah engkar dgn perintahNya kemudian buat fatwa sendiri dgn mengunakan akal yg kononnya telah maju sedangkan kemajuan dan kemodenan yg kita kejar adalah musuh kpd umat Islam. Kita lupa kewajipan kita kpd Allah swt. Kita kejar perkara lara yg tidak memberi kita menafaat di akhirat, kita jadikan dunia sebagai tempat kekal sedangkan malaikat maut hari2 melawat kita. Apakah Nabi saw yg dihantar oleh Allah swt membuat kerja yg kita buat sekarang? Matlamat kita sudah jelas kenapa kita kaburkan dgn mengejar dunia. Dunia hanya platform untuk ke akhirat, bukan tak boleh cari dunia tapi bolehkah kita letak dunia di tapak tangan dan junjung akhirat? Kalau iman lintang pukang bagaimana kita ada fikir hendak junjung akhirat!

Hari ini umat Islam ditindas dan dihina oleh bukan Islam, sepatutnya kita periksa amalan kita bukannya perbanyakkan kertas kerta atau resolusi. Umat Islam boleh bangkit gagah semula dgn syarat perbanyakkan dakwah solat supaya jangan abaikan solat, abaikan solat bermakna mencari penghinaan dari Allah swt. Orang tak jaga solat adalah kawan syaitan sama ada dikenali atau tidak. Solat boleh mencegah kemungkaran, tapi hari ini kemungkaran tumbuh seperti cendawan dan berduyun2 umat Islam ikut syaitan kerana meninggalkan solat, lihat shj di pasar2 malam, gedung membeli belah tempat2 hiburan diwaktu maghrib penuh dgn mereka yg mengaku Islam. Adakah kerajaan UMNO boleh selesa dan senang hati dgn gejala derhaka kpd Allah swt ini?, adakah pemimpin2 yg berkuasa sekarang taat dgn perintah Allah swt? Atau mereka juga berkawan dgn syaitan dgn aktiviti lara? Mereka yg bercakap berapi2 kononnya mengikut marqasid syariat ikut sunah Nabi saw juga di antara yg menentang perintah Allah swt, ada di antaranya mereka anti hadith dan sudah jelas mereka di antara umat Islam yg telah sesat lagi menyesatkan. Oleh itu umat Islam mesti waspada dgn mereka yg musang berbulu ayam. Di akhir zaman akan muncul ramai musang yg berbulu ayam hanya semata2 menjadi alat untuk terus melemahkan umat Islam dari dalaman. Dunia semakin tua, petualang atau penghianat Islam juga sama2 muncul dan mereka ini bukan Yahudi tapi muka mereka Melayu dan bakal pengikut dajjal.

Wednesday 12 November 2014

BILA PONDAN2 JAHIL ISLAM



Kalaulah pondan Melayu Islam mengatakan mereka ditindas oleh hukum Islam, apakah mereka benci Islam atau tak suka beragama Islam? Ini majlis fatwa juga wajib minta penjelasan dari mereka atau majlis fatwa juga wajib jelaskan kpd pondan2 Melayu Islam. Umat Islam melihat gejala berpondanan ini semakin menjadi2 dikalangan pondan tiruan yg mungkin malas nak jadi jantan lebih suka jadi pondan dan kita tak tahu kenapa syioknya jadi pondan sedangkan asal usul bukan pondan asli. Si anu anugerah Allah swt yg cukup syiok itu pun mereka tak mahu, dimanakah mereka gunakan si anu itu untuk menunaikan tanggung jawab sebagai lelaki? Mereka ini kebanyakkannya kurang didikan Islam kalau ada pendidikkan Islam masakah mereka tidak mensyukuri nikmat Allah sawt. Kalau mereka tahu berapa ramai lelaki yg anunya mati pucuk bersusah payah mencari penawar untuk bertarung sedangkan pondan2 tiruan ini sanggup mematikan nafsu kerana apa pun kita tak tahu.

