Friday 31 October 2014

PAS SEMAIN KALUT




Parti PAS yg telah berusia lebih dari 60 tahun ini masih terpinga2 mencari haluan walau pun telah ada dasar perjuangan yg jelas seperti dlm perlembagaan PAS. Apakah punca sebenar PAS semakin kalut? Di dalam  mana2 parti pun akan terdapat
 kepala2 yg tak sehaluan lebih2 lagi kea rah Islam yg sebenar. Walau pun dikatakan telah Islam tapi fahaman Islam masih di tahap berbeza2 bukan kerana tiada ilmu tapi ilmu telah dikuasai oleh nafsu. Masing2 berkata kamilah yg betul cara Islamnya tapi selagi cara Nabi saw gagal difahami dgn jelas selagi itulah Islam yg kita amalkan ini masih tidak menentu. Bagaimana kita hendak kembali kpd Islam yg asli ia itu cara Nabi saw. Caranya ialah hidupkan masjid dan surau dgn solat berjemaah. Setiap solat fardhu mesti dirikan di masjid dan di surau. Bila masjid setiap waktu hidup dgn solat berjemaah maka itulah tahap Islam sedang berkembang. Apakah buktinya, kembali kpd sirah Nabi saw, bagaimana baginda menegakkan Islam. Antaranya hidupkan masjid 24 jam.Ulama mana berani mencabar amalan Nabi saw ini, sila buat hujah!


Hari ini masjid surau mati. Umat jiwa telah mati tapi Islam terus hidup sedangkan Kristian fahaman yg mati tapi amalan penganutnya terus hidup walau pun telah menyeleweng dari fahaman Kristian. Kristian bukan agama tapi adalah satu jenis fahaman manusia ke arah mentafsirkan Tuhan.

Hari ini PAS semakin perpecah mungkin ada manusia yg menafikan tapi itu adalah realitiyg tak boleh di sorok. Kenapa ujudnya PASMA, kononnya bagi membantu PAS supaya lebih kuat atau lebih berpecah belah? Sebenarnya kita kalau sudah mengaku Islam kenapa perlu kpd sokong yg pelbagai atas nama kekuatan, adakah kekuatan Islam yg kita amalkan ini sebenarnya membuat kita kuat atau lemah. Kalau jawapannya lemah ini bermakna Islam yg kita amalkan sekarang tidak betul. Masakan jika Islam yg kita amalkan betul kita boleh berpecah!

PRU ke 14 semakin hampir, kekuatan PAS semakin lemah, rakan2 dlm PR semakin berpura2 yg akhirnya mereka akan tinggalkan PAS. PAS gagal dlm pelajaran sejarah bukan kerana PAS tiada pemimpin2 profesional tapi lebih kpd pemimpin2
 tiruan yg hanya penting diri sendiri dari Islam walau pu berkupiah putih dan berserban. Inilah hakikatnya hati kita, kita tak boleh berpura2 Islamik selagi hati kita penuh dgn hasad dengki. Islam tidak sampai ke dlm hati tapi hanya di mulut. Berapa ramai ahli2 PAS yg tidak bersolat dan tidak berjemaah di masjid atau di surau? Tuan2 boleh nilai sendiri arah tuju PAS ke arah perjuangan dasar yg dibuat oleh PAS.




Thursday 30 October 2014

BETULKAH SISTEM PENDIDIKAN YG ADA SEKARANG MEMBINA AKHLAK MANUSIA ATAU SEBALIKNYA.



Kita terlalu bangga kononya sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia. Dlm pada mengagungkan kecermerlangan sistem ini, adakah kita sedar akhlak umat Islam yg kononnya hasil pendidikan sistem ini sebenarnya semakin rosak? Mereka yg rosak akhlak kebanyakkannya Melayu! Kalau sistem ini berjaya masakan masyarakat Melayu hilang jati diri, sebagai Melayu dan juga sebagai penganut Islam. Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa semakin menjadi2, seiring dgn kemajuan dan pembangunan yg kita kejar tapi sebenarnya yg dikejar ialah kemusnahan. Semakin hari akhlak merudum dan kemusnahan alam sekitar hasil dari pemikiran cerdik pandai mereka yg keluar U juga bertambah, semakin hari amalan Islam telah menjadi asing yg dikejar ialah kehidupan dunia yg bersifat tamak, penting diri sendiri, masa depan anak cucu telah tiada di dlm fikiran. Hidup hari ini untuk memenuhi nafsu syaitan! Ini adalah realiti apa yg berlaku, Islam hanya untuk hari raya, amalan Islam yg diajar Nabi saw yg sepatutnya diamalkan semakin jauh. Oleh itu kalau kita hanya berbangga dgn pencapaian pendidikan dunia semata2 kita sebenarnya telah mengali lubang untuk dibakar oleh api neraka Allah swt. Siapakah yg berani pusing jam kemusnahan ini, pemimpin2 UMNO BN?