Para2 mufti alim ulama yg pernah belajar ilmu tauhid, fiqah tasawuf dll ilmu Islam keluarlah dari kepumpung melihat manusia buat salah yg tahu menghukum tapi bila tiada isu tidur lena sehingga air liur basi pun tak sedar meleleh keluar punnya la syiok tidur, bila ada isu melatah dan keluarlah dalil hadith sehingga umat Islam hari ini tak tau rupa2nya ada mufti dan alim ulama rupa2 melatah mengigau sedangkan perkara ini jika terus dgn usaha dakwah tidak akan atau akan kurang kejahilan.

Khiamat jelas semakin hampir kerana semakin hari manusia semakin berani mencabar kuasa Allah swt, Ramai ulama dimatikan kerana ramai ulama tidur dari jaga buat dakwah, guna ilmu cari makan maka tidak hairan semakin  hari maksiat tak boleh dibendung. Khiamat itu juga adalah tanda kemurkaan Allah swt terhadap manusia kerana melawan dgn perintah2Nya. Manusia yg dilantik menjadi Khalifah juga telah terpesong dgn nikmat dunia yg akan fana. Mereka gagal memahami jawatan Khalifah yg dipegang bukan untuk bersenang lenang dgn kehidupan dunia tapi sebenar menunaikan tanggung jawab sebagai pewaris Nabi saw. Yang jadi Khalifah juga jahil sama jahil dgn pondan2 Melayu Islam!



PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN LEBIH BERKUASA DARI UNDANG2 SYARIAH?



Berhubung kes pondan mencabar majlis fatwa dan mereka yg mencabar dari kalangan pondan2 Melayu yg mengaku Islam, apakah selama ini mereka bertopengkan Islam? Kalau mereka mengaku Islam kenapa mereka berani mencabar hukum2 Allah swt. Adakah mereka ini dilahirkan semula jadi pondan atau pondan ubah suai!

Ini melibatkan kuasa Khalifah atau PM yg mengaku Islam, Di zaman Nabi saw dan seterusnya di zaman para2 sahabat dan tabiin perkara ini tidak pernah berlaku kerana walau pun ada dikalangan mereka dilahirkan pondan tapi tetap patuh kpd ajaran Islam yg mengharamkan perbuatan menukar jantina walau pun atas nama hendak mencari indentiti. Sejak kebelakangan ini Islam semakin terancam atas nama hak asasi manusia yg berfahaman liberal atau yg tidak beragama dan ditambah luka tersebut oleh mereka yg mengaku Islam tapi telah sesat. Apakah dosa2 mereka ini jika tidak dicegah oleh kuasa Khalifah atau PM akan merebak dan seterusnya memusnahkan umat Islam. Apakah peranan Khalifah atau PM dalam isu ini, adakah mereka tidak ada rasa berdosa dgn Allah swt dan layakkah mereka di panggil Khalifah atau PM yg kononnya mengikut sunnah Nabi saw?



Wednesday 5 November 2014

DUNIA DAH TUA BONGKOK TIGA



Sejarah UMNO ini bukan baru. Sebelum merdeka lagi sudah ujud sifat pura2 ini, yg menuntut kemerdekaaan dan perjuangankan kemerdekaan bukan Pemimpin2 UMNO. Di antara mereka Mat Kilau, Dato Bahaman, Dato Maharajalela, Mat Indera dan ramai lagi pejuang Melayu yg berjuang dan mereka bukan ahli UMNO, semasa itu semua parti diharamkan oleh Inggeris hanya UMNO sahaja yg sah kerana pandai membodek dan menganggok kepala dan tidak hairanlah UMNO menjadi anak emas Inggeris. Oleh itu kerana UMNO shj parti yg sah disisi Inggeris maka Tunku Abd Rahman dilantik menjadi presiden pertama UMNO dan melalui inilah Inggeris memberi kemerdekaan setelah diasuh dan dididik cara budaya Inggeris yg akhirnya semua perjanjian yg dicadangkan oleh Inggeris antaranya yg akan memakan Melayu sendiri dipersetujui dgn senang hati oleh UMNO. Sehingga kini generasi menteliti Inggeris ini walau pun dah 57 merdeka, tetap dgn keInggerisannya bertali leher dan Islam leberalisma. Undang2 Inggeris yg diguna pakai sehingga sekarang masih menjadi undang2 terbaik oleh UMNO walau pun mereka mengaku Islam sepatutnya mereka wajib guna pakai undang2 hudud, undang2 Allah swt.

Saranan bekas PM Dr M supaya UMNO dijenamakan baru semula atau disusun semula hanya membuang masa shj kerana UMNO telah rosak serius, adalah lebih baik dihapuskan dan cipta parti baru, tapi mustahil juga walau pun parti baru, ahli2 yg jadi mahluk perosak itu akan menyusup semula, sampai khiamat pun tak selesai masalah.

Ada pula generasi Y ciptaan M di mahkamah persekutuan sibuk pula lelaki Y dlm kes DSAI, apakah perbezaan istilah ini? Hanya pendakwa Shafee boleh beri jawapan!

Dalam sibuk 1 Malaysia dgn pelbagai isu Melayu timbul pula isu letih dan malu oleh Pak Najib dgn Selangor, dah dua kali PRU tak boleh nak tebus semula. Kalau di Jepun PM seoerti ini dah tentu letak jawatan kerana letih dan malu kpd rakyat, tapi di Malaysia letih dan malu itu seperti permainan kes liwat 11 DSAI. Biasanya orang sebut muka tak tahu malu masih tak sedar diri dan tak mahu terima hakikat rakyat dah benci! Semuanya ini kerana sokongan tak berbelah bagi oleh ahli2 yg boleh dikatakan tak berapa cerdik dlm kata lain bodohlah senang!

Dulu Dr M kata al Quran mesti ditafsirkan semula, sehingga sekarang tidak ada siapa pun yg tampil menafsirkannya semula. Agak2nya kalaulah ditafsirkan semula sudah tentu semua jadi terbalik, yg haram jadi harus yg halal jadi haram. Di antara tafsiran al Quran yg relevan dgn pemerintah ialah tafsiran Prof. DR HAMKA, bolehkah dapat jilid ini lagi?



Monday 3 November 2014

PELAJAR U DIPAKSA JADI BISU!



Di zaman Melayu menguasai pemerintahan, cara berfikir masih ketinggalan zaman. Pemimpin2 Melayu masih takut dgn ayat2 “power” oleh pembangkang, nak salahkan pembangkang pun tak boleh kerana pembangkang banyak bukti2 kesalahan yg dilaku oleh UMNO BN sepanjang 57 tahun merdeka. Rakyat semua tahu sebab itu semakin ramai rakyat menjadi pembangkang kerana nampak  sangat setiap perbuatan menipu ditambah dgn  barang2 naik sehingga rakyat dah lemas cma belum mati lemas lagi! Kucar kacir sunggah dgn kerajaan sekarang dlm ketakutan yg tak terhingga sehingga Pelajar2 U yg sedang melatih diri untuk jadi jurucakap kpd rakyat bukannya menjadi pembangkang lagi, bercakap melawan arus bukannya pembangkang tapi itu adalah hak manusia membantah atau tidak setuju dgn sesuatu yg mereka menganggap menzalim rakyat. Ada juga dikalangan ahli2 UMNO sendiri jadi pembangkang di kedai kopi bila ditanya kenapa tak masuk pembangkang jawapan mudah kerana ada lagi saki baki habuan yg boleh dibuat kenduri, kalau keluar maka banyak mulut2 buaya antara buaya akan membaham, dari biar mereka membaham boleh juga tumpang baham sekali!

U ditutup rapat jangan bercakap, tujuan kamu belajar jangan duk membuka pekong kerajaan, maka jadilah graduan yg buta maklumat, maka kenyanglah perut yg menyekat maklumat ini. Membodek atau memuji walau pun perkara yg salah tak mengapa tapi jangan membantah atau cuba mencerdikkan rakyat. Maka keluarlah graduan acuan pengecut tak berani nak bercakap yg dia tahu mengganguk walau pun leher letih mengiayakan yg palsu. Berapa lama UMNO BN boleh bertahan hidup dlm pura2 akhirnya pekong yg disorok akan terus memalukan diri sendiri dan sentiasa di boo oleh rakyat. Hari ini pemimpin2 kerajaan bercakap pun mula seperti orang kurang siuman, merapu rakyat geleng kepala dgn gelagat bodoh sombong, mungkinkah ini juga bala dari Allah swt tak boleh bercakap benar?



Sunday 2 November 2014

KESAN HENDAK SANGAT MAJU DAN MODEN



Islam mengajar kita hidup cara sederhana. Apakah hikmah cara hidup sederhana? Paling penting supaya manusia yg mengaku Islam beriman lagi bertaqwa tidak terlalu sibuk menghambakan diri kpd kehidupan dunia yg akan fana ini. Kehidupan. Para2 Nabi as yg Allah swt hantar ke bumi semata2 nak mengajak manusia kpd Allah swt. Bila manusia terpesong, Nabi demi Nabi dihantar semata2 nak menarik manusia yg telah terpesong akidah kembali kpd Allah swt.

Hari ini kita tiada Nabi lagi, yg menjadi pewaris Nabi ialah orang yg berilmu dan beramal dan sampaikan kpd mereka yg jahil. Manusia tetap dgn perangai manusia mudah lupa dan selalu mungkir janji dan hati manusia sentiasa berbolak balik. Oleh itu sifat jujur dan amanah yg ada pada manusia yg betul2 beriman dan beramal soleh itu masih diuji oleh Allah swt melalui nafsu dan nafsu itu juga tidak terlepat dari godaan syaitan maka semakin jauh kita dari Nabi saw maka semakin rosaklah akidah umat Islam kerana untuk mendapat ulama pewaris Nabi saw yg jujur lagi amanah semakin sukar.

Kemusnahan kpd umat Islam yg dilakukan oleh umat Islam yg mengaku Islam juga semakin menjadi2. Maka lahirlah pelbagai fahaman yg nampak Islamik tapi sebenarnya fahaman yg akan memusnahkan umat Islam itu sendiri.

Kemajuan dan kemodenan yg dikejar sekarang adalah laluan ke arah kehancuran umat Islam yg ditaja oleh mereka yg mengaku Islam. Atas nama hendak sangat kpd kemajuan dan kemodenan Malaysia diserang oleh pendatang sama ada haram atau ada permit menguasi tenaga buruh, kadang2 melebihi dari penduduk setempat. Peluang pekerjaan yg sepatutnya diberi kpd rakyat tempatan dimonopoli oleh pekerja asing dan indsutri2 pula dikuasai bukan Melayu dan bukan Islam. Mereka mengambil kesempatan atas nama kekurangan pekerja2 tempatan tapi sebenar mengianayai pekerja2 tempatan dgn gaji yg kecil sedangkan pekerja2 asing dianiayai juga tapi mereka ditutup oleh wang. Sampai bilakah keistewaan ini akan berterusan kpd pekerja2 asing dan jenayah juga semakin meningkat dgn meningkatnya pekerja2 asing. Perlukah kita kpd kemajuan dan kemodenan sehingga merosakkan Melayu Islam dlm kehidupan dan amalan Islam. Kita tak hairan bala semakin banyak diakhir2 ini, kerana terlalu ramai umat Islam yg tak mendirikan solat, sedangkan solat alat untuk mencegah bala